apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

14.11.10

aku ada 10 benda nak bg tau kau..dengar!


apa dia tu? hehe, jgn saspen! x de apa-apa....
aku cuma nak beritahu anda terutama yg baru bergelar menantu, bahawa ibu mentua anda ada 10 perkara nak beritahu pada diri anda tu?
apa dia? 
bagus2! prihatin camni mmg menantu kesayanganlah jawabnya.

1. jangan ketepikan aku
mmg benar, anda tentu rimas dgn mak mentua yg cerewet kan? tp, MM anda telah membesarkan suami anda dgn jayanya, betul tak? mestilah betul! kl tidak, anda pun x nak kahwin dgn suami anda tu! so, knp tidak minta sedikit pendapat MM utk cara2 membesarkan anak2, memasak lauk2nya yg sedap. hey, jgn terperanjat, anda mungkin akan mengurangkan kadar kecerewetannya.
2. jgn letak aku di tengah-tengah
anda kelahi dgn suami? anda mengadu dgn MM. tapi anda x ceritakan semua pd dia, okey! so, anda balik dan ckp pd hubby...
"mak awak sokong saya tadi. saya dah bg tau dia dah. awak tak boleh buat macam tu. awak kena buat macam yg saya suruh."
suami pun marah pd MM anda. kesian dia...
kl anda nak minta pendpt, minta pendapat sahaja, jgn sampai MM rasa mcm ditelan mati emak, diluah mati bapak.

3.  beri masa
anda dan hubby x jatuh cinta pd pandangan pertama, kan? jd, mcm mana anda boleh harapkan MM anda suka anda sekali pandang aje? bagi dia masa utk mengenali anda sebagaimana sepatutnya dia beri masa kpd anda masa utk kenal dia. hubungan berkembang bersama masa. anda isteri pilihan anaknya tentu dia akan menghormati pilihan itu, okey!

4. aku bukan ancaman
anda benci tengok suami manja2 dgn MM? cemburu? marah? sakit hati? buang rasa itu semua. anda patut rasa bangga tahu! itu menunjukkan bhw suami anda menghormati perempuan. biarlah anda jadi wanita kedua selepas ibunya, x apa. pengorbanan ini sgt berharga..

5. jgn merendah-rendahkan aku
kalau x suka dgn apa MM buat, terus terang dgn dia tetapi mesti berhemah. jgn kutuk, jgn perli, jgn rendah2kan apa yg dia buat. x baik!

6. puji anak dia
ikhlaskan hati memuji anaknya kerana puji anak bermakna anda puji MM anda sbb anak dia, suami anda tu, dia yg membesarkannya, okey. faham?

7. jgn terlalu bergantung pada anak dia
ini penting! belajar berdikari. jgnlah anda asyik nak minta pendapat suami dlm segala hal sehingga kpd soal remeh temeh. jgn bila dah kahwin anda putuskan hubungan dgn kwn, x nak kerja konon nak duduk rumah jaga anak...toksah! bergembiralah...sbb bila anda gembira, hati MM anda seronok melihat kegembiraan yg turut kelihatan di wajah anak jantannya yg x de masaalah dengan bini. ada faham?

8. jgn jd pak silap, mak turut
selagi suami ikut hukum syarak.. tu lainlah! tp kena ingat suami ni manusia biasa aje. kdg bertindak tanpa berfikir. jadi lawanlah, berikan hujah supaya dia nampak versi anda. kl kita asyik ...yes yang, ok yang...baik yang..takut nnt anda melayang..MM mau menantu yg x takut menegur kesalahan suami. ingat tu!

9. sayang anak? ok.. tp jgn sampai mengabaikan suami
MM cukup pantang ni. ada menantu bila dah dpt anak, mula lah tumpuan 100% utk mereka. suami? 0 %. hah, tu bila suami lari, padan muka, MM cakap, x dengar. seimbangkan masa dan kasih syg antara suami n anak2. boleh?

10. jgn terlebih bercerita..
zmn canggih ni, kat fb pun nak mskkan mcm2 termasuk ttg suami, suka, sayang, gembira...kelahi..
hati2!
MM x suka sama sekali cerita dlm kain (maaf ya guna bhsa ni...) disebarkan kat internet. pantang dia! berpada2lah.

tu dia 10 perkara MM anda nak cakapkan pd anda. kl x faham atau x brp nak faham masuk sini

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.