apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

6.11.10

arak dan dadah..mana lebih bahaya?

arak dan dadah . dua perkataan berbeza yg membawa satu maksud yg sama....haram. satu kesudahan yg teruk, kerosakan, satu pesanan yg dipegang bersama oleh sesiapapun, jauhinya!!


baru2 ini, satu kajian telah dijalankan. 
tentang apa? 
mereka yg mengkaji kesan terhadap manusia sejagat tentang kemusnahan yang dibawa oleh arak dan dadah. 


pengkaji2 ini ingin tahu yg manakah yg lebih membunuh / lebih merbahaya? arak atau dadah?

anda boleh mendapatkan lanjutan berita ini di yahoo

aku masih ingat pada satu cerita yg disampaikan oleh nenek aku. katanya dipetik dpd kitab dan hadis:
seorang lelaki yang alim dihadiahi seorang perempuan yg sangat cantik, lalu dia berkata... pergilah kamu wahai perempuan, aku tidak akan berzina kerana aku takut pada Tuhanku. dia kemudian diberikan wang yang banyak, pun ditolak kerana bimbang diri termakan rasuah. namun bila dia disuruh meminum air syaitan itu, dia menolak pada mulanya. namun akibat hasutan jahat, dia berfikir...apalah salahnya. minum sedikit sahaja bukanlah memudaratkan. sedikit sahaja.... tidaklah memabukkan! lalu diteguk, sedikit...sedikit... dan sudahnya, lelaki itu bukan sahaja minum arak yang haram malah dalam keadaan mabuk, dia juga telah berzina dan mengambil semua wang yang diberi. 
sebenarnya, dalam Al Quran, sudah lama Allah menjelaskan tentang arak dan mengapa ia diharamkan, bukan?

jadi kajian oleh pihak Independent Scientific Committee on Drugs (ISCD).yang menemukan rahsia mengatakan bahawa arak jauh lebih memudaratkan seorang individu khasnya dan masyarakat keseluruhan amnya, bolehlah dianggap sebagai ketinggalan, kan?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.