Luahan

apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

KUALA LUMPUR - Pemilik kenderaan boleh berasa lega apabila harga minyak RON 95 dan diesel dijangka kekal masing-masing pada RM1.85 seliter d...

97 naik, 95 tak? ehh... kita dok guna 97 ke 95?

By November 03, 2010

KUALA LUMPUR - Pemilik kenderaan boleh berasa lega apabila harga minyak RON 95 dan diesel dijangka kekal masing-masing pada RM1.85 seliter dan RM1.75 sehingga hujung tahun ini.

Pandai, ya? Ingatnya, kita tak tahu kenapa tidak dinaikkan? Eleh, muslihat pilihnraya semua dalam kocek rakyat, kan? lagipun, berapa hari lagi nak hujung tahun, eh?

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, jangkaan itu dibuat berikutan tiada perbincangan ke arah kenaikan harga kedua-dua jenis bahan api itu di peringkat Kabinet sehingga semalam. Beliau berharap orang ramai tidak cepat panik apatah lagi dipengaruhi dengan kenaikan harga RON 97 sebanyak lima sen seliter kepada RM2.15 berkuat kuasa semalam.

Yang orang kurang guna tu, tak naiklah...tapi RON 97? Huh!!!

"Kita dapat kawal harga RON 95 menerusi subsidi 22 sen setiap liter tetapi harga RON 97 berbeza kerana ia ditentukan oleh pasaran," kata beliau ketika dihubungi semalam. Beliau mengulas laporan kenaikan harga RON 97 itu semalam iaitu yang terbaru selepas kenaikan terakhir pada Julai lalu.

alasannn..... aduhh!

You Might Also Like

0 comments

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.