apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

26.10.10

Tsunami melanda lagi

anda masih ingat pada kejadian tsunami bertarikh 26.12.2004? dan lihat tarikh hari ini? 26.10.2010. apakah ia satu kebetulan? hanya Allah yang tahu hikmah yang tersembunyi.
ya, tsunami datang lagi. kali ini di sumatera barat. 

JAKARTA: Seramai 40 orang dilaporkan maut dan lebih 300 lagi hilang dalam bencana tsunami yang berlaku selepas gempa bumi kuat berukuran 7.2 pada skala richter yang melanda Kepulauan Mentawai, Sumatera Barat, Isnin malam. Perkara itu disahkan pegawai daerah Kepulauan Mentawai, Edison Saleleobaja. Sehingga jam 2 petang ini, pihak Badan Nasional Pengurusan Bencana (BNPB) belum memastikan identiti korban dalam kejadian itu.

Mereka yang hilang dipercayai membabitkan 10 rakyat Australia dan Jepun yang berada dalam sebuah kapal bernama Southern Cross milik Sumatran Surfariis. Pihak kedutaan Australia di Jakarta juga yakin bahawa rakyatnya berada di dalam kapal itu. Bagaimanapun BNPB belum mengesahkan kebenaran maklumat itu..

baca petikan hmetro...

2 ulasan:

  1. mungkin....Allah ingin menguji lagi rakyat indonesia...

    apa pun bersimpati dengan rakyat indonesia

    BalasPadam
  2. @seed169sama2lah kita membaca alfatihah utk yg terkorban

    BalasPadam

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.