apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

28.10.10

tiada rahsia

aku cuma nak berkongsi maklumat je ya...
kalau anda bersms ke, bercakap di telefon ke, berhati-hatilah!
sebab semuanya disimpan dan dirakam oleh syarikat-syarikat berkaitan telekomunikasi ini. 
baik celcom, mahupun digi, atau maxis...
kan banyak kes dah yg kita dengar yg dpt merakam panggilan telefon? 
atau ada yg sudah tertangkap krn menghantar sms beracun? 
ini salah satunya...

.............................dibicarakan atas tiga tuduhan menghantar ugutan jenayah menerusi SMS kepada tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) pada tahun lalu. ...................didakwa menghantar ugutan jenayah menerusi SMS dengan mengancam mendatangkan kematian  Dia juga didakwa atas tuduhan pilihan, menggunakan perkhidmatan Internet bagi menghantar SMS berbunyi: "Baik jangan teruskan niat YB, YB tak sayang nyawa?" kepada tiga ADUN tersebut. 

bukan apa yg tertuduh tu tulis, atau kpd siapa mesej  itu ditulis yg aku jadikan isu kat sini tapi ini.....

Seorang pegawai DiGi Telecommunications Sdn. Bhd. (DiGi) memberitahu Mahkamah Sesyen di sini hari ini bahawa syarikat tersebut tidak mengetahui isi kandungan sesuatu khidmat pesanan ringkas (SMS) pelanggannya. Ketua Bahagian Siasatan dan Pemeriksaan DiGi, Mohd. Faiz Ong Abdullah memberitahu, ini kerana setiap isi kandungan SMS tersebut hanya disimpan selama tujuh hari sebelum dihapuskan.


disimpan selama 7 hari tu... lama!
hmm, tak ada rahsia rupa2nyerr.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.