Langkau ke kandungan utama

sudah ajalnya di situ...

kesian mereka. si isteri pastinya akan mengenangi detik itu selagi dia masih hidup. aku tak fikir dia mampu melupakan saat-saat cemas dan mengerikan itu...... 


Seorang isteri hanya mampu meraung apabila suaminya dirempuh di hadapannya ketika menukar tayar kereta yang pancit berhampiran Lebuhraya Pantai Baru (NPE) menghala ibu negara di sini, semalam. Dalam kejadian kira-kira jam 5.45 pagi di kilometer 17.8 lebuh raya itu, Tan Tong Jin, 44, menukar tayar hadapan sebelah kiri kereta Proton Iswara yang pancit sebelum dirempuh dari belakang sebaik melepasi Tol di PJS 2, di sini. 
Jurucakap polis berkata, keadaan sekeliling yang gelap dipercayai punca mangsa dirempuh sebuah kereta Perodua Myvi warna perak yang baru melepasi tol berkenaan. Ekoran rempuhan itu, Tan tercampak 20 meter dari kenderaannya. Mangsa mati di tempat kejadian akibat parah.


apabila membaca kisah di atas dlm hmetro (thanx) aku teringat kpd peristiwa yg menimpa anak saudaraku hampir 2 tahun dulu. sebuah kereta berhenti di hadapannya dan dia yg menunggang motosikal terpaksa mengelak ke kiri (yalah, kan.... drebar selalu keluar ikut pintu kanan, betul?). malangnya, drebar kereta ini hendak keluar ikut pintu di sebelah kiri (mungkin di bahagiannya rosak kut). jadi dia bukak pintu dan anak saudaraku sampai, lalu melambunglah badannya, tercampak jauh lalu kepala yg sudah tiada topi keledar itu terhantuk pada bucu tembok pagar sekolah di situ. dia koma selama 3 hari dan meninggal pd usia 35 thn. innalillahiwainnailaihiroji'un.


kadang2, kita cukup berhati-hati di jalanraya, kan? tp, org lain pula yg buat hal, huhu. 

Ulasan

  1. kalau dah ajal...nak mengelak pun benda tetap akan terjadi jua...

    BalasPadam
  2. salam seed169, mmg ajal ada di mana2 menanti kita ya

    BalasPadam

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.

Catatan popular daripada blog ini

Cerpen: Dia Idaman Jiwa

1
“Hi, boleh aku duduk kat sini?”

Aliah mendongak. Demi terpandang sahaja wajah itu, air mukanya terus berubah. Riak tidak senang ditunjukkan kepada lelaki itu.

“Cepatlah jawab! Senang aje soalan aku tu. Boleh, jawablah boleh...”

“Kalau saya jawab tak boleh?”

Abid terus menarik kerusi yang bertentangan dengan gadis itu.

“Aku tetap duduk sini jugak.” Balasnya sambil tersengih-sengih.

“Macam tak ada tempat lain!”

“Banyak! Sana kosong. Tu, di belakang kau tu pun kosong. Tapi, aku saja aje nak duduk depan kau. Dah sebulan aku cari kau tapi tak jumpa-jumpa. Alhamdulillah, hari ini dapat juga. Kau apa khabar? Sihat?”

Aliah tidak menyahut. Sebaliknya, dia terus menyuap dan kali ini suapannya sengaja dilajukan, tidak lagi menikmati nasi campur yang dimakan. Ketika itu, dia hanya berkeinginan untuk cepat-cepat menyudahkan makan tengah harinya supaya dia dapat pergi dari situ dengan segera. Dia tidak mahu mengadap muka lelaki yang kini sedang berada di hadapannya walau sehebat, sekacak mana se…

Yang Terakhir: Versi Cerpen

1
“Kau dah habis fikir ke, Khairi? Perempuan macam Najiha tu kau nak bawak ke majlis Annual Dinner kita? Tak malu ke nanti bila orang gelakkan kau?” tanya Hafiz sambil mengerutkan dahi. Dia keliru dengan sikap Khairi Iqbal. Rasanya, selama mereka berkawan, belum pernah walau sekali pun, Khairi memuji gadis yang seorang itu. Gadis yang bernama Izzatul Najiha. Tup tup, hari ini, dia buat keputusan hendak menjadikan Najiha pasangannya semasa majlis kemuncak nanti. Hisy, pelik betul!
“Malu, memanglah aku malu! Tapi aku cuma nak gunakan dia saja. Nak buat Amalina cemburu.” Balas Khairi sambil menyisip air lemon perlahan. Sejuk rasa kerongkongnya bila air itu menerobos masuk ke dalam rongga.
Mata Hafiz buntang. Kepala tergeleng-geleng.
“Kenyataan kau tu lagi buat aku tak faham! Kalau kau nak buat Amalina cemburu, kau patut bawak perempuan lain. Bukan si Najiha yang macam hantu bungkus tu!”
Terlambak tawa Khairi Iqbal mendengar kata-kata sahabat baiknya itu. Hantu bungkus? Si Najiha tu?…

Inikah Cinta? : Versi Cerpen

1

"Ouch!"

Cepat-cepat Janet menghisap jari telunjuk yang terhiris tadi. Setelah kesakitan itu hilang, dia segera membasuh jari itu. Dia kemudian mengelap lalu membalut luka dengan plaster.

"Sakit? Itulah pasal. Mak Nah dah cakap, biar mak Nah aje yang buat tapi Janet degil sangat. Hendak jugak main-main pisau," sindir orang gajinya menyebabkan Janet ketawa besar.

"Inilah yang orang cakap, luka di tangan nampak berdarah. Luka di hati tak siapa tahu. Kan, mak Nah?"

Mak Nah melepaskan keluhan sebelum mencuri pandang ke arah wajah ayu di sisinya yang kini sedang tunduk dan berpaling ke arah lain. Hati mak Nah kini turut melagukan irama sedih yang pasti sedang berdendang dalam hati Janet. Biarpun sudah lama ia berlalu, pasti kenangan itu hadir kembali sebaik rangkap pepatah itu diungkap. Tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula kisah cinta penuh keindahan. Ke mana hendak dicampakkan?

"Dah enam tahun... dia tentu dah lupakan saya. Tentu dah kahwin…