apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

9.11.10

banjir mungkin berlaku lagi!

di utara, kejadian banjir beransur pulih. bagaimanapun, Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Dr Md Isa Sabu mahu rakyat Perlis berhati-hati  kemungkinan akan ada gelombang kedua banjir melanda negeri ini. 

saranan itu disuarakan selepas mengambil kira ramalan cuaca terutama hujan yang dijangka melanda perlis dlm tempoh sehari dua ini, keadaan geografi yang dikhuatiri menyebabkan peningkatan paras air di beberapa sungai utama, keadaan angin kencang dan kejadian air pasang besar yang mungkin mampu mendorong peningkatan paras air, sekali gus menyebabkan berlakunya banjir. 

“Justeru, saya harap penduduk negeri ini berhati-hati dan sentiasa bersedia dengan mengambil tahu setiap perkembangan semasa terutama melalui siaran radio dan juga media lain. Malah, rakyat juga perlu sedia berpindah jika keadaan memaksa,” katanya ketika dihubungi, di sini, semalam. 

lanjut di beritaharian

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.