Langkau ke kandungan utama

Tak akan pernah tahu (akhir)

"Ini apa?”

Nazmi membaling sekeping kertas yang sedikit renyuk ke mukaku. Mujur aku sempat mengelak. Kalau tidak? Aku tidak dapat menahan diri daripada tersenyum bila kenangan lama itu menerpa. Bagaimanapun, bila melihat ke wajahnya yang serius, aku terus membuka kertas itu. Entah apalah benda yang ditanya kepadaku dan apa agaknya yang menjadi misteri?

Hatiku berdebar. Rasa kenal pula tulisan yang bulat-bulat ini. Bukankah ini tulisan tanganku?

aku tak pernah mengerti yang terjadi
mengapa aku selalu menantimu
walau aku tahu kau takkan mahu

kau tak akan pernah tahu
betapa hancur hatiku
saat kau peluk dirinya
aku takkan rela walau kau bukan milikku

seharusnya kau mengerti
betapa aku mencintaimu
walau kau tak akan pernah tahu
akan kusimpan cinta ini selamanya

Mataku berkaca. Sekejap lagi, aku pasti menangis. Kalau Nazmi berkata sesuatu, aku tahu air mataku pasti berderai. Owhh, kenapalah aku lalai sangat sehinggakan kertas yang sudahku buang itu, ditemuinya? Kenapa?

Nazmi ketawa pula. Wah, suka betul dia setelah menduga aku begini. Suka benar dia setelah aku kehilangan kata-kata. Bahagianya dia menjelang perpisahan kami?

“Kau ketinggalan satu rangkap, Ika. Dengar!”

Dan, mataku buntang mendengar Nazmi menyanyikan baris-baris yang sengaja kutinggalkan.......

aku yang selalu untukmu
mencintaimu
kau tak pernah berikan kesempatan
untuk membuktikan isi hatiku

Kuseka air mata ini sambil membalas renungannya. Sambil membalas senyumannya. Bila dia mengulangi kata cinta itu kepadaku hari ini, aku tidak sanggup menolak lagi. Maafkan aku, Alisa. Maafkan aku mencuri bahagiamu, tetapi, Nazmi cintakan aku. Dari dulu sampai hari ini, cintanya tetap untukku. Aku tidak mahu menolaknya kerana kini aku menyintainya. Menyintainya dengan sepenuh hati ini.

“Aku tunggu kau 3 tahun lamanya, Nur Syafika. Dalam kesetiaan, aku menguji dirimu dengan kehadiran mereka. Bila kau sedikitpun tidak berkutik, aku lemah. Aku ingin menyerah, ingin mengalah, ingin menerima cinta Alisa tapi aku tak boleh membohongi diriku.”

Nazmi mendekatiku, merenung tepat ke anak mataku sambil membisikkan, ya, hanya untuk pendengaran aku sahaja sekali ini....

 “Cinta aku hanya untuk kau seorang. Kau dah pahat nama kau kat dalam hati aku ni lama sebelum aku tahu kau sakit. Jadi, tak ada istilah cinta kerana simpati. Atau cinta kerana kasihan. Kau faham tak apa aku cakap ni, Ika?”

Hmm, kalau dah diri tu cikgu, soalan yang diajukan kepada kekasihpun bunyinya dah macam bertanya kepada anak murid.

“Kau faham tak apa aku a.k.a. cikgu cakap ni, Ika?”

“Anak murid faham, Cikgu Nazmi!”

Aik, kenapa Cikgu Wati mengekeh ketawa? Dan, Nazmi? Kenapa tengok aku macam tu? Siap cekak pinggang lagi?

Oops, tentu gara-gara apa yang di fikiran terlepas daripada bibir. Apa nak buat ni? Buat apa? Buat bodoh ajelah! Dan, aku pun tersengih kepada mereka.

“Err, nampaknya, aku kena batalkan pertukaran.” Kataku setelah kami duduk semula di kerusi. Dia di hujung sana, aku di hujung sini.

“Tak payah. Aku dah isi borang pindah tu. Aku ikut kau. Lagipun, alasan kita berdua kuat. Kau perlu dapat rawatan pakar di KL. Aku escort kau. Insya-Allah, kata Tuan Pengetua, dia akan luluskan dan panjangkan ke Jabatan dan Kementerian.”

Nazmi memberitahu bahawa semua orang sudah tahu hasratnya bila dia mengisi borang pertukaran itu 2 hari yang lepas. Alisa juga memahami perbuatannya dan sudah memaafkan. Tak ada apa-apa yang perlu aku risaukan.  

“Cuma, aku nak tahu satu perkara. Kenapa kau tolak cinta aku dulu? Kalau 3 tahun dulu kau terima, kita mungkin dah kahwin dan ada anak.” Nazmi mempersoalkan perbuatanku dulu.

Wajahnya kutatap. Hmm, memang dia punya wajah yang menawan. Rambut ikalnya tersisir rapi, hidungnya mancung, bibirnya kemerah-merahan dan nipis. Sekali pandang macam Robert, si pontianak tu. Dua kali pandang? Macam..... siapa lagi? Dialah! Nazmi!

“Ika,?”

3 tahun dulu, aku tidak cintakan Nazmi. Lagipun, masa tu, aku memang tutup pintu hati aku ni. Aku tak berani bercinta sebab penyakitku dalam kumpulan kronik. Tapi, sekarang aku dah sedar bahawa kami, orang-orang yang mengidap penyakit kronik juga berhak untuk kecapi bahagia. Berhak kahwin, dapat anak, disayangi dan dicintai. Aku ingin menjalani hidup yang bahagia bersama-sama dia, lelaki yang mengaku menyintaiku. Dan, kalau aku ditakdirkan pergi, harapanku agar dia berada di sisiku, menemani aku di hari-hari terakhirku nanti. Itu yang kumahu.    

Bila aku curahkan rahsia hatiku itu kepadanya, buat pertama kali, aku melihat sepasang mata Nazmiku yang nakal, berkaca. Dan, dia membisikkan padaku....

“Insya-Allah, abang akan menemani Ika sehingga ke akhir hayat kita nanti. Kematian itu pasti, sayang. Tapi, Ika kena ingat, tak semestinya Ika yang pergi dulu, kan?”

Aku bahagia. Mendengar bisikannya, aku merasakan akulah wanita yang amat bertuah. Aku bertekad untuk membahagiakan dirinya. Selagi aku diizinkan Allah untuk bernafas di bumiNya ini, selagi itulah aku ingin menjadi isteri Nazmi dalam suka dukanya, dalam remuk redamnya, dalam hilai tawanya. Dalam hidupnya!

Ulasan

  1. Tahniah Sofi. Best cerita ni. Suka sebab akhirnya Cikgu Ika terima Cikgu Nazmi. Memang betul, orang sakit pun boleh kawin apa. Macam kata Nazmi, tak semestinya Cikgu Ika yang akan mati dulu. Ajal, maut, rezeki tu semuanya pada Allah semata...

    BalasPadam
  2. best la cg sofi...
    betul, org sakit pun berhak kecapi bahagia.
    lgi pun skit SLE blh d ubati n ilang.
    mak cik sya dlu skit.
    dia kahwin dan dpat ank.
    after ank 1st lahir, dia sembuh sepenuhnya.
    dan skrg ada 3 org ank dgn ank 1st dah 23 thn.
    Allah lbih thu.

    BalasPadam
  3. hbs sudh.....huhu...best2...
    tumpg tnya,org yg ad pykit ni bleh mgandung ke???
    mksd sy, akn ad pe2 prob @ komplikasi ke ms mgndung nti??
    lg 1, pykit tu bleh turun pd ank2 ke??? (pykit keturunn)...:D

    BalasPadam
  4. wah.....
    akhrnya......
    cnta mrk ttp brsatu....
    thniah ckgu sofi...
    crta ni mnarik....

    BalasPadam
  5. Akhirnya mrka ttp b'sama.:)
    Ajal & maut di tgn tuhan.
    Semua org layak mengecap kebahagiaan sndri.
    Jd usah ragu2
    optimis lah dgn kehidupan kita:p
    Tq cg sofi
    Karya yg menarik

    BalasPadam
  6. salam.....

    mina..thanx...slmt dtg dan teruskn membaca di sini

    NA, alhamdulillah, syukur

    anonymous, boleh mengandung, komplikasi mmg ada n jagaan mmg rapi, bukan keturunan, k! thnx 4 asking

    epy, terima kasih

    iffahnazifa, betul, kita mesti sentiasa positif

    BalasPadam
  7. huhuhu...bestnyer...
    kan betul apa yang nazmi buat semuanya untuk menguji ika...nasib baik akhirnya ika terima jua nazmi..

    benar kata nazmi tak semestinya yang sakit akan pergi dulu...jodoh, pertemuan, ajal dan maut semua Allah yg tentukan...

    apa pun, bestlah citer ni kak sofi

    tahniah...

    BalasPadam
  8. nasib baik nazmi terjumpa kertas yg Ika buang tu...maknanya x bertepuk sblh tgn lah.Bersatu juga 2 jiwa ni.Kesian juga kat Alisa wpun memahami namun hati pasti terluka...apa2 pun crita yg menarik ...tahniah cg Sofi.Masih menunggu karya selanjutnya

    BalasPadam
  9. salam...
    itu aku, sofi suka wat citer hepi ending. xpe kan?
    seed169, kak sofi kl wat citer, suka wat hero yg setia, hehe pd 1 pompuan jek..boleh, kan?
    terima kasih, kak seha, kerana sudi bertandang ke sini. jemputlah baca lagi, ya!

    BalasPadam

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.

Catatan popular daripada blog ini

Cerpen: Dia Idaman Jiwa

1
“Hi, boleh aku duduk kat sini?”

Aliah mendongak. Demi terpandang sahaja wajah itu, air mukanya terus berubah. Riak tidak senang ditunjukkan kepada lelaki itu.

“Cepatlah jawab! Senang aje soalan aku tu. Boleh, jawablah boleh...”

“Kalau saya jawab tak boleh?”

Abid terus menarik kerusi yang bertentangan dengan gadis itu.

“Aku tetap duduk sini jugak.” Balasnya sambil tersengih-sengih.

“Macam tak ada tempat lain!”

“Banyak! Sana kosong. Tu, di belakang kau tu pun kosong. Tapi, aku saja aje nak duduk depan kau. Dah sebulan aku cari kau tapi tak jumpa-jumpa. Alhamdulillah, hari ini dapat juga. Kau apa khabar? Sihat?”

Aliah tidak menyahut. Sebaliknya, dia terus menyuap dan kali ini suapannya sengaja dilajukan, tidak lagi menikmati nasi campur yang dimakan. Ketika itu, dia hanya berkeinginan untuk cepat-cepat menyudahkan makan tengah harinya supaya dia dapat pergi dari situ dengan segera. Dia tidak mahu mengadap muka lelaki yang kini sedang berada di hadapannya walau sehebat, sekacak mana se…

Yang Terakhir: Versi Cerpen

1
“Kau dah habis fikir ke, Khairi? Perempuan macam Najiha tu kau nak bawak ke majlis Annual Dinner kita? Tak malu ke nanti bila orang gelakkan kau?” tanya Hafiz sambil mengerutkan dahi. Dia keliru dengan sikap Khairi Iqbal. Rasanya, selama mereka berkawan, belum pernah walau sekali pun, Khairi memuji gadis yang seorang itu. Gadis yang bernama Izzatul Najiha. Tup tup, hari ini, dia buat keputusan hendak menjadikan Najiha pasangannya semasa majlis kemuncak nanti. Hisy, pelik betul!
“Malu, memanglah aku malu! Tapi aku cuma nak gunakan dia saja. Nak buat Amalina cemburu.” Balas Khairi sambil menyisip air lemon perlahan. Sejuk rasa kerongkongnya bila air itu menerobos masuk ke dalam rongga.
Mata Hafiz buntang. Kepala tergeleng-geleng.
“Kenyataan kau tu lagi buat aku tak faham! Kalau kau nak buat Amalina cemburu, kau patut bawak perempuan lain. Bukan si Najiha yang macam hantu bungkus tu!”
Terlambak tawa Khairi Iqbal mendengar kata-kata sahabat baiknya itu. Hantu bungkus? Si Najiha tu?…

Inikah Cinta? : Versi Cerpen

1

"Ouch!"

Cepat-cepat Janet menghisap jari telunjuk yang terhiris tadi. Setelah kesakitan itu hilang, dia segera membasuh jari itu. Dia kemudian mengelap lalu membalut luka dengan plaster.

"Sakit? Itulah pasal. Mak Nah dah cakap, biar mak Nah aje yang buat tapi Janet degil sangat. Hendak jugak main-main pisau," sindir orang gajinya menyebabkan Janet ketawa besar.

"Inilah yang orang cakap, luka di tangan nampak berdarah. Luka di hati tak siapa tahu. Kan, mak Nah?"

Mak Nah melepaskan keluhan sebelum mencuri pandang ke arah wajah ayu di sisinya yang kini sedang tunduk dan berpaling ke arah lain. Hati mak Nah kini turut melagukan irama sedih yang pasti sedang berdendang dalam hati Janet. Biarpun sudah lama ia berlalu, pasti kenangan itu hadir kembali sebaik rangkap pepatah itu diungkap. Tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula kisah cinta penuh keindahan. Ke mana hendak dicampakkan?

"Dah enam tahun... dia tentu dah lupakan saya. Tentu dah kahwin…