Langkau ke kandungan utama

baca lagi...

gambar di sebelah hanya hiasan!

boleh tak anda membayangkan kdn ini.....

anda sdg berucap, membaca satu teks bila.... 

slps anda baca, baru anda menyedari bhw anda sebenarnya membaca teks ucapan yg pernah disampaikan oleh seorg lain, sebelum anda? malu tak? anda sedar bhw semasa anda sdg membaca itu, org ramai ada yg mengerutkan dahi, ada yg tersenyum-senyum tetapi anda terus jugak membaca.....

layanzzz... 


WELLINGTON: Seorang menteri terpaksa menanggung malu besar kerana kesilapan tidak disengajakan ketika menyampaikan ucapan penuh bersemangat di Parlimen lewat kelmarin. Yang nyata, ucapan itu dibacakan berdasarkan teks yang pernah disampaikan seorang menteri lain dua tahun lalu.

Menteri Imigresen, Jonathan Coleman berucap selama 10 minit mengenai kebaikan Undang-Undang Cukai kerajaan dengan anggota Parlimen lain mula berpandangan sama sendiri.

Dalam suasana yang mirip drama komedi Inggeris, ‘Yes Minister,’ itu, Coleman hanya menyedari seorang kakitangan kerajaan dengan tidak sengaja memberikannya teks ucapan yang pernah disampaikan oleh Menteri Pendapatan Negara, Peter Dunne pada 2008, selepas habis membacanya. Dunne semalam berkata, kesilapan itu amat memalukan bagi ahli politik.

“Ia tidak sepatutnya berlaku dan tidak akan berlaku lagi,” katanya.

Coleman, yang nyata amat malu dengan peristiwa itu berkata, dia menyedari ada masalah dengan ucapan itu tetapi mengambil keputusan untuk meneruskannya.

“Tidak ada kejadian teruk yang berlaku, tidak ada orang yang mati kerananya. Tetapi ia menjadi pengajaran mengenai prosedur kerja,” katanya. - Agensi

sofi kesian...

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Cerpen: Dia Idaman Jiwa

1
“Hi, boleh aku duduk kat sini?”

Aliah mendongak. Demi terpandang sahaja wajah itu, air mukanya terus berubah. Riak tidak senang ditunjukkan kepada lelaki itu.

“Cepatlah jawab! Senang aje soalan aku tu. Boleh, jawablah boleh...”

“Kalau saya jawab tak boleh?”

Abid terus menarik kerusi yang bertentangan dengan gadis itu.

“Aku tetap duduk sini jugak.” Balasnya sambil tersengih-sengih.

“Macam tak ada tempat lain!”

“Banyak! Sana kosong. Tu, di belakang kau tu pun kosong. Tapi, aku saja aje nak duduk depan kau. Dah sebulan aku cari kau tapi tak jumpa-jumpa. Alhamdulillah, hari ini dapat juga. Kau apa khabar? Sihat?”

Aliah tidak menyahut. Sebaliknya, dia terus menyuap dan kali ini suapannya sengaja dilajukan, tidak lagi menikmati nasi campur yang dimakan. Ketika itu, dia hanya berkeinginan untuk cepat-cepat menyudahkan makan tengah harinya supaya dia dapat pergi dari situ dengan segera. Dia tidak mahu mengadap muka lelaki yang kini sedang berada di hadapannya walau sehebat, sekacak mana se…

Yang Terakhir: Versi Cerpen

1
“Kau dah habis fikir ke, Khairi? Perempuan macam Najiha tu kau nak bawak ke majlis Annual Dinner kita? Tak malu ke nanti bila orang gelakkan kau?” tanya Hafiz sambil mengerutkan dahi. Dia keliru dengan sikap Khairi Iqbal. Rasanya, selama mereka berkawan, belum pernah walau sekali pun, Khairi memuji gadis yang seorang itu. Gadis yang bernama Izzatul Najiha. Tup tup, hari ini, dia buat keputusan hendak menjadikan Najiha pasangannya semasa majlis kemuncak nanti. Hisy, pelik betul!
“Malu, memanglah aku malu! Tapi aku cuma nak gunakan dia saja. Nak buat Amalina cemburu.” Balas Khairi sambil menyisip air lemon perlahan. Sejuk rasa kerongkongnya bila air itu menerobos masuk ke dalam rongga.
Mata Hafiz buntang. Kepala tergeleng-geleng.
“Kenyataan kau tu lagi buat aku tak faham! Kalau kau nak buat Amalina cemburu, kau patut bawak perempuan lain. Bukan si Najiha yang macam hantu bungkus tu!”
Terlambak tawa Khairi Iqbal mendengar kata-kata sahabat baiknya itu. Hantu bungkus? Si Najiha tu?…

Inikah Cinta? : Versi Cerpen

1

"Ouch!"

Cepat-cepat Janet menghisap jari telunjuk yang terhiris tadi. Setelah kesakitan itu hilang, dia segera membasuh jari itu. Dia kemudian mengelap lalu membalut luka dengan plaster.

"Sakit? Itulah pasal. Mak Nah dah cakap, biar mak Nah aje yang buat tapi Janet degil sangat. Hendak jugak main-main pisau," sindir orang gajinya menyebabkan Janet ketawa besar.

"Inilah yang orang cakap, luka di tangan nampak berdarah. Luka di hati tak siapa tahu. Kan, mak Nah?"

Mak Nah melepaskan keluhan sebelum mencuri pandang ke arah wajah ayu di sisinya yang kini sedang tunduk dan berpaling ke arah lain. Hati mak Nah kini turut melagukan irama sedih yang pasti sedang berdendang dalam hati Janet. Biarpun sudah lama ia berlalu, pasti kenangan itu hadir kembali sebaik rangkap pepatah itu diungkap. Tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula kisah cinta penuh keindahan. Ke mana hendak dicampakkan?

"Dah enam tahun... dia tentu dah lupakan saya. Tentu dah kahwin…