Langkau ke kandungan utama

150. utk anda yg gempal..

anda gemuk ke kurus? kuat makan? atau x dpt nak mengelak dpd makan? tengoklah rcgn Biggest Loser. mesti anda akan ada motivasi diri utk menjadi kurus. huhu...
aku suka tgk rcgn ni dulu... versi amerika. jgn marah ek. yg versi asia x sempat tgk lagi sbb x de masa hehe
tp bg aku, pendpt peribadi akulah, inilah satu2 rcgn yg peserta2nya x terkinja2, x gedik, x ngada2 sbb they know they r not beauties or handsome men dlm keadaan gemuk n obes tu.
shazryn mohd faizal dr utusan online nampaknya setuju ngan aku hehe....


APABILA memperkatakan mengenai program realiti The Biggest Loser, hakikatnya ia bukanlah sebuah program sembarangan dalam lambakan penerbitan program realiti yang ada ketika ini. Ramai yang berpendapat program yang disertai oleh peserta gemuk dan obesiti dalam mengurangkan berat badan mereka itu lebih luhur dan jujur.

Menerusi program itu jugalah, penonton didedahkan dengan pelbagai maklumat yang cukup informatif tentang kesihatan dan kehidupan. Mungkin akan ada yang berpendapat The Biggest Loser tidak ubah seperti mahu memalukan para pesertanya menerusi pelbagai aktiviti yang dijalankan. Tetapi, di sebalik tanggapan negatif itu, sebenarnya ia boleh mendidik masyarakat dan penonton agar mereka sendiri dapat mengamalkan gaya hidup yang sihat.

Kalau ada yang tidak tahu, kerana impak yang besar daripada program itulah, ia telah difrancaiskan lebih daripada 15 buah negara di seluruh dunia. Di rantau Asia pula, The Biggest Loser Asia (TBLA) juga berjaya mencatatkan jumlah penonton yang tinggi selain mendapat sambutan yang menggalakkan. Ia menghimpunkan para peserta yang memiliki berat badan berlebihan dan obesiti dari negara rantau Asia untuk menyertai program seumpama itu di rantau ini.

Negara-negara yang terlibat ialah Malaysia, Indonesia, India, Filipina, Singapura, Thailand dan Hong Kong.

Program yang disiarkan menerusi saluran Hallmark (kini Diva Universal itu), TBLA musim pertama telah menobatkan peserta dari Indonesia, David Gurnani sebagai juara sulungnya. Sepanjang tiga bulan menyertai pertandingan itu, David berjaya menurunkan berat badannya dari 157 kilogram kepada 74 kilogram yang pastinya merupakan satu kejayaan buat tuan punya badan. Kerana sambutan yang diberikan itulah, TBLA diteruskan untuk musim kedua yang sudah pun mula ditayangkan sejak 21 September lalu.

TBLA2 menyaksikan 16 lagi peserta yang memiliki berat badan berlebihan dan obesiti berusaha untuk menurunkan berat badan mereka menerusi rejim yang telah diaturkan. Selepas empat episod bersiaran, seramai empat peserta telah disingkirkan. Kini, tinggal 12 peserta lagi yang gigih berusaha meneruskan misi murni mereka dalam program yang menawarkan ganjaran sebanyak AS$100,000 (RM301,000) sebagai wang kemenangan itu.

aku suka bob ngan jillian. mantap coaching diorang tu. best sangat! tp aku x msk Biggest Loser pun...dh kurus gak hehe..5 kg beb..konon! 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Cerpen: Dia Idaman Jiwa

1
“Hi, boleh aku duduk kat sini?”

Aliah mendongak. Demi terpandang sahaja wajah itu, air mukanya terus berubah. Riak tidak senang ditunjukkan kepada lelaki itu.

“Cepatlah jawab! Senang aje soalan aku tu. Boleh, jawablah boleh...”

“Kalau saya jawab tak boleh?”

Abid terus menarik kerusi yang bertentangan dengan gadis itu.

“Aku tetap duduk sini jugak.” Balasnya sambil tersengih-sengih.

“Macam tak ada tempat lain!”

“Banyak! Sana kosong. Tu, di belakang kau tu pun kosong. Tapi, aku saja aje nak duduk depan kau. Dah sebulan aku cari kau tapi tak jumpa-jumpa. Alhamdulillah, hari ini dapat juga. Kau apa khabar? Sihat?”

Aliah tidak menyahut. Sebaliknya, dia terus menyuap dan kali ini suapannya sengaja dilajukan, tidak lagi menikmati nasi campur yang dimakan. Ketika itu, dia hanya berkeinginan untuk cepat-cepat menyudahkan makan tengah harinya supaya dia dapat pergi dari situ dengan segera. Dia tidak mahu mengadap muka lelaki yang kini sedang berada di hadapannya walau sehebat, sekacak mana se…

Yang Terakhir: Versi Cerpen

1
“Kau dah habis fikir ke, Khairi? Perempuan macam Najiha tu kau nak bawak ke majlis Annual Dinner kita? Tak malu ke nanti bila orang gelakkan kau?” tanya Hafiz sambil mengerutkan dahi. Dia keliru dengan sikap Khairi Iqbal. Rasanya, selama mereka berkawan, belum pernah walau sekali pun, Khairi memuji gadis yang seorang itu. Gadis yang bernama Izzatul Najiha. Tup tup, hari ini, dia buat keputusan hendak menjadikan Najiha pasangannya semasa majlis kemuncak nanti. Hisy, pelik betul!
“Malu, memanglah aku malu! Tapi aku cuma nak gunakan dia saja. Nak buat Amalina cemburu.” Balas Khairi sambil menyisip air lemon perlahan. Sejuk rasa kerongkongnya bila air itu menerobos masuk ke dalam rongga.
Mata Hafiz buntang. Kepala tergeleng-geleng.
“Kenyataan kau tu lagi buat aku tak faham! Kalau kau nak buat Amalina cemburu, kau patut bawak perempuan lain. Bukan si Najiha yang macam hantu bungkus tu!”
Terlambak tawa Khairi Iqbal mendengar kata-kata sahabat baiknya itu. Hantu bungkus? Si Najiha tu?…

Inikah Cinta? : Versi Cerpen

1

"Ouch!"

Cepat-cepat Janet menghisap jari telunjuk yang terhiris tadi. Setelah kesakitan itu hilang, dia segera membasuh jari itu. Dia kemudian mengelap lalu membalut luka dengan plaster.

"Sakit? Itulah pasal. Mak Nah dah cakap, biar mak Nah aje yang buat tapi Janet degil sangat. Hendak jugak main-main pisau," sindir orang gajinya menyebabkan Janet ketawa besar.

"Inilah yang orang cakap, luka di tangan nampak berdarah. Luka di hati tak siapa tahu. Kan, mak Nah?"

Mak Nah melepaskan keluhan sebelum mencuri pandang ke arah wajah ayu di sisinya yang kini sedang tunduk dan berpaling ke arah lain. Hati mak Nah kini turut melagukan irama sedih yang pasti sedang berdendang dalam hati Janet. Biarpun sudah lama ia berlalu, pasti kenangan itu hadir kembali sebaik rangkap pepatah itu diungkap. Tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula kisah cinta penuh keindahan. Ke mana hendak dicampakkan?

"Dah enam tahun... dia tentu dah lupakan saya. Tentu dah kahwin…