Follow Us @soratemplates

11.11.10

apa ada dalam botol?



aku nak terjemahkan x brp pandai. tp mcm inilah, ya. aku ceritakan pd korang serba sikit dan lps tu aku bg linknya. korang yg berminat bolehlah buka page tu dan baca.


sebelum ini, aku pernah tertanya2. siapakah penerbit cerita yg bertajuk ....dlm botol..


ewah...ada yg dah tersengih tu...uisyy...


bila td aku terbaca ttgnya, mm, tidaklah menghairankan! tidak sama sekali! alah..dia? patutlah...


cerita yg akan ditayang di pawagam2 dgn tajuk DLM BOTOL ini pd bulan 2 thn dpn, kl x silap aku, salah sorang pelakonnya ialah adi putra. cerita ini mengisahkan ttg seorg gay yg pergi melakukan pembedahan utk menukar jantina demi kekasihnya, seorang lelaki. namun dia kemudian mendapati kekasih hati tidak berminat kepadanya lagi. 


aku bukan pakar filem  utk mengulas. pun mmg bukan peminat filem2 melayu. sbb, tiap kali tgk, mesti mulut ini hendak mengomel, mengomen, mengutuk, mengumpat...jd sbb itu utk mengurangkan dosa, baik toksah tgk. jimat duit tiket. dosa keringpun kurang. 


habis, knp baca ttg ...dlm botol... pulak?


'aaatee.. kalau dah terpapar dlm online paper, baca ajelah, kan? huhu!


bg aku, kita yg berbuat sst utk masyarakat, termasuk menulis blog... harus sedar tanggung jawab kita. kita bukan hendak mendidik org, tp kita harap apa kita buat memberi kesedaran kpd khalayak. bila aku tulis cerpen, kdg2 terlepas pandang ttg adegan2 cinta psgn belum berkahwin, berpegang tgn... akan ada yg mengomen kaw, kaw..punyerr sehingga pedih telinga. tp aku belajar dr kesilapan. korang tegur, insyaallah, aku cuba elak kesalahan sama berulang. 


berbalik kpd dlm botol...baca ni..


"It's not an anti-gay movie. I believe it's not wrong to be gay, but it's wrong to have a sex change," Raja Azmi said.


tak salah jadi gay? 


kalau x salah........, 


kenapa Allah melaknat kaum Nabi Luth? kenapa Allah musnahkan kaum itu? 


MasyaAllah...kalau x tahu, bukankah lebih baik diam aje? jgn halalkan yg haram, dan haramkan yg halal demi utk menarik org menonton filem gay yg entah macam mana boleh lepas lembaga penapisan filem. 


dahlah, mcm aku kata, aku x nak wat dosa kering byk sgt...



korang masuk sini Malaysia gay-themed film gets applause at 1st show


tafsirkanlah sendiri, ya!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.