Langkau ke kandungan utama

belanja kahwin

nak kahwin? bila? cuti sekolah nanti? Alhamdulillah. buat kat mana? hotel? mahal tu? hah? hutang koperasi? laa....

tapi itulah kenyataannya, kan. lainlah kalau anda ialah siti nurhaliza mahupun sheikh muzaffar. tentulah ramai yg hendak 'sponsor' kan?

kalau tak meminjam, tak kahwinlah jawabnya. betul ke tidak? kenapa? kerana belanja untuk buat kenduri kahwin di zaman sekarang ni memang cukup mahal. kalau anda terlalu ikut kata hati dan lupa pada pesanan Islam supaya sentiasa bersederhana dalam kehidupan, maka anda akan terperangkap dalam beban hutang yang tidak berkesudahan.

mari kita lihat bajet kahwin, okey....

1. masa bertunang - anggaran peruntukan yang diperlukan sekitar RM5,000
2. tengok senarai....
                                        Lelaki Perempuan

Mas Kahwin                   $101      -  (di perak, ok! berbeza2 ikut negeri)
Wang Hantaran              $10000   -  (ada ke yg kurang dpd itu?)
Barang-Barang Hantaran
(7 dulang)                        $2000 $2000 (kl share, untunglah perempuan, hehe)
Cincin Kahwin               $1000 -  (kl minta solitaire... botak bakal suami..)
Belanja Kenduri &
dekorasi                          $8000 $8000 (itu kl $8 sekepala..murah..tp ada lg ke?)
Tempahan Kad Kahwin   $500      $500          (termasuk banner..)
Upah Jurugambar          $500       $500          murah ni...
Andaman, Bilik tidur           -         $3000 tp kl katil baru, tilam dreamland..mungkin cecah EM10 000                                                
Kompang, Transport        $500         -
Berkat                         $1000 $1000
Jumlah                         $23 600 $15 000

sofi bg tu yg paling d murah, beb... takut? owh.. kos kenduri kahwin yang semakin tinggi inilah yg jadi punca kenapa banyak pasangan menangguhkan perkahwinan. tu yg umur dah cecah lewat 30-an pun, tak jugak temu jodoh tu. kenapa? sebab sibuk kumpul duit.

tp, bg yg dah 'sampai seru', konsep ‘kahwin dulu, bayar kemudian’ yang ditawarkan menerusi pinjaman peribadi oleh institusi-institusi kewangan menjadi pilihan. Menurut pendapat di beberapa laman sembang berkaitan perkahwinan, lebih 90 peratus pinjaman peribadi di negara ini digunakan untuk melangsungkan perkahwinan.

Nak kahwin, untuk mengelak majlis perkahwinan menjadi kelam-kabut, perancangan rapi sangat diperlukan.
bajet kat atas tu x termasuk sewa kanopi dan hiasan dekorasi yg mencecah puluhan ribu ringgit juga cenderahati tetamu.
haha... kat sini sofi nak berpesanlah:
1. janganlah disebabkan x mampu utk buat semua yg di atas, anda ambil jln singkat dan berzina. berdosa besar tu. buat yg wajib aje. itu lebih afdal.
2. bg yg dah kahwin...anda keluar belanja yg bukan sedikit. so kl kelahi sikit2 tu, jgnlah balik rumah mak lepas tu cerai. sayangggg duit! kesian ibu bapa anda. kan? kan?

berbahagialah!

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Cerpen: Dia Idaman Jiwa

1
“Hi, boleh aku duduk kat sini?”

Aliah mendongak. Demi terpandang sahaja wajah itu, air mukanya terus berubah. Riak tidak senang ditunjukkan kepada lelaki itu.

“Cepatlah jawab! Senang aje soalan aku tu. Boleh, jawablah boleh...”

“Kalau saya jawab tak boleh?”

Abid terus menarik kerusi yang bertentangan dengan gadis itu.

“Aku tetap duduk sini jugak.” Balasnya sambil tersengih-sengih.

“Macam tak ada tempat lain!”

“Banyak! Sana kosong. Tu, di belakang kau tu pun kosong. Tapi, aku saja aje nak duduk depan kau. Dah sebulan aku cari kau tapi tak jumpa-jumpa. Alhamdulillah, hari ini dapat juga. Kau apa khabar? Sihat?”

Aliah tidak menyahut. Sebaliknya, dia terus menyuap dan kali ini suapannya sengaja dilajukan, tidak lagi menikmati nasi campur yang dimakan. Ketika itu, dia hanya berkeinginan untuk cepat-cepat menyudahkan makan tengah harinya supaya dia dapat pergi dari situ dengan segera. Dia tidak mahu mengadap muka lelaki yang kini sedang berada di hadapannya walau sehebat, sekacak mana se…

Yang Terakhir: Versi Cerpen

1
“Kau dah habis fikir ke, Khairi? Perempuan macam Najiha tu kau nak bawak ke majlis Annual Dinner kita? Tak malu ke nanti bila orang gelakkan kau?” tanya Hafiz sambil mengerutkan dahi. Dia keliru dengan sikap Khairi Iqbal. Rasanya, selama mereka berkawan, belum pernah walau sekali pun, Khairi memuji gadis yang seorang itu. Gadis yang bernama Izzatul Najiha. Tup tup, hari ini, dia buat keputusan hendak menjadikan Najiha pasangannya semasa majlis kemuncak nanti. Hisy, pelik betul!
“Malu, memanglah aku malu! Tapi aku cuma nak gunakan dia saja. Nak buat Amalina cemburu.” Balas Khairi sambil menyisip air lemon perlahan. Sejuk rasa kerongkongnya bila air itu menerobos masuk ke dalam rongga.
Mata Hafiz buntang. Kepala tergeleng-geleng.
“Kenyataan kau tu lagi buat aku tak faham! Kalau kau nak buat Amalina cemburu, kau patut bawak perempuan lain. Bukan si Najiha yang macam hantu bungkus tu!”
Terlambak tawa Khairi Iqbal mendengar kata-kata sahabat baiknya itu. Hantu bungkus? Si Najiha tu?…

Inikah Cinta? : Versi Cerpen

1

"Ouch!"

Cepat-cepat Janet menghisap jari telunjuk yang terhiris tadi. Setelah kesakitan itu hilang, dia segera membasuh jari itu. Dia kemudian mengelap lalu membalut luka dengan plaster.

"Sakit? Itulah pasal. Mak Nah dah cakap, biar mak Nah aje yang buat tapi Janet degil sangat. Hendak jugak main-main pisau," sindir orang gajinya menyebabkan Janet ketawa besar.

"Inilah yang orang cakap, luka di tangan nampak berdarah. Luka di hati tak siapa tahu. Kan, mak Nah?"

Mak Nah melepaskan keluhan sebelum mencuri pandang ke arah wajah ayu di sisinya yang kini sedang tunduk dan berpaling ke arah lain. Hati mak Nah kini turut melagukan irama sedih yang pasti sedang berdendang dalam hati Janet. Biarpun sudah lama ia berlalu, pasti kenangan itu hadir kembali sebaik rangkap pepatah itu diungkap. Tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula kisah cinta penuh keindahan. Ke mana hendak dicampakkan?

"Dah enam tahun... dia tentu dah lupakan saya. Tentu dah kahwin…