apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

30.11.10

bahagiakah perkahwinan anda?




berapa orang yang mengidamkan kehidupan bersama si dia sehingga ke hujung usia, seperti pasangan di dalam gambar di sebelah? tentu jawab anda, semua orang. ya, aku pun fikir macam tu jugak! semua orang, kalau boleh hendak perkahwinan yang bahagia, dari saat ijab-kabul sehinggalah saat mata terpejam.

perkahwinan menyatukan dua hati. namun, perkahwinan adalah sebuah hubungan yang unik. pasangan yang tidak bahagia tidak semestinya akan bercerai. 

ramai pasangan suami isteri mengambil kira banyak faktor untuk mengekalkan sebuah rumah tangga terutama sekali apabila memikirkan kesejahteraan mental dan emosi anak-anak. lagipula, kebahagiaan bersifat relatif. ada suami yang bahagia hanya bila dia melihat isterinya gembira walaupun dirinya sendiri tidak gembira. 
resipi kebahagiaan adalah ukuran sendiri. seorang suami dilihat sebagai terlalu mengikut kata-kata isteri. apakah dia tidak bahagia? apakah kita boleh terus mengatakan bahawa dia sudah di 'queen control' kan? tidak, bukan? suami itu mempunyai sebab tersendiri mengapa beliau tidak membantah kehendak isterinya. kalau dia mahu, dia boleh bersifat lebih asertif dengan meminta isterinya memberi perhatian kepada dirinya. namun, suami tidak melakukannya. malangnya, sikap suami sebegini membuat isteri merasakan apa yang dilakukannya adalah betul. dan siapakah yng bertanggungjawab atas sikap isteri ini? tentu sahaja sang suami tadi!

Kita yang melihat, tidak akan tahu sama ada pasangan suami isteri itu gembira atau tidak dengan perkahwinan mereka. dan, sama ada mereka mahukan perkahwinan itu berterusan. pasangan bertindak berdasarkan keinginan dan keunikan, cara tersendiri dalam mengatasi konflik berumahtangga.

Ada kalanya apa yang diinginkan suatu pasangan tidak sama dengan jangkaan orang luar. apa yang kita baca dalam buku, apa yang kita dengar daripada pakar motivasi mengenai resepi kebahagiaan sesebuah rumahtangga boleh menjadi panduan sahaja. memang.... berdasarkan kajian, resipi ini bersifat benar bagi banyak perkahwinan tetapi bukan untuk semua perkahwinan. ada pasangan yang melihat kebahagiaan rumah tangga dari sudut keinginan mereka tersendiri. 

antara yang sering dianggap penting sebagai salah satu resepi kebahagiaan sebuah rumahtangga ialah komunikasi. komunikasi yang baik bergantung kepada banyak faktor. perbezaan taraf pendidikan boleh menjadi faktor kepada jurang komunikasi. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.