apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

7.11.10

anak ikan? ikan apa? jaws?

SHAH Jazle, pelakon muda yang wajahnya semakin kerap muncul di kaca televisyen. Dia berlakon dalam Asmara di TV3 dan Bola Cinta di TV2 juga Bionik dan Tari Tirana. 

Nama Shah Jazle sedang harum semerbak apatah lagi dia ni kacak dan tinggi lampai orangnya.

Ingin tahu tentang dia? ke nak tgk gambar dia lagi? ada ni...tengoklah!

Namun ada beberapa cerita yang tak berapa nak seronok didengar pasal Shah Jazle ini. Kononnya anak jati Kampung Baru, Kuala Lumpur punya selera dengan wanita berumur. Betul ke? Nak pula umurnya baru 22 tahun. Bagi menjelaskan semua cerita itu, Shah Jazle sudi Tolong Jawab kepada wartawan – ARIF NIZAM ABDULLAH.


Apa cerita sekarang?
Saya sedang sibuk menjalani penggambaran drama 12 episod bertajuk Telah Dihalalkan Epal Itu di Sekinchan, Selangor. Drama arahan Raja Ahmad Alauddin dan akan disiarkan di stesen televisyen baru, TV Al-Hijrah.


Banyak ceritalah tak manis pasal awak sejak kebelakangan ni? Perasaan tak?
Ye ke? Saya rasa biasa saja. Cerita apa pasal saya?

Mula-mula timbul cerita pasal berpeluk dengan Maria Farida? Ada apa-apa ke dengan Maria sampai boleh berpeluk sakan?
Saya malas nak komenlah, nanti keadaan bertambah buruk. Lebih baik saya tumpu dengan karier saya.

Tapi awak letak gambar tu di profil telefon Blackberry awak? Mesti ada apa-apa ni?
Mana ada apa-apa. Saya anggap Maria macam rakan artis. Tapi kami memang kawan rapat pasal pernah berlakon sama. Saya sebenarnya tidak berniat menggunakan Maria dengan sengaja nak timbulkan kontroversi. Tapi yang saya pelik, bagaimana ada orang boleh ceroboh privasi saya dan letakkan gambar tu di Internet?

Orang kata kalau lelaki muda suka kawan dengan wanita berumur, mereka spesies ‘anak ikan’? Awak spesies tu ke?
Saya bukan ‘anak ikan’lah. Saya ada duit sendiri untuk hidup. Kalau saya nak jadi ‘anak ikan’, buat apalah kerja teruk-teruk. Sebenarnya tak ada masalah pun kalau saya berkawan dengan wanita berumur. Umur bukan masalah.

Ni lagi satu cerita tak sedap dengar pasal awak. Kononnya masih berhutang kerana awak tak bayar pembelian nombor plat kereta khas. Betul ke?
Saya tak pernah hutang dengan orang selama ni. Macam ni lah. Kalau saya tak bayar nombor plat tu, macam mana kereta tu boleh saya bawa keluar dan saya pakai sampai sekarang.

Dah lama pakai kereta itu?
Dah hampir setahun. Ala, nombor plat biasa saja. Bukannya cantik sangat pun. Harga pun murah saja.

Kereta apa awak pakai?
Kereta Savvy saja.

Kenapa timbul banyak sangat cerita pasal awak sekarang ni?
Orang tak ada isu sebenarnya. Saya pun terkejut ada orang nak main balik isu hutang ni.

Agak-agak ada lagi cerita pasal awak selepas ni? Maklumlah saham makin naik?
Saya tak pasti. Tapi saya tidak boleh tutup mulut orang. Yang pasti, saya banyak belajar tentang dunia artis selepas timbul isu begini.
............................
sofi nak pesan satu aje. jaga diri, jaga agama tak kiralah masa berlakon ke tidak. jgn melebih2...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.