apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

15.11.10

akhirnya, dia bebas...


RIBUAN penyokong srikandi demokrasi Myanmar, Aung San Suu Kyi bersorak gembira apabila tokoh wanita itu tiba di ibu pejabat partinya, Parti Liga Demokrasi Kebangsaan (NLD), sehari selepas pembebasan tanpa syaratnya. Suu Kyi dibebaskan selepas menjadi tahanan di rumahnya sendiri selama tujuh tahun.


Tiba dengan sebuah kereta dari kediaman tepi tasik di Yangon yang menjadi penjaranya selama ini, beliau menyusup masuk ke dalam pejabat cabuk itu. Di luar, kedengaran tepukan gemuruh diiringi laungan orang ramai: "Kami sayang Suu!"
Di ibu pejabat itu, Suu Kyi bertemu dengan diplomat-diplomat asing yang berpangkalan di Yangon dan dijangka menghadiri sesi pertemuan bersama pihak media dan rakyat. Beliau juga akan menghadiri sesi pengebumian seorang kawan rapat selain melawat Pagoda Shwedagon.
"Ini adalah satu pembebasan tanpa syarat. Beliau tidak dikenakan sebarang sekatan," kata peguamnya, Nyan Win.
Pembebasan Suu Kyi juga menimbulkan spekulasi sama ada srikandi itu mungkin menggunakan kebebasan yang baru dikecapi itu untuk mencabar pemerintah Myanmar sekarang atau mengambil langkah untuk berdamai.
Dalam penampilan sulungnya di khalayak pada petang Sabtu, Suu Kyi meluahkan hasratnya untuk meneruskan perjuangan politiknya. Namun, beliau tidak menyatakan sama ada akan mencabar junta tentera dengan demonstrasi atau sebarang langkah lain yang menyumbang kepada penahanannya sebelum ini.
"Kita ada banyak kerja yang perlu dibuat," katanya.
Wanita berusia 65 tahun yang berkarisma dan suka berterus-terang itu telah menjadi ikon perjuangan demokrasi di Burma sejak lama dahulu. Negara itu jatuh ke tangan pemimpin junta tentera sejak tahun 1962.
baca lagi tentang dia! dalam kosmo.

2 ulasan:

  1. akhirnya setelah 15 tahun jadi tahanan di bawah rezim militer. Ayo myanmar, bersama suu kyi bangun lah demokrasi agar menjadi sistem yang ideal dan terbaik untuk negaramu...

    BalasPadam
  2. @Dangsulaeman
    sudah terlalu lama..kan? harusnya mereka menikmati demokrasi

    BalasPadam

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.