apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

28.10.10

tak menyesal ke?

betul ke dia tak menyesal? isy, pelik lah ni! kesalahan bukan kecil, dia membunuh orang. tp kenapa bila dijatuhi hukuman mati, dia cakap 'nasiblah!" ? aku keliru.

 “Nasiblah!” Selain ungkapan tersebut, seorang peniaga makanan, Omar Shaari ternyata tidak menunjukkan sebarang sesalan pada wajahnya selepas dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi Pulau Pinang di sini semalam.
Omar, 49, dijatuhi hukuman tersebut oleh Hakim Datuk Abdul Halim Aman selepas didapati bersalah membunuh jirannya, Faridah Mohd. Sharif, 46, yang mayatnya ditemui hampir reput di kawasan belukar di Persiaran Minden di sini empat tahun lalu.
Kata-kata ringkas Omar itu ternyata menyentap perasaan galeri awam apatah lagi ditambah dengan tindakannya tersenyum sambil mengangkat bahu ke arah abang kandung, isteri dan anaknya yang turut berada di situ selepas mendengar penghakiman Abdul Halim.
sumber: kosmo

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.