apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

30.10.10

uda dan dara


uda ajak dara kahwin. dara tengok muka uda. uda gelisah. tiba-tiba dara cakap.
dialog mereka.......

dara: uda ada 4 K tak? kalau ada baru dara nak kahwin dengan uda
uda: uda bukan saja ada k, tapi ada a, b c, d...sampai z...

dara mengetap bibir. sabar..sabar..

dara: uda ni K tak? K untuk kaya.
uda tersengih...
uda: tentu! i kaya budi bahasa dan i suka makan roti cicah kaya...mmm sedap!!
dara menjeling. tapi sabar lagi, terus tanya...

dara: uda ada K?
uda: K ni untuk apa pulak?
dara: kondominium?
uda: ada...... dulu dekat stinggarden sekarang dekat......
dara menunggu penuh mengharap..
uda: duduk rumah mak I, boleh?
dara: i geram ni
uda: alah...tak pe, tanya lagi
dara: K yg ketiga....kereta?
uda: ada..yg i selalu bawak you tu, apa?
dara: kancil buat apa? i nak Kia... Sorento lagi...

uda mengeluh, owhhh
dara: ini last ni, you jawab dengan jujur tau...
uda: bosan...
dara: K yg last sekali...kalau you ada ni, mm, I sayang you.
uda: cakaplah apa dia?
dara: K for kad kredit.
uda: dah agak dah...sebenarnya, i tak pakai kad kredit
dara: habis tu, you guna kad apa?
uda: laa.. i ni kan ke kerja 'bell boy?' jadi i pakai kad yang bermagnet tu untuk buka pintu bilik
dara: sengal lah you ni
uda: i sengal? tak pe, i terima. sebenarnya I ada 4 B untuk you.

dara begitu teruja. akhirnya ada juga yang mamat ni hendak berikan kepadanya..
dara: cakaplah cepat!

uda bangun dan sambil mencampakkan bil ke muka dara, dia melaungkan
Bye, bye, Boleh Blah you ni....
sekian... lawak je okey! no hard feelings, i hope

2 ulasan:

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.