Langkau ke kandungan utama

140. thanx whoopi n joy

salam...
peristiwa ini berlaku di sebuah stesen televisyen. rancangan yg sdg ke udara itu bernama 'The View' 
ia berlaku hampir 2 jam yg lalu. 
apa kisahnya?
anda baca sendiri di bawah, k!

Anda kenal Whoopi Goldberg? Ya, dia salah seorng pelakon kulit hitam yang terkenal di Amerika. dia juga ialah pengacara rancangan "The View" bersama-sama seorang lagi wanita,  bernama Joy Behar. Dalam rancangan yang baru sahaja bersiaran itu mereka menjemput  hos dpd Berita Fox (Fox News) Bill O'Reilly. 
Nak tahu apa yg dah jadi? Wanita berdua ini marah dgn kenyataan yg dibuat oleh Bill semasa wwancara lalu menyerbu keluar dpd set tersebut. 
wow!
 
ketika itu mereka sedang berdebat. Persoalannya ialah, "apakah harus ada pusat masyarakat dan masjid dibina di Lower Manhattan?",

Bill O'Reilly menyatakan bahawa "Muslim membunuh kita pada 9 / 11!!!". Kenyataan ini untuk menyokong apa yg dia pernah sebut, iaitu tindakan membina pusat masyarakat dan masjid itu adalah tidak wajar sama sekali. 
"Oh Tuhan!" Goldberg menjawab, diikuti beberapa perkataan lain.... 

O'Reilly marah lalu bertanya, "Muslim tidak membunuh kita pada 9 / 11? Apakah itu yang anda ingin katakan?"

Bagi Goldberg, O'Reilly dianggap sebagai "pelampau". Pernyataan lelaki itu bahawa "Muslim" - dan bukan "Radikal Muslim" (pelampau atau pengganas - membunuh "kita" pada 9 / 11) adalah sesuatu yang tidak wajar..

Joy Behar mengatakan kepada O'Reilly bahawa umat Islam juga mempunyai hak untuk membina pusat masyarakat dan masjid kerana "ini adalah Amerika." 

kerana sakit hati dengan bintang Fox itu, kedua2 wanita itupun keluar meninggalkan set dan studio.

kesimpulanku?
terima kasih kepada Whoopi dan Joy. memang benar, peristiwa 9/11 itu pahit utk dikenang tetapi janganlah menganggap bahawa semua sekali orang islam sejahat itu. 
so, ini satu pengajaran kpd kita semua, ya.
Jaga mulut! hmm...

nak tengok? bukak ABC News. 

Ulasan

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.

Catatan popular daripada blog ini

Cerpen: Dia Idaman Jiwa

1
“Hi, boleh aku duduk kat sini?”

Aliah mendongak. Demi terpandang sahaja wajah itu, air mukanya terus berubah. Riak tidak senang ditunjukkan kepada lelaki itu.

“Cepatlah jawab! Senang aje soalan aku tu. Boleh, jawablah boleh...”

“Kalau saya jawab tak boleh?”

Abid terus menarik kerusi yang bertentangan dengan gadis itu.

“Aku tetap duduk sini jugak.” Balasnya sambil tersengih-sengih.

“Macam tak ada tempat lain!”

“Banyak! Sana kosong. Tu, di belakang kau tu pun kosong. Tapi, aku saja aje nak duduk depan kau. Dah sebulan aku cari kau tapi tak jumpa-jumpa. Alhamdulillah, hari ini dapat juga. Kau apa khabar? Sihat?”

Aliah tidak menyahut. Sebaliknya, dia terus menyuap dan kali ini suapannya sengaja dilajukan, tidak lagi menikmati nasi campur yang dimakan. Ketika itu, dia hanya berkeinginan untuk cepat-cepat menyudahkan makan tengah harinya supaya dia dapat pergi dari situ dengan segera. Dia tidak mahu mengadap muka lelaki yang kini sedang berada di hadapannya walau sehebat, sekacak mana se…

Yang Terakhir: Versi Cerpen

1
“Kau dah habis fikir ke, Khairi? Perempuan macam Najiha tu kau nak bawak ke majlis Annual Dinner kita? Tak malu ke nanti bila orang gelakkan kau?” tanya Hafiz sambil mengerutkan dahi. Dia keliru dengan sikap Khairi Iqbal. Rasanya, selama mereka berkawan, belum pernah walau sekali pun, Khairi memuji gadis yang seorang itu. Gadis yang bernama Izzatul Najiha. Tup tup, hari ini, dia buat keputusan hendak menjadikan Najiha pasangannya semasa majlis kemuncak nanti. Hisy, pelik betul!
“Malu, memanglah aku malu! Tapi aku cuma nak gunakan dia saja. Nak buat Amalina cemburu.” Balas Khairi sambil menyisip air lemon perlahan. Sejuk rasa kerongkongnya bila air itu menerobos masuk ke dalam rongga.
Mata Hafiz buntang. Kepala tergeleng-geleng.
“Kenyataan kau tu lagi buat aku tak faham! Kalau kau nak buat Amalina cemburu, kau patut bawak perempuan lain. Bukan si Najiha yang macam hantu bungkus tu!”
Terlambak tawa Khairi Iqbal mendengar kata-kata sahabat baiknya itu. Hantu bungkus? Si Najiha tu?…

Inikah Cinta? : Versi Cerpen

1

"Ouch!"

Cepat-cepat Janet menghisap jari telunjuk yang terhiris tadi. Setelah kesakitan itu hilang, dia segera membasuh jari itu. Dia kemudian mengelap lalu membalut luka dengan plaster.

"Sakit? Itulah pasal. Mak Nah dah cakap, biar mak Nah aje yang buat tapi Janet degil sangat. Hendak jugak main-main pisau," sindir orang gajinya menyebabkan Janet ketawa besar.

"Inilah yang orang cakap, luka di tangan nampak berdarah. Luka di hati tak siapa tahu. Kan, mak Nah?"

Mak Nah melepaskan keluhan sebelum mencuri pandang ke arah wajah ayu di sisinya yang kini sedang tunduk dan berpaling ke arah lain. Hati mak Nah kini turut melagukan irama sedih yang pasti sedang berdendang dalam hati Janet. Biarpun sudah lama ia berlalu, pasti kenangan itu hadir kembali sebaik rangkap pepatah itu diungkap. Tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula kisah cinta penuh keindahan. Ke mana hendak dicampakkan?

"Dah enam tahun... dia tentu dah lupakan saya. Tentu dah kahwin…