Langkau ke kandungan utama

suami: hargai isteri anda , k!

aku sedang mesyuarat kurikulum la ni. jadi, korang bacalah omelan2 ku. jangan jemu, ya.
novel? aku tak sempat sambung pun. cerpen? sedang draf. hehe...
biasalah, mesyuarat, kan. biar diorang yg bercakaplah. aku nak jadi pendengar setia jek..huhu

aku suka tajuk artikel ni...suami patut hargai pengorbanan isteri. hmm... siapa sokong? isteri! hmm, siapa x sokong? x de orang angkat tangan pun.
biasalah... lelaki sering menganggap semua benda begini sebagai remeh. temeh.

ini merujuk pd kes semalam. alah, kisah suami panas baran yg pukul isteri sbb masak x sedap. pastu dia terus cerai isteri tu dgn talak 3. tak baca lagi? korang cungkillah kat label di bawah.

Pakar motivasi dan penceramah terkenal, Zawawi Yusof berkata, masih ramai suami di negara ini yang mendera isteri masing-masing walaupun tanggungjawab sebenar mereka menjaga isteri dengan baik.

“Tugas sebenar suami menyelamatkan isteri masing-masing dan menjaganya bukan menganiaya isteri hingga memperlakukan pasangan dengan kejam.Sepatutnya suami perlu bersyukur jika isteri menjaga makan minum mereka kerana tugas itu tidak wajib untuk dilaksanakan isteri, tetapi ia dilakukan sebagai pengorbanan isteri berkhidmat kepada suaminya. Dalam Islam, suami yang mampu perlu menyediakan pembantu untuk memasak dan sebagainya tetapi jika tidak mampu, maka isteri boleh berkorban dengan melakukannya untuk suami dan suami sepatutnya menghargainya,” katanya.

Zawawi berkata, suami yang mendera isteri terutama jika ia berkaitan perkara kecil seperti masakan tidak sedap, itu menunjukkan suami terbabit sakit jiwa dan mati hati sekali gus membuka ruang kepada isteri merujuk perkara itu ke mahkamah bagi tindakan selanjutnya.

Katanya, walaupun haram untuk meminta cerai tetapi jika isteri dianiaya, Islam memberikan ruang yang luas kepada isteri untuk berpisah demi kebaikannya melalui tuntutan fasakh.

“Golongan wanita perlu berhati-hati memilih pasangan dengan menggunakan konsep Islam iaitu melihat kepada keluarga, harta, rupa dan agama tetapi jika memilih yang beragama, dia akan selamat iaitu suami yang bukan saja selamat malah mampu menyelamatkan,” katanya.

kata sofi: ingat...belum kahwin anda x kan nampak kepincangannya. anda x kan dpt menilai lelaki. hanya bila dah kahwin baru terserlah, baik atau buruk. berhati-hatilah!

Ulasan

  1. Dlm memilih pasangan hidup yg pertama kita mohon kpd Allah supaya dikurniakan suami yg cemerlang dunia n akhirat.
    Pertama: Lakukan istikharah setiap masa bila kita mula bertemu dgn si dia supaya Allah bimbing kita dlm membuat pilihan.
    Kedua: Carilah yg beragama nescaya kita untung dunia dan akhirat serta akan lahir zuriat yg cemerlang
    Ketiga : Kenali rakan karibnya dan cuba selidik latarbelakang keluarganya. Dgn cara begini kita tahu aktiviti sosialnya n cara hidupnya. Kadangkala kita perlu merisik dgn ramai org seblm kita menerima si dia sbg teman hidup.
    Keempat: Minta pandangan ibubapa n adik beradik ttg pasangan kita. Kadang kala kita yg sedang dilambung cinta terlepas pandang akan kekurangan pasangan kita.

    Biar susah dahulu asal bahagia dikemudian hari.

    BalasPadam
  2. saya sokong dayana..

    ni ada setengah bila dah dilamun cinta...apa yang dikatakan semua mengikut...kata ibubapa pun x pandang dah...sidia je yang perfect...dia je yang betul..

    bila sudah terikat baru nak menyesal...

    BalasPadam
  3. salam dayana, seed169, cinta Allah no 1, yg lain2 tu jatuh nombor entah ke berapa, ya!

    BalasPadam

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.

Catatan popular daripada blog ini

Cerpen: Dia Idaman Jiwa

1
“Hi, boleh aku duduk kat sini?”

Aliah mendongak. Demi terpandang sahaja wajah itu, air mukanya terus berubah. Riak tidak senang ditunjukkan kepada lelaki itu.

“Cepatlah jawab! Senang aje soalan aku tu. Boleh, jawablah boleh...”

“Kalau saya jawab tak boleh?”

Abid terus menarik kerusi yang bertentangan dengan gadis itu.

“Aku tetap duduk sini jugak.” Balasnya sambil tersengih-sengih.

“Macam tak ada tempat lain!”

“Banyak! Sana kosong. Tu, di belakang kau tu pun kosong. Tapi, aku saja aje nak duduk depan kau. Dah sebulan aku cari kau tapi tak jumpa-jumpa. Alhamdulillah, hari ini dapat juga. Kau apa khabar? Sihat?”

Aliah tidak menyahut. Sebaliknya, dia terus menyuap dan kali ini suapannya sengaja dilajukan, tidak lagi menikmati nasi campur yang dimakan. Ketika itu, dia hanya berkeinginan untuk cepat-cepat menyudahkan makan tengah harinya supaya dia dapat pergi dari situ dengan segera. Dia tidak mahu mengadap muka lelaki yang kini sedang berada di hadapannya walau sehebat, sekacak mana se…

Yang Terakhir: Versi Cerpen

1
“Kau dah habis fikir ke, Khairi? Perempuan macam Najiha tu kau nak bawak ke majlis Annual Dinner kita? Tak malu ke nanti bila orang gelakkan kau?” tanya Hafiz sambil mengerutkan dahi. Dia keliru dengan sikap Khairi Iqbal. Rasanya, selama mereka berkawan, belum pernah walau sekali pun, Khairi memuji gadis yang seorang itu. Gadis yang bernama Izzatul Najiha. Tup tup, hari ini, dia buat keputusan hendak menjadikan Najiha pasangannya semasa majlis kemuncak nanti. Hisy, pelik betul!
“Malu, memanglah aku malu! Tapi aku cuma nak gunakan dia saja. Nak buat Amalina cemburu.” Balas Khairi sambil menyisip air lemon perlahan. Sejuk rasa kerongkongnya bila air itu menerobos masuk ke dalam rongga.
Mata Hafiz buntang. Kepala tergeleng-geleng.
“Kenyataan kau tu lagi buat aku tak faham! Kalau kau nak buat Amalina cemburu, kau patut bawak perempuan lain. Bukan si Najiha yang macam hantu bungkus tu!”
Terlambak tawa Khairi Iqbal mendengar kata-kata sahabat baiknya itu. Hantu bungkus? Si Najiha tu?…

Inikah Cinta? : Versi Cerpen

1

"Ouch!"

Cepat-cepat Janet menghisap jari telunjuk yang terhiris tadi. Setelah kesakitan itu hilang, dia segera membasuh jari itu. Dia kemudian mengelap lalu membalut luka dengan plaster.

"Sakit? Itulah pasal. Mak Nah dah cakap, biar mak Nah aje yang buat tapi Janet degil sangat. Hendak jugak main-main pisau," sindir orang gajinya menyebabkan Janet ketawa besar.

"Inilah yang orang cakap, luka di tangan nampak berdarah. Luka di hati tak siapa tahu. Kan, mak Nah?"

Mak Nah melepaskan keluhan sebelum mencuri pandang ke arah wajah ayu di sisinya yang kini sedang tunduk dan berpaling ke arah lain. Hati mak Nah kini turut melagukan irama sedih yang pasti sedang berdendang dalam hati Janet. Biarpun sudah lama ia berlalu, pasti kenangan itu hadir kembali sebaik rangkap pepatah itu diungkap. Tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula kisah cinta penuh keindahan. Ke mana hendak dicampakkan?

"Dah enam tahun... dia tentu dah lupakan saya. Tentu dah kahwin…