apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

22.11.10

bas biadap?

aku bukan nak kutuk ke, hapa... tapi kan, aku sakit hati bila dengar pasal kemalangan yang membabitkan bas atau lori.

aku nak sarankan pada kerajaan agar mengkaji semula peraturan lulus ujian memandu untuk mereka yang berminat hendak bawa/pandu bas/lori. aku ingin menyeru agar jpj ketatkan lagi undang-undang dan syarat untuk lulus jadi drebar bas dan drebar lori. ajar mereka ini supaya memandu secara berhemah. buat ujian dadah 2 kali setahun agar boleh dikesan siapa yang mengambil pil kuda semasa memandu. tentulah yang bawa lori atau bas macam kuda, kan? laju... itu yang pasti! tak relevan dah asyik hendak salahkan bas. bas tualah, tak ada breklah, lampu signal pecahlah...bas tu tidak bernyawa....

terkini, seorang anggota polis yang baru berumur 23 tahun mati di perlis kerana dilanggar oleh bas awam yang sedang hendak memotong lori. kakinya putus. bayangkanlah tahap ngeri itu! aku syorkan polis tahan pemandu tu lama sedikit. biar dia tak payah memandu lagi!

sumber: metro

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.