Langkau ke kandungan utama

129.stress x de anak? ciannyerrr...

Musim berganti. Kini usia perkahwinan Maria dan Hisyam sudah melewati tahun kelima. Hari-hari yang dilalui selama ini sentiasa diisi dengan limpahan kasih sayang.
Hanya satu yang kurang di dalam kemesraan ini. Hanya satu yang masih tiada.
Ya, Maria masih belum mampu memberikan Hisyam cahaya mata. Entah di mana silapnya, dia masih belum mengandung. Keadaan ini menjadikan Maria amat runsing. Dia resah. Semakin sayu, apabila saudara mara asyik menyindirnya. Semakin parah, apabila melihat telatah anak-anak kecil kawan-kawannya.
Di dalam hati Maria mengakui bahawa sehingga kini, kasih sayang Hisyam tertumpah sepenuh-penuhnya. Hanya untuk dia. Tetapi sampai bila? Dapatkah ia bertahan? Sudah banyak rumahtangga yang bergoncang hanya kerana isu ini. Mungkinkah ia juga akan berlaku kepada mereka?
 

“Abang, kalau sampai mati pun Lia tak dapat nak berikan abang zuriat, macam mana?” Soalnya pada suatu hari.
“Macam mana, macam mana pulak?” Hisyam berpura-pura tidak memahami soalan isterinya.
“Abang akan cari perempuan lain ke?” Maria melahirkan kebimbangannya.
Sebuah senyuman tersungging di bibir Hisyam. Nada suaranya nakal bila dia mengusik, “Hmm, idea yang baik juga tu. Tapi, isteri baru abang tu abang nak Lia yang pilihkan untuk abang, boleh?”
mmm, tentu ramai tahu itu ialah petikan dr novel pertamaku, Tak Mungkin Kuhindar. 

ya soal anak sering menjadi alasan utk suami berkahwin lain. sama ada sendiri yg gatal atau atas desakan ibu si lelaki, mmg hati isteri akan terluka. tp knp tidak pergi ke akar umbi? mengpa tdk jalani pemeriksaan?

baca artikel di bwh n as usual, thanks to kosmo online....


 Adakah faktor tekanan atau stres dikaitkan dengan ketidaksuburan atau infertiliti?

“Tidak dinafikan stres dan infertiliti ada hubung kait kerana ia menyebabkan wanita dan pasangannya mengalami tekanan perasaan. Namun sama ada stres boleh menyebabkan infertiliti, ia masih menjadi tanda tanya,” jelas Ketua Jabatan dan Pakar Perunding Kanan, Jabatan Obstetrik dan Ginekologi (O&G), Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar, Kedah, Dr. Mohd. Rushdan Md. Noor ketika dihubungi.
Ramai pakar psikologi percaya sistem reproduktif manusia mempunyai kaitan dengan psikologi.
“Stres boleh merencat rembesan hormon gonadotropin. Stres yang berlebihan dan berpanjangan boleh menyebabkan gangguan kitaran haid termasuk tidak berlakunya ovulasi dan tiada haid (amenorea).
“Stres juga dipercayai boleh meningkatkan kandungan bahan kimia yang dinamakan katekolamin dan reseptor ini banyak terdapat pada organ-organ reproduktif,” katanya.
Menurut Rushdan, ada kemungkinan bahan-bahan kimia tersebut menyebabkan berlakunya gangguan fungsi sistem reproduktif yang menyumbang kepada infertiliti. Kepada golongan lelaki, stres boleh mengurangkan bilangan sperma berdasarkan kajian yang dilakukan ke atas penjenayah-penjenayah yang menunggu untuk menjalani hukuman mati. Ujian biopsi ke atas kelenjar testis mereka mendapati, berlaku perencatan proses penghasilan sperma pada semua peringkat.
“Malah, stres juga boleh menyebabkan disfungsi seksual. Kesemua faktor ini boleh menyumbang kepada kegagalan untuk mendapat zuriat,” ujarnya.
Dalam buku Mohd. Rushdan yang bertajuk, Panduan Lengkap Reproduksi Manusia dan Rawatan Infertiliti, Rushdan memberitahu, kajian mendedahkan bahawa tekanan perasaan yang dialami oleh pasangan yang tidak subur mempunyai banyak persamaan dengan tahap keseriusan penghidap kanser dan penyakit jantung.
Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan satu-satu pasangan berdepan dengan tekanan perasaan apabila mengalami infertiliti.
“Mereka diselubungi perasaan rendah diri, menganggap diri tidak cukup sifat dan gagal dalam hidup. Sesetengah pasangan meletakkan kejayaan memperoleh zuriat sebagai satu prasyarat kebahagiaan rumah tangga, malah ada yang takut gagal apabila menjalani rawatan serta malu untuk berdepan dengan masyarakat,” jelasnya.
Dalam pada itu, Pakar Psikiatri Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), Dr. Zuraidah Ahmad Sabki mengakui tekanan berlaku kerana kehendak sosial masyarakat di negara ini.
“Sudah menjadi budaya masyarakat Malaysia bila seseorang itu belum berkahwin mereka akan tanya, bila nak kahwin? Apabila sudah berkahwin mereka akan tanya soalan lain, bila nak dapat anak? atau anak berapa orang? Bila sudah dapat anak mereka tanya lagi, bila nak dapat anak perempuan atau lelaki dan sebagainya. Inilah antara faktor yang menyebabkan pasangan yang belum mendapat anak terus mengalami tekanan perasaan,” katanya.
Menurut Zuraidah, masyarakat lebih sensitif terhadap perasaan mereka yang menghidap penyakit kanser, HIV, AIDS dan sebagainya dengan tidak bertanya soalan-soalan yang mengundang rasa kecil hati mereka.
“Tetapi berapa ramaikah yang faham bahawa infertiliti juga adalah masalah kesihatan? Hakikatnya, infertiliti adalah elemen penting dalam kesihatan reproduktif kerana setiap individu berhak ke atas dirinya untuk berkeluarga,” kata Zuraidah mengajak orang ramai mengubah persepsi berhubung infertiliti dan memahami mereka yang berdepan dengan masalah tersebut. Bagaimanapun katanya, buat masa ini, belum ada khidmat rundingan khusus untuk membantu pasangan yang belum dikurniakan zuriat bagi menangani tekanan mereka. Pasangan yang mendapatkan khidmat di LPPKN akan berjumpa dengan jururawat terlebih dahulu sebelum dirujuk kepada mana-mana doktor pakar di LPPKN.
“Doktor akan memberikan penerangan tentang rawatan yang bakal dijalani dan keputusan pemeriksaan kesihatan. Rawatan infertiliti ini mengambil masa yang lama, sehubungan itu, doktor akan bertanya masalah yang dihadapi oleh pasangan terbabit,” katanya pada Seminar Kesihatan Reproduksi Manusia dan Rawatan Infertiliti anjuran Utusan Publications & Distributors (UP&D) di Kuala Lumpur baru-baru ini.
Sebaliknya, di luar negara, mana-mana pasangan yang gagal mendapatkan anak akan diberi kaunseling terlebih dahulu oleh pakar psikologi. Apabila pasangan tersebut sudah bersedia dari segi emosi, barulah mereka dibenarkan menjalani rawatan infertiliti. Jika mereka dalam keadaan tertekan, rawatan tersebut kurang berkesan kerana tekanan menyebabkan hormon dalam badan kucar-kacir dan badan kita tidak memberikan respons yang baik terhadap rawatan. Menurut Zuraidah, banyak punca yang menyebabkan pasangan itu menghadapi tekanan. Paling utama ialah tekanan sosial iaitu daripada sahabat dan ahli keluarga terutamanya keluarga suami.
“Sebab itulah sokongan daripada suami penting bagi mengurangkan tekanan di pihak isteri. Beban tekanan pula bertambah apabila keputusan rawatan tidak seperti yang diharapkan, tekanan biologikal dan ekonomi,” jelasnya.
abang.... nak baby cam tu.. comey nyer...
hisy! kita dah tua...tak payah! tunggu anak kita kawen, k! timang agugu...(istilah kami utk baby, hehe..)
hmm.....



Ulasan

  1. Hm, terkadang si suami perlu juga periksa, bisa jadi sperma dia bermasalah. jgn sudah kahwin dua baru periksa kesihatan. yg pasti, laki2 mandul tu banyak, jgn salahkan seratus % perempuan.
    ~Lala.

    BalasPadam
  2. Salam,

    Saya suka topik ni...Bulan april 2011 ni insyaallah genap 17 tahun usia perkahwin saya dan masih belum punya cahaya mata, tapi Alhamdulillah itu bukan penyebab utama untuk kami suami isteri rasa bahagia.

    Dari awal2 perkahwinan lagi kami dah memikirkan kemungkinan2 akan ada banyak kekurangan dalam rumahtangga kami, dan apa tindakan yang boleh kami ambil kalau musibah2 yang tidak terjangka itu benar2 terjadi.

    Dan bila ianya benar2 terjadi kami capai kata sepakat untuk mengambil anak angkat...Alhamdulillah kami punya sepasang anak angkat lelaki dan ppuan, Tetapi yang lelaki sempat kami pelihara cuma dari usia setahun ke 11 tahun, kemudian diambil semula oleh keluarga kandungnya.

    Tapi itu tak menjadi masaalah besar pun, sebab dari awal kami dah bersedia dan kami pasangkan niat kami ambil anak untuk berkongi kasih sayang dan kongsi apa yang kami ada, bukan untuk dibuat hak milik kekal.

    Begitu juga dgn anak ppuan saya walaupun baru berusia 9 tahun dia tahu dia punya dua ibu dan ayah, bila ditanya kenapa dua jawapannya senang "satu yang lahirkan dan satu lagi yang membesarkan dan menjaga" Tak perlu nak sembunyi2 malah setiap tahun saya dan suami tetap bawa dia beraya dgn keluarga sebenarnya...

    Apa nak cuba saya sampaikan jangan jadikan anak sebagai satu sebab untuk kita stress dan hilang rasa bahagia, orang kekeliling? kita takkan boleh hidup aman dan tenang kalau terlalu memikirkan kata-kata orang.

    Pernah seketika seorang kawan menemplak saya mandul kerana tak punya anak, sedangkan dia ada 5 orang anak hanya kerana saya menasihati untuk mengunakan perancang keluarga. Hidupnya boleh dikatakan susah dan anak-anaknya masih kecil dan suami pula tidak bekerja. Ikutkan hati memang marah, tapi bila fikirkan balik sekurang-kurang saya tak perlu jadi sepergi dia terpaksa meminjam sana sini kerana nak beli susu dan pampers anak setiap bulan.

    Berbalik pada asal itu kerja Allah, kita sebagai hambanya cuma perlu lakukan kerja kita, usaha selagi boleh dan mampu,berdoa jangan putus dan akhir bertawakalah. Jika memang bukan rezeki kita untuk punya zuriat sendiri
    ikhlaskan hati menerima dugaan sebegitu dan yakinlah Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk setiap hamba2nya.

    *Sorry terpanjang plak komen nih..

    BalasPadam
  3. setuju sgt ckp lala tu.apa kata, selain periksa ttg aids periksa juga sama ada sperm lelaki tu berkualiti huhu...

    salam izah, saya tabik hormat pd anda dan suami. kagum sungguh. pesan sofi, anda harus terus mencuba, doa, tawakal.
    kl mampu boleh cuba dptkan melalui kaedah persenyawaan luar...rujuk yayasan tengku ampuan pahang...dan yg penting sabar menghadapi kerenah org di sekeliling anda.

    BalasPadam

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.

Catatan popular daripada blog ini

Cerpen: Dia Idaman Jiwa

1
“Hi, boleh aku duduk kat sini?”

Aliah mendongak. Demi terpandang sahaja wajah itu, air mukanya terus berubah. Riak tidak senang ditunjukkan kepada lelaki itu.

“Cepatlah jawab! Senang aje soalan aku tu. Boleh, jawablah boleh...”

“Kalau saya jawab tak boleh?”

Abid terus menarik kerusi yang bertentangan dengan gadis itu.

“Aku tetap duduk sini jugak.” Balasnya sambil tersengih-sengih.

“Macam tak ada tempat lain!”

“Banyak! Sana kosong. Tu, di belakang kau tu pun kosong. Tapi, aku saja aje nak duduk depan kau. Dah sebulan aku cari kau tapi tak jumpa-jumpa. Alhamdulillah, hari ini dapat juga. Kau apa khabar? Sihat?”

Aliah tidak menyahut. Sebaliknya, dia terus menyuap dan kali ini suapannya sengaja dilajukan, tidak lagi menikmati nasi campur yang dimakan. Ketika itu, dia hanya berkeinginan untuk cepat-cepat menyudahkan makan tengah harinya supaya dia dapat pergi dari situ dengan segera. Dia tidak mahu mengadap muka lelaki yang kini sedang berada di hadapannya walau sehebat, sekacak mana se…

Yang Terakhir: Versi Cerpen

1
“Kau dah habis fikir ke, Khairi? Perempuan macam Najiha tu kau nak bawak ke majlis Annual Dinner kita? Tak malu ke nanti bila orang gelakkan kau?” tanya Hafiz sambil mengerutkan dahi. Dia keliru dengan sikap Khairi Iqbal. Rasanya, selama mereka berkawan, belum pernah walau sekali pun, Khairi memuji gadis yang seorang itu. Gadis yang bernama Izzatul Najiha. Tup tup, hari ini, dia buat keputusan hendak menjadikan Najiha pasangannya semasa majlis kemuncak nanti. Hisy, pelik betul!
“Malu, memanglah aku malu! Tapi aku cuma nak gunakan dia saja. Nak buat Amalina cemburu.” Balas Khairi sambil menyisip air lemon perlahan. Sejuk rasa kerongkongnya bila air itu menerobos masuk ke dalam rongga.
Mata Hafiz buntang. Kepala tergeleng-geleng.
“Kenyataan kau tu lagi buat aku tak faham! Kalau kau nak buat Amalina cemburu, kau patut bawak perempuan lain. Bukan si Najiha yang macam hantu bungkus tu!”
Terlambak tawa Khairi Iqbal mendengar kata-kata sahabat baiknya itu. Hantu bungkus? Si Najiha tu?…

Inikah Cinta? : Versi Cerpen

1

"Ouch!"

Cepat-cepat Janet menghisap jari telunjuk yang terhiris tadi. Setelah kesakitan itu hilang, dia segera membasuh jari itu. Dia kemudian mengelap lalu membalut luka dengan plaster.

"Sakit? Itulah pasal. Mak Nah dah cakap, biar mak Nah aje yang buat tapi Janet degil sangat. Hendak jugak main-main pisau," sindir orang gajinya menyebabkan Janet ketawa besar.

"Inilah yang orang cakap, luka di tangan nampak berdarah. Luka di hati tak siapa tahu. Kan, mak Nah?"

Mak Nah melepaskan keluhan sebelum mencuri pandang ke arah wajah ayu di sisinya yang kini sedang tunduk dan berpaling ke arah lain. Hati mak Nah kini turut melagukan irama sedih yang pasti sedang berdendang dalam hati Janet. Biarpun sudah lama ia berlalu, pasti kenangan itu hadir kembali sebaik rangkap pepatah itu diungkap. Tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula kisah cinta penuh keindahan. Ke mana hendak dicampakkan?

"Dah enam tahun... dia tentu dah lupakan saya. Tentu dah kahwin…