Follow Us @soratemplates

12.10.10

sinopsis 4 Cintaku Satu

salam, ini pula sinopsis ke 4 dr aj.

Salam kak Sofi, saya nak mencuba utk buat sinopsis novel Cintaku Satu, harap kak Sofi suka dan terhibur walaupun percubaan pertama ni. Hehehe,,
Terima kasih sebab bagi peluang utk pminat akk mencuba ye,,maaf lambat hantar sbb sibuk dgn plajaran.

nilah hasilnya,

Percaya atau tidak pertemuan kali pertama di jeti telah bisa membuatkan lelaki kacak seperti Taufik Azhari jatuh cinta. Apa kata orang, cinta pandang pertama! Malah kepada gadis kampung yang bernama Nurul Hana. Wajahnya ayu serta genit tubuhnya telah bisa mencairkan hati lelaki itu. Tidak disangka pertemuan tidak sengaja itu membibitkan cinta dalam jiwa lelaki itu. Namun, pertemuan kali kedua setelah tidak tahun lamanya telah menentukan segalanya. Pertemuan yang telah membawa wanita ini dalam dilema dalam pertaruhan seorang kanak-kanak lelaki yang sudah menjadi darah dagingnya sendiri iaitu Irfan. Antara rela dan dalam paksa Hana telah memilih untuk mendirikan mahligai bersama Taufik.

Perasaannya yang telah ditolak ke tepi hanya untuk menyelamatkan nyawa kana-kanak yang bermakna dalam hidupnya. Benci bertukar menjadi sayang, marah berganti dengan rindu apabila kehadiran lelaki itu telah mengubah perasaannya, telah menggugatnya jiwa perempuannya lalu melahirkan nilai kasih dan cinta. Dalam tanpa sedar kebahagiaa Taufik dan Hana merupakan musuh kepada Akmal Basha. Sangkanya panas sampai ke petang, rupanya hujan di tengahari. Kematian Taufik telah menghempap perasaan Hana. Membuat jiwanya nanar, dunianya gelap seketika dan masih teraba-raba dalam kecerahan dunia.

Namun pada itu, Hana membulat satu tekad yang disemat dalam hati untuk mencari pembunuh suaminya! Dalam leka pencariannya Hana hampir menamatkan riwayatnya di tangan Akmal. Tetapi, dengan kuasa Allah swt dia diselamatkan daripada menjadi mangsa lelaki durjana itu. Siapakah yang suci hatinya menyelamatkan Hana? Dan apakah pula hubungan Liyana dan Taufik? Pelbagai misteri cinta yang telah berjaya diungkap dalam tinta Cintaku Satu.
....................
thanx krn sudi mencuba.
sofi.

2 ulasan:

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.