apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

4.11.10

banjir paling buruk di utara berbanding 2005

banjir kali ini lebih teruk di utara tanah air berbanding banjir pada tahun 2005, laporan kosmo. bilangan mereka yg dipindahkan meningkat, bilangan yg mati juga bertambah. terkini dua kanak2 berusia 13 tahun dilaporkan hilang dlm arus deras. pengangktan udara dan darat lumpuh. semua ini di kedah dan perlis. 
Di Kedah, semua penerbangan dibatalkan melainkan helikopter apabila Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim, Alor Setar ditutup selepas landasannya digenangi air sedalam satu meter. Lapangan terbang itu yang mengendalikan tujuh penerbangan sehari pernah ditutup sewaktu banjir pada 2005.

Jurucakap bilik gerakan banjir negeri Kedah berkata, seramai 25,088 penduduk dipindahkan ke 88 buah pusat penempatan sementara di Kubang Pasu (40 buah), Padang Terap (35), Kota Setar (sembilan) dan Pokok Sena (empat).

Sebanyak 24 batang jalan ditutup termasuk laluan di Kilometer 35.8, Kilometer 34.8 dan Kilometer 32.6 (kedua-dua arah) antara Kepala Batas dan Jitra di Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS).

Sementara itu, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) memaklumkan perkhidmatan tren antara bandar bagi laluan Arau-Tunjang dibatalkan untuk jadual perjalanan semalam dan hari ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.