Langkau ke kandungan utama

tips untuk teman blogger

anda hendak dapat buffered earning daripada nuffnang? kat sini aku turunkan 5 tips yang aku dapat daripada lakaran kehidupan
1. dapatkan status glitterati
status ni maksudnya anda hanya letak iklan nuffnang saja. x ada yang lain dpd advertiser lain

2. Kemaskini Profile Survey (Dashboard - Edit Survey)
Survey ni ibarat tiket untuk anda jaja kelebihan dan keunikan yang ada pada anda. contoh, bagi pelajar IPT, senang cakap, ini ibarat exam transcript anda. Lagi bagus "results" anda, lagi senang la advertiser nak bubuh iklan kat blog anda. 

3. Kemaskini Blog survey (Dashboard - Blog Manager - Update survey)
Dalam survey ni, pastikan advertiser faham, jelas, terang lagi bersuluh mengenai blog anda. Iyalah, kan, xkan nak beli ikan sungai anda pergi ke Plaza Lowyat kot. Be precise on what your blog is all about!

4. Ubah Kedudukan Iklan
Tips ni boleh dirujuk pada blog buffnang sendiri. encik nuff dah bagitahu di mana kita patut letak iklan kita. (tengok mcm mana aku letak kat blog aku pun boleh! tu ikut cakap encik nuff tu, hehe!) 

5. Elakkan Blog Bersawang!
Jaga, jangan sampai labah-labah buat saran, hehe....Yang ni ramai yang cepat kantoi. Kata orang, kalau ada minat, kesenangan tu akan datang dengan sendirinya. Buat blog kerana minat, dun worry, blog anda tidak akan bersawang. Mesti ada saja idea2 baru untuk di share dalam blog. Blog yang sentiasa dikemaskini akan lebih menarik perhatian pihak advertiser.

tu dulu. harap anda fahm dan cuba ikutinya. 
thanks to tuan punya LK. 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Cerpen: Dia Idaman Jiwa

1
“Hi, boleh aku duduk kat sini?”

Aliah mendongak. Demi terpandang sahaja wajah itu, air mukanya terus berubah. Riak tidak senang ditunjukkan kepada lelaki itu.

“Cepatlah jawab! Senang aje soalan aku tu. Boleh, jawablah boleh...”

“Kalau saya jawab tak boleh?”

Abid terus menarik kerusi yang bertentangan dengan gadis itu.

“Aku tetap duduk sini jugak.” Balasnya sambil tersengih-sengih.

“Macam tak ada tempat lain!”

“Banyak! Sana kosong. Tu, di belakang kau tu pun kosong. Tapi, aku saja aje nak duduk depan kau. Dah sebulan aku cari kau tapi tak jumpa-jumpa. Alhamdulillah, hari ini dapat juga. Kau apa khabar? Sihat?”

Aliah tidak menyahut. Sebaliknya, dia terus menyuap dan kali ini suapannya sengaja dilajukan, tidak lagi menikmati nasi campur yang dimakan. Ketika itu, dia hanya berkeinginan untuk cepat-cepat menyudahkan makan tengah harinya supaya dia dapat pergi dari situ dengan segera. Dia tidak mahu mengadap muka lelaki yang kini sedang berada di hadapannya walau sehebat, sekacak mana se…

Yang Terakhir: Versi Cerpen

1
“Kau dah habis fikir ke, Khairi? Perempuan macam Najiha tu kau nak bawak ke majlis Annual Dinner kita? Tak malu ke nanti bila orang gelakkan kau?” tanya Hafiz sambil mengerutkan dahi. Dia keliru dengan sikap Khairi Iqbal. Rasanya, selama mereka berkawan, belum pernah walau sekali pun, Khairi memuji gadis yang seorang itu. Gadis yang bernama Izzatul Najiha. Tup tup, hari ini, dia buat keputusan hendak menjadikan Najiha pasangannya semasa majlis kemuncak nanti. Hisy, pelik betul!
“Malu, memanglah aku malu! Tapi aku cuma nak gunakan dia saja. Nak buat Amalina cemburu.” Balas Khairi sambil menyisip air lemon perlahan. Sejuk rasa kerongkongnya bila air itu menerobos masuk ke dalam rongga.
Mata Hafiz buntang. Kepala tergeleng-geleng.
“Kenyataan kau tu lagi buat aku tak faham! Kalau kau nak buat Amalina cemburu, kau patut bawak perempuan lain. Bukan si Najiha yang macam hantu bungkus tu!”
Terlambak tawa Khairi Iqbal mendengar kata-kata sahabat baiknya itu. Hantu bungkus? Si Najiha tu?…

Inikah Cinta? : Versi Cerpen

1

"Ouch!"

Cepat-cepat Janet menghisap jari telunjuk yang terhiris tadi. Setelah kesakitan itu hilang, dia segera membasuh jari itu. Dia kemudian mengelap lalu membalut luka dengan plaster.

"Sakit? Itulah pasal. Mak Nah dah cakap, biar mak Nah aje yang buat tapi Janet degil sangat. Hendak jugak main-main pisau," sindir orang gajinya menyebabkan Janet ketawa besar.

"Inilah yang orang cakap, luka di tangan nampak berdarah. Luka di hati tak siapa tahu. Kan, mak Nah?"

Mak Nah melepaskan keluhan sebelum mencuri pandang ke arah wajah ayu di sisinya yang kini sedang tunduk dan berpaling ke arah lain. Hati mak Nah kini turut melagukan irama sedih yang pasti sedang berdendang dalam hati Janet. Biarpun sudah lama ia berlalu, pasti kenangan itu hadir kembali sebaik rangkap pepatah itu diungkap. Tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula kisah cinta penuh keindahan. Ke mana hendak dicampakkan?

"Dah enam tahun... dia tentu dah lupakan saya. Tentu dah kahwin…