apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

5.11.10

banjir lagi...

ALOR SETAR - Banjir yang melanda Kedah dan Perlis semakin buruk apabila lebih 40,000 penduduk terpaksa dipindahkan ke pusat-pusat pemindahan.


Sebahagian besar bandar raya Alor Setar ditenggelami banjir manakala beberapa batang jalan utama ditutup kepada semua kenderaan semalam.

Foto Menarik

Foto Menarik

Foto Menarik

Keadaan di Kota Setar adalah buruk dan tinjauan mendapati paras air semakin naik walaupun hujan telah berhenti. Beberapa jalan utama di bandar raya Alor Setar pula digenangi air menyebabkan keadaan sesak manakala beberapa kawasan kediaman berdepan dengan gangguan bekalan air termasuk terputus bekalan. Semakin banyak jalan di daerah Kota Setar, Kubang Pasu dan Pokok Sena terpaksa ditutup kerana dinaiki air manakala di Padang Terap bilangannya berkurangan sedikit.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.