apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

3.11.10

akibat membunuh


apa pun alasannya, hanya DIA dan dia yang tahu, Lans Koperal Mohamed Ya'cob tetap akan menjalani hukuman mati selepas gagal dalam rayuan terakhirnya di Mahkamah Persekutuan bagi mengetepikan sabitan dan hukuman mati kerana membunuh penyanyi kumpulan Spoon 11 tahun lalu.

Ketua Hakim Negara, Tun Zaki Azmi yang mengetuai panel tiga hakim terdiri daripada  Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Seri Md. Raus Sharif dan Datuk Abdull Hamid Embong.sebulat suara mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi Seremban yang dibuat selepas mendapati Lans Koperal Mohamed Ya'cob Demyati bersalah terhadap tuduhan membunuh Sabi'ul Malik Shafiee atau lebih dikenali sebagai Along  dan menjatuhkan hukuman mati terhadapnya pada 10 April 2002.

Sewaktu keputusan itu diumumkan, Mohamed Ya'cob, 44, dari cawangan pengawal pengiring Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, kelihatan tenang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.