apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

4.11.10

bayi malang bernasib baik

makin banyak kita bercerita tentang bayi-bayi malang yang dibuang, makin banyak pula kes-kes baru, muncul. 

terkini, di mersing, seorang bayi lelaki seberat 2.4 kilogram yang dipercayai baru dilahirkan dan masih bertali pusat serta uri itu ditinggalkan di hadapan rumah bernombor 218, Jalan Tekukur, Felda Felda Nitar 1.


Menurut saksi, Siti Zaharah Ahmad, 54, bayi itu ditinggalkan di hadapan rumah mereka dalam keadaan dibalut dengan sehelai kain batik dan masih berlumuran darah. ketika ditemui, bayi itu sedang menangis kesejukan, namun tiada sebarang kecederaan pada badannya kerana dipercayai baru sahaja ditinggalkan di situ.

sofi: nasib baik diletakkan di depan rumah orang, kan? tidak di dalam longkang atau tong sampah. mujur!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.