Langkau ke kandungan utama

anak sulung, anak bongsu..


anda anak sulung? atau anak bongsu?
hmm, siapapun anda, anda beruntung, tahu!
kenapa?
senang aje jawapannya.
sebab, kalau anda anak sulung, anda ada adik. dan, kalau anda anak bongsu, anda ada kakak atau abang. untung, kan?
bayangkan kalau anda anak tunggal..... sunyi hidup anda! Kan?
sofi hendak membicarakan tentang anak sulung. nanti di lain masa, kita akan berbincang tentang anak bongsu pula.

okey, sebagai anak sulung, apa dan bagaimana sikap anda terhadap adik2 anda, bermula semasa anda pertama kali mendapat mereka.


i. Biasanya anak sulung akan menunjukkan rasa cemburu dengan keadaan emosi yang kurang stabil, memukul adik tanpa sebab atau mencubit apabila adik ‘lepa’ daripada pandangan ibu atau bapa. mengapa cemburu? kerana anda merasakan bahawa perhatian mereka kurang untuk anda disebabkan kehadirannya.
tahukah anda bahawa apa juga yg ibu ayah lakukan pada adik, sebenarnya itulah juga yg pernah dibuat pada anda?
iya x ya jugak...., manalah anda tahu, kan?
tapi itu adalah hakikatnya. jadi buang rasa cemburu itu!

ii. Apa panggilan anda kepada adik? Panggil nama aje? Isy, cuba tukar. kalau ramai, panggillah mengikut hiraki.
angah, alang, achik. ucu.... atau...adik!
kenapa?
Perkataan-perkataan ini mampu membina sifat tanggungjawab anda sebagai abang / kakak terhadap adik /adik2 anda.

iii.  Ketika adik anda kecil, anda sepatutnya sudah dilatih untuk memimpin tangan adik anda. ini untuk menimbulkan rasa tanggungjawab dan kasih sayang anda pada adik anda. Sifat sebagai pembela, mempunyai peranan dan rasa tanggungjawab mula terbentuk, iaitu lebih awal daripada kebiasaan.

iv. Waktu sofi kecil2 dulu, tiap kali emak masak cokodok, emak akan pastikan kami duduk adik beradik, berkumpul kemudian emak akan letakkan bekas/ pinggan penuh dgn cucur pisang tu. kami pun berebut-rebut makan bila dapat lampu hijau dan emak tersenyum merenung. rupa2nya, ada rahsia.. emak mengajar kami berkongsi. kata emak, bila besar nanti, sikap mudah berkongsi ini akan terbawa-bawa sehinggakan kalau ada di antara anak2 emak yang dalam kesempitan, yang sedikit senang tidak akan teragak2 membantu. itu rupa-rupanya. hmm..
v. Jangan dendam dengan adik jika emak atau ayah memukul anda disebabkan dirinya. bukan mereka tidak sayang, cuma tersilap mendidik, itu sahaja.

percayalah, kasih sayang seorang ibu dan seorang ayah, dibahagi sama rata kepada anak2nya. cuma kadang-kadang cara kasih sayang itu dicurahkan berbeza mengikut sifat anak2 itu sendiri. contoh yang mudah;
jika anda seorang yang dilihat boleh berdikari, emak bapak akan membiarkan anda membuat keputusan sendiri sebab mereka tahu, anda mampu lakukannya. sebaliknya, jika adik anda seorang yang benyek, suka menangis, mereka perlu berada dengannya, bimbang anak itu tidak tahu berbuat apa-apa bila diusik atau diganggu. di sini apa yg berlaku ialah anda mendapat kepercayaan ayah dan ibu sementara adik anda mendapat perlindungan. itu sahaja.

okey, harap mendapat manfaat.

Ulasan

  1. waaa....
    betul tu, sofi....
    yana sokong....
    huhuhuhuhuu.....
    baru tau nape dulu2 mase zaman hingusan slalu kne pukul sbb adik...
    hehehehehehe..

    BalasPadam
  2. mmg diharap agar kita mendpt manfaat tiap kali sofi masukkan entri. thanx

    BalasPadam

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.

Catatan popular daripada blog ini

Cerpen: Dia Idaman Jiwa

1
“Hi, boleh aku duduk kat sini?”

Aliah mendongak. Demi terpandang sahaja wajah itu, air mukanya terus berubah. Riak tidak senang ditunjukkan kepada lelaki itu.

“Cepatlah jawab! Senang aje soalan aku tu. Boleh, jawablah boleh...”

“Kalau saya jawab tak boleh?”

Abid terus menarik kerusi yang bertentangan dengan gadis itu.

“Aku tetap duduk sini jugak.” Balasnya sambil tersengih-sengih.

“Macam tak ada tempat lain!”

“Banyak! Sana kosong. Tu, di belakang kau tu pun kosong. Tapi, aku saja aje nak duduk depan kau. Dah sebulan aku cari kau tapi tak jumpa-jumpa. Alhamdulillah, hari ini dapat juga. Kau apa khabar? Sihat?”

Aliah tidak menyahut. Sebaliknya, dia terus menyuap dan kali ini suapannya sengaja dilajukan, tidak lagi menikmati nasi campur yang dimakan. Ketika itu, dia hanya berkeinginan untuk cepat-cepat menyudahkan makan tengah harinya supaya dia dapat pergi dari situ dengan segera. Dia tidak mahu mengadap muka lelaki yang kini sedang berada di hadapannya walau sehebat, sekacak mana se…

Yang Terakhir: Versi Cerpen

1
“Kau dah habis fikir ke, Khairi? Perempuan macam Najiha tu kau nak bawak ke majlis Annual Dinner kita? Tak malu ke nanti bila orang gelakkan kau?” tanya Hafiz sambil mengerutkan dahi. Dia keliru dengan sikap Khairi Iqbal. Rasanya, selama mereka berkawan, belum pernah walau sekali pun, Khairi memuji gadis yang seorang itu. Gadis yang bernama Izzatul Najiha. Tup tup, hari ini, dia buat keputusan hendak menjadikan Najiha pasangannya semasa majlis kemuncak nanti. Hisy, pelik betul!
“Malu, memanglah aku malu! Tapi aku cuma nak gunakan dia saja. Nak buat Amalina cemburu.” Balas Khairi sambil menyisip air lemon perlahan. Sejuk rasa kerongkongnya bila air itu menerobos masuk ke dalam rongga.
Mata Hafiz buntang. Kepala tergeleng-geleng.
“Kenyataan kau tu lagi buat aku tak faham! Kalau kau nak buat Amalina cemburu, kau patut bawak perempuan lain. Bukan si Najiha yang macam hantu bungkus tu!”
Terlambak tawa Khairi Iqbal mendengar kata-kata sahabat baiknya itu. Hantu bungkus? Si Najiha tu?…

Inikah Cinta? : Versi Cerpen

1

"Ouch!"

Cepat-cepat Janet menghisap jari telunjuk yang terhiris tadi. Setelah kesakitan itu hilang, dia segera membasuh jari itu. Dia kemudian mengelap lalu membalut luka dengan plaster.

"Sakit? Itulah pasal. Mak Nah dah cakap, biar mak Nah aje yang buat tapi Janet degil sangat. Hendak jugak main-main pisau," sindir orang gajinya menyebabkan Janet ketawa besar.

"Inilah yang orang cakap, luka di tangan nampak berdarah. Luka di hati tak siapa tahu. Kan, mak Nah?"

Mak Nah melepaskan keluhan sebelum mencuri pandang ke arah wajah ayu di sisinya yang kini sedang tunduk dan berpaling ke arah lain. Hati mak Nah kini turut melagukan irama sedih yang pasti sedang berdendang dalam hati Janet. Biarpun sudah lama ia berlalu, pasti kenangan itu hadir kembali sebaik rangkap pepatah itu diungkap. Tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula kisah cinta penuh keindahan. Ke mana hendak dicampakkan?

"Dah enam tahun... dia tentu dah lupakan saya. Tentu dah kahwin…