Langkau ke kandungan utama

105. susahnya mendapat cinta 1 - 1?


dia kata, dia sayang kamu. katanya, hanya kamu di hatinya. tiada yang lain, kamu sahaja. kamu percaya dia sepenuh hati kamu. satu hari, kamu ketemu dia dengan gadis / lelaki lain? selepas diselidik, kamu dapati bahawa gadis itu / lelaki itu ialah awek / cowok barunya. apakah perasaanmu kala itu?
Saya berusia 27 tahun, sudah berkahwin dan mempunyai cahaya mata berusia setahun. Bagaimanapun, belum sempat menyambut ulang tahun kedua perkahwinan, saya berkahwin lagi dengan bekas kekasih. Saya memang tidak mampu menolaknya dan dia juga sanggup membelakangkan keluarga untuk menjadi isteri kedua saya. Sekarang ini saya keliru, memilih isteri pertama atau kedua. Isteri pertama tidak dapat menerima hakikat saya berkahwin lagi dan meminta saya menceraikannya. Isteri kedua pula tidak kisah asalkan saya berlaku adil. Saya pula menyayangi kedua-duanya.
apakah anda juga akan seperti isteri pertama yg akan meminta cerai apabila kasih sayang dinodai? arghh, lelaki begitu mudah berkata, saya menyayangi kedua2nya. bolehkah bertindak adil dlm memberikan kasih sayang itu?
Kontrak paling banyak tanggungjawab di hadapan Allah SWT nanti ialah kontrak perkahwinan. Kasih sayang dan cinta kepada manusia yang meluap-luap tanpa disandarkan kepada Allah SWT, bukan kerana Allah SWT dan tidak mohon reda Allah SWT, malah hanya berpaut kepada cinta nafsu saja adalah perkahwinan yang bertunjangkan nafsu. Ia tidak akan membawa lelaki berasa nikmatnya bahagia baik di dunia dan akhirat.
sampai saat ini aku masih x phm sorg lelaki ni.. 6 thn kenal n aku tau suma ttg dia, ttg famili dia, hidup dia, msalah dia, ttg tunangnya yg comel n kekasih2nya. aku angap dia sbgi kwn baik aku tp aku x tau dia anggap aku ni sebagai apa. kalo dia angap aku kwnnya, knp dia nk aku jd kekasihnya sdgkan dia ada tunang n kekasih2 lain? dia asyik ckp sukakan aku tp aku x percaya. apa yg t’tulis d atas, x suma pun dia buat. dua perkara je, dia takut aku lari dari dia n dia menggelabah kalo aku senyap je. mcm2 aku rasa sekarang, rasa b’slh, kecewa, geram n mcm2. kalo ikutkan hati, aku senyap n biarkan je dia tp aku x nk lukakan hati dia coz dia tetap kwn aku. betul ke dia sukakan aku? aku nak tau mcm mn lelaki mcm dia betul2 sukakan seseorg spy aku tau apa yang aku boleh buat spy x ada siapa yg terluka.
kesimpulan yg aku boleh buat ialah, di zaman ini susah nak dapat kesetiaan. susah nak percaya bahawa cinta tiada dua. hehe...
apa pendapat anda pula? 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Cerpen: Dia Idaman Jiwa

1
“Hi, boleh aku duduk kat sini?”

Aliah mendongak. Demi terpandang sahaja wajah itu, air mukanya terus berubah. Riak tidak senang ditunjukkan kepada lelaki itu.

“Cepatlah jawab! Senang aje soalan aku tu. Boleh, jawablah boleh...”

“Kalau saya jawab tak boleh?”

Abid terus menarik kerusi yang bertentangan dengan gadis itu.

“Aku tetap duduk sini jugak.” Balasnya sambil tersengih-sengih.

“Macam tak ada tempat lain!”

“Banyak! Sana kosong. Tu, di belakang kau tu pun kosong. Tapi, aku saja aje nak duduk depan kau. Dah sebulan aku cari kau tapi tak jumpa-jumpa. Alhamdulillah, hari ini dapat juga. Kau apa khabar? Sihat?”

Aliah tidak menyahut. Sebaliknya, dia terus menyuap dan kali ini suapannya sengaja dilajukan, tidak lagi menikmati nasi campur yang dimakan. Ketika itu, dia hanya berkeinginan untuk cepat-cepat menyudahkan makan tengah harinya supaya dia dapat pergi dari situ dengan segera. Dia tidak mahu mengadap muka lelaki yang kini sedang berada di hadapannya walau sehebat, sekacak mana se…

Yang Terakhir: Versi Cerpen

1
“Kau dah habis fikir ke, Khairi? Perempuan macam Najiha tu kau nak bawak ke majlis Annual Dinner kita? Tak malu ke nanti bila orang gelakkan kau?” tanya Hafiz sambil mengerutkan dahi. Dia keliru dengan sikap Khairi Iqbal. Rasanya, selama mereka berkawan, belum pernah walau sekali pun, Khairi memuji gadis yang seorang itu. Gadis yang bernama Izzatul Najiha. Tup tup, hari ini, dia buat keputusan hendak menjadikan Najiha pasangannya semasa majlis kemuncak nanti. Hisy, pelik betul!
“Malu, memanglah aku malu! Tapi aku cuma nak gunakan dia saja. Nak buat Amalina cemburu.” Balas Khairi sambil menyisip air lemon perlahan. Sejuk rasa kerongkongnya bila air itu menerobos masuk ke dalam rongga.
Mata Hafiz buntang. Kepala tergeleng-geleng.
“Kenyataan kau tu lagi buat aku tak faham! Kalau kau nak buat Amalina cemburu, kau patut bawak perempuan lain. Bukan si Najiha yang macam hantu bungkus tu!”
Terlambak tawa Khairi Iqbal mendengar kata-kata sahabat baiknya itu. Hantu bungkus? Si Najiha tu?…

Inikah Cinta? : Versi Cerpen

1

"Ouch!"

Cepat-cepat Janet menghisap jari telunjuk yang terhiris tadi. Setelah kesakitan itu hilang, dia segera membasuh jari itu. Dia kemudian mengelap lalu membalut luka dengan plaster.

"Sakit? Itulah pasal. Mak Nah dah cakap, biar mak Nah aje yang buat tapi Janet degil sangat. Hendak jugak main-main pisau," sindir orang gajinya menyebabkan Janet ketawa besar.

"Inilah yang orang cakap, luka di tangan nampak berdarah. Luka di hati tak siapa tahu. Kan, mak Nah?"

Mak Nah melepaskan keluhan sebelum mencuri pandang ke arah wajah ayu di sisinya yang kini sedang tunduk dan berpaling ke arah lain. Hati mak Nah kini turut melagukan irama sedih yang pasti sedang berdendang dalam hati Janet. Biarpun sudah lama ia berlalu, pasti kenangan itu hadir kembali sebaik rangkap pepatah itu diungkap. Tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula kisah cinta penuh keindahan. Ke mana hendak dicampakkan?

"Dah enam tahun... dia tentu dah lupakan saya. Tentu dah kahwin…