apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

16.11.10

anak2 michael jackson

Selepas bertahun-tahun dilindungi daripada liputan media, anak-anak Michael Jackson kini memberitahu mereka ingin menjadi terkenal seperti bapa mereka.

Dalam wawancara pertama sejak kematian raja pop itu, Prince Michael, 13 dan Paris, 12, memberitahu Oprah Winfrey, mereka mahu menceburi bidang lakonan. 

"Saya ingin menjadi pelakon apabila dewasa kelak. Kadangkala saya akan pura-pura berlakon. Saya kerap melakukannya bersama bapa dulu," kata Paris.

Prince Michael pula berkata, dia mahu mengarah dan menerbitkan filem. 

Kedua-duanya meluahkan hasrat mereka itu dalam wawancara dengan Oprah Winfrey di kediaman nenek mereka di California minggu lalu. Dalam temubual itu, Operah turut bertanyakan mengenai topeng yang dipakai ketika keluar rumah bersama-sama bapa mereka. 

Paris tidak teragak-agak mengaku Michael yang menyuruh mereka mengenakan topeng itu. 

"Bapa saya berniat baik. Dia tidak mahu orang mengenali kami apabila kami berada di luar tanpa kehadirannya. Saya menghargainya walaupun tidak selesa untuk menutup muka begitu. Dia membesarkan kami dengan cuba menyembunyikan siapa dirinya yang sebenar tetapi dia gagal," kata Paris. 

Paris juga tidak habis-habis memuji bapanya sepanjang rakaman temubual itu, termasuk menyifatkan Michael sebagai tukang masak terbaik di dunia. 

"Saya dapat rasakan tidak ada orang yang dapat memahami bahawa bapa saya adalah bapa yang terbaik. Dia juga tukang masak yang hebat. Dia masak roti telur paling sedap di dunia. yang membezakan dia dengan bapa lain ialah dia bapa yang terbaik," kata Paris. 

Paris, Prince dan adik mereka, Blanket kelihatan teruja sepanjang rakaman temu bual dengan Oprah itu. Ketiga-tiga beradik itu kini tinggal bersama nenek mereka, Katherine dan menjalani kehidupan seperti kanak-kanak lain, sekarang, termasuk ke sekolah biasa untuk memberi peluang mereka bergaul dengan rakan sebaya. 

Ibu Jackson sebelum itu memberitahu Oprah anaknya terdesak untuk merawat penyakit kulit dihidapi kerana tidak mahu kelihatan seperti lembu yang mempunyai kulit bertompok. 

"Saya tidak tahu rawatan apa yang dia jalani hingga dapat mengubah penampilannya," kata Katherine. 

Sementara itu, ada tanda-tanda Prince juga menghidap penyakit kulit sama seperti bapanya selepas beberapa tompokan kelihatan pada kulit tubuhnya dalam gambar percutian keluarga itu di Hawaii pada Julai lalu. Tompokan putih di kulitnya jelas kelihatan di bawah lengan remaja itu ketika dia beristirahat dekat kolam mandi sebuah hotel. Dan dalam wawancara semalam, lebih banyak tompokan kulit pucat kelihatan. 

Dalam pada itu Paris dan Prince Michael membuktikan yang mereka sudah meningkat dewasa apabila pergi menonton wayang bersama bapa saudara mereka, Jermaine, baru-baru ini. Paris tampil dengan jeans denim, baju-T dan jaket denim ketika dia dan abangnya bersama sepupu mereka, Jermajesty dan Jaafar ke panggung wayang untuk menonton filem lakonan ibu saudara mereka, Janet, For Colored Girls.

sumber: harian metro 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.