Luahan

apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

anak ini sudah mengalami kecederaan kekal, akibat dipatuk ular tedung ketika bermain di dalam bilik di rumahnya, pd 26.5.2010. bersimpati de...

sumbangan kecil untuknya...

By Oktober 27, 2010

anak ini sudah mengalami kecederaan kekal, akibat dipatuk ular tedung ketika bermain di dalam bilik di rumahnya, pd 26.5.2010. bersimpati dengan nasibnya, Ahmad Asri Mohd Indra Suwardy, 2, yang mengalami kekejangan otot seluruh badan, menjadi penerima pertama Tabung Bantuan Mangsa Serangan Binatang Buas (TSBB) di Perlis. Cek bantuan sebanyak RM20,000 disampaikan Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Dr Md Isa Sabu bagi pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) kepada ibu mangsa Nor Amali Ahmad, 27, di rumah mereka di Kampung Bukit Merah di sini hari ini.


TSSB ialah perkhidmatan bantuan kewangan JKM di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, yang bertujuan meringankan beban mangsa atau keluarga mangsa serangan binatang buas seperti gajah, seladang, babi hutan, beruang, harimau, ular sawa, ular berbisa, primat (beruk, kera, siamang, ungka lotong serta kongkang) dan buaya.
sambung baca di  my metro

You Might Also Like

0 comments

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.