Langkau ke kandungan utama

aku sentiasa bersamamu

Tragic: Sonia Tate, who passed away after battling breast cancer for 11 years, has left a series of letters for her young son Matthew

cerita sedih ini ku baca dalam mail online. memang menyayat hati. kisah seorang jururawat bernama sonia tate. 

sonia dan david merancang untuk berkahwin pada april 1999. malang menimpa.... 9 hari sebelum majlis, sonia disahkan mengidap kanser. percutian bulan madu ke barbados bertukar kepada menerima rawatan di hospital. bermulalah kemoterapi dan radioterapi.

kata doktor, sonia memang x boleh mengandung. tapi doktor bukan tuhan. pada 2006, sonia mengandungkan anaknya, matthew. sonia terlalu gembira. walaupun doktor memberitahu bahawa kalau sonia mengandung, kadar hormon oestrogen memungkinkan sel-sel kanser hidup balik, sonia tak peduli. dia tetap hendak melahirkan matthew. 

 Memento: Sonia Tate (right), pictured on her wedding day with husband David, battled breast cancer for 11 years
gambar perkahwinan mereka pd tahun 1999

lihat betapa gembiranya dia. itu yang sangat suaminya, david, kagumi. kata david, pada 2007, sonia mengidap sakit belakang dan ada cecair dalam paru-parunya. waktu itu, mereka sudah yakin bahawa kanser datang menyerang sonia semula. namun semangatnya kental untuk berjuang untuk meneruskan hidupnya yang singkat. dia tidak membiarkan kesedihan mengatasi kebahagiaannya, dia ingin menjalani hidup sepenuhnya. ingin membuat semua orang bahagia di saat-saat bersamanya. dia ceria. dia ketawa. 

selama 11 tahun perkahwinan mereka, selama itulah sonia melawan kanser. dan bila dia meninggal dunia pada 13 November lalu, semua orang termasuk ibubapanya, kawan-kawan, adik-adik, meratapi kematiannya. 

namun menurut david, walaupun sonia dah tiada, matthew akan tetap mengingatinya. kenapa? kerana emak matthew, si sonia ni meninggalkan si anak surat-surat hasil tulisan tangannya untuk dibaca oleh anaknya itu pada hari jadi yang tertentu. 
  
Sonia dah tulis surat pada kad-kad harijadi Matthew. kata david, sebak. saya akan pastikan matt sentiasa menjaga kenangan ibunya. 
"They're just something for him to remember her by over the years.
He will  remember - I'll make sure he will."
arghhh sedih! aku menangis. teringat pada cerita kuch-kuch hota hai...macam inilah juga kisahnya....huhu...

Ulasan

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.

Catatan popular daripada blog ini

Cerpen: Dia Idaman Jiwa

1
“Hi, boleh aku duduk kat sini?”

Aliah mendongak. Demi terpandang sahaja wajah itu, air mukanya terus berubah. Riak tidak senang ditunjukkan kepada lelaki itu.

“Cepatlah jawab! Senang aje soalan aku tu. Boleh, jawablah boleh...”

“Kalau saya jawab tak boleh?”

Abid terus menarik kerusi yang bertentangan dengan gadis itu.

“Aku tetap duduk sini jugak.” Balasnya sambil tersengih-sengih.

“Macam tak ada tempat lain!”

“Banyak! Sana kosong. Tu, di belakang kau tu pun kosong. Tapi, aku saja aje nak duduk depan kau. Dah sebulan aku cari kau tapi tak jumpa-jumpa. Alhamdulillah, hari ini dapat juga. Kau apa khabar? Sihat?”

Aliah tidak menyahut. Sebaliknya, dia terus menyuap dan kali ini suapannya sengaja dilajukan, tidak lagi menikmati nasi campur yang dimakan. Ketika itu, dia hanya berkeinginan untuk cepat-cepat menyudahkan makan tengah harinya supaya dia dapat pergi dari situ dengan segera. Dia tidak mahu mengadap muka lelaki yang kini sedang berada di hadapannya walau sehebat, sekacak mana se…

Yang Terakhir: Versi Cerpen

1
“Kau dah habis fikir ke, Khairi? Perempuan macam Najiha tu kau nak bawak ke majlis Annual Dinner kita? Tak malu ke nanti bila orang gelakkan kau?” tanya Hafiz sambil mengerutkan dahi. Dia keliru dengan sikap Khairi Iqbal. Rasanya, selama mereka berkawan, belum pernah walau sekali pun, Khairi memuji gadis yang seorang itu. Gadis yang bernama Izzatul Najiha. Tup tup, hari ini, dia buat keputusan hendak menjadikan Najiha pasangannya semasa majlis kemuncak nanti. Hisy, pelik betul!
“Malu, memanglah aku malu! Tapi aku cuma nak gunakan dia saja. Nak buat Amalina cemburu.” Balas Khairi sambil menyisip air lemon perlahan. Sejuk rasa kerongkongnya bila air itu menerobos masuk ke dalam rongga.
Mata Hafiz buntang. Kepala tergeleng-geleng.
“Kenyataan kau tu lagi buat aku tak faham! Kalau kau nak buat Amalina cemburu, kau patut bawak perempuan lain. Bukan si Najiha yang macam hantu bungkus tu!”
Terlambak tawa Khairi Iqbal mendengar kata-kata sahabat baiknya itu. Hantu bungkus? Si Najiha tu?…

Inikah Cinta? : Versi Cerpen

1

"Ouch!"

Cepat-cepat Janet menghisap jari telunjuk yang terhiris tadi. Setelah kesakitan itu hilang, dia segera membasuh jari itu. Dia kemudian mengelap lalu membalut luka dengan plaster.

"Sakit? Itulah pasal. Mak Nah dah cakap, biar mak Nah aje yang buat tapi Janet degil sangat. Hendak jugak main-main pisau," sindir orang gajinya menyebabkan Janet ketawa besar.

"Inilah yang orang cakap, luka di tangan nampak berdarah. Luka di hati tak siapa tahu. Kan, mak Nah?"

Mak Nah melepaskan keluhan sebelum mencuri pandang ke arah wajah ayu di sisinya yang kini sedang tunduk dan berpaling ke arah lain. Hati mak Nah kini turut melagukan irama sedih yang pasti sedang berdendang dalam hati Janet. Biarpun sudah lama ia berlalu, pasti kenangan itu hadir kembali sebaik rangkap pepatah itu diungkap. Tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula kisah cinta penuh keindahan. Ke mana hendak dicampakkan?

"Dah enam tahun... dia tentu dah lupakan saya. Tentu dah kahwin…