Langkau ke kandungan utama

sinopsis 3 Cintaku Satu

salam..
baru buka gmail. sebenarnya, sejak 2 menjak ni aku terlalu sibuk sbb tu x sempat nk sambung citer. jd aku update dgn bubuh topik2 luahan. harap u all x jemu baca. 
so ini sinopsis ke tiga utk cs. hayatilah....dr seorg zue...

Taufik Azhari
Nurul Hana..lelah  aku mengejar  bayangmu..pandang pertama membuat aku nanar mencari si bidadari. Pesonamu memukau pandangan, pilu airmukamu sentiasa segar di ingatan sehingga memadamkan sinisnya pertuturanmu. Bagaikan satu sumpahan  aku terus mancari siapakah dirimu...Lalu kusematkan tekad di hati engkau akan kumiliki dan hanya aku yang berhak menjadi pemilik sekeping hati milikmu. Takdir tuhan menemukan engkau kembali kepadaku. Engkau hadir mengharapkan sebuah pertolongan dan aku pasti tidak keberatan namun ada balasannya. Mungkin ini satu paksaan, sungguh bukan niatku untuk mengambil kesempatan tapi hanya itu cara yang ku punya agar engkau kumiliki. Akan aku bahagiakanmu suri hatiku.

Nurul Hana
Kerana kasihku terhadap Irfan, apakah aku  wajar dijadikan cagaran. Perlukah aku membuat perngorbanan sebesar ini. Sudah berulang kali ku katakan tiada cinta di hati untuk mu, lalu bahasa apa lagi harusku lafazkan agar kau bisa mengerti. Taufik Azhari, engkau terlalu bijak mengambil kesempatan  dalam kesempitan sehingga aku tidak punya pilihan  Menolak bererti aku kehilangan Irfan, namun menerima bererti perasaan ku harus ku korbankan. Aku  keliru di persimpangan  antara wasiat seorang kakak dan sekeping hati ini yang  mana harus aku utamakan?

Azim
Biar apa pun statusmu Ana, akan aku pastikan engkau menjadi milikku. Biar abangku sendiri  meragui tindak tandukmu namun aku lebih tahu siapa diri mu. Engkau  gadisku, akan aku rebut walau siapa pemilik asalmu kerana  engkau untukku. Aku punya seribu satu cara untuk menakluki hatimu. Jika dia yang menjadi penghalang aku memilikimu, aku ku  hapuskan halangan itu.

Kerana Irfan, Ana redha menerima Taufik Azhari sebagai suami. Romantisnya layanan Taufik memadamkan segala keraguan di  hati Ana sehingga dia lupa perkahwinan mereka atas dasar apa. Namun manisnya bulan madu bertukar gerhana apabila bukti kecurangan Taufik terbentang di hadapan mata. Ditambah pula dengan kerenah ibu mertua yang menuduh Ana menikahi anaknya  kerana harta.

Kerana cinta, Ana tekad  mencari bukti kecurangan Taufik. Dia mampu menarik nafas lega kerana itu semua hanya dusta. Di saat dia kembali  menikmati bahagia, Taufik Azhari diragut pergi meninggalkan satu amanah yang sukar untk dilaksana. Ana menggagahkan diri meniti hari-hari mencabar dalam hidupnya.
Apakah bahagia masih ada untuknya?
........................

thanx krn sudi mencuba.
sofi.





Ulasan

  1. salam itu aku..
    owhh awaklah zue.. hehe
    thanx krn sudi menyertai

    seed169, betul tu, nice try!

    BalasPadam

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.

Catatan popular daripada blog ini

Cerpen: Dia Idaman Jiwa

1
“Hi, boleh aku duduk kat sini?”

Aliah mendongak. Demi terpandang sahaja wajah itu, air mukanya terus berubah. Riak tidak senang ditunjukkan kepada lelaki itu.

“Cepatlah jawab! Senang aje soalan aku tu. Boleh, jawablah boleh...”

“Kalau saya jawab tak boleh?”

Abid terus menarik kerusi yang bertentangan dengan gadis itu.

“Aku tetap duduk sini jugak.” Balasnya sambil tersengih-sengih.

“Macam tak ada tempat lain!”

“Banyak! Sana kosong. Tu, di belakang kau tu pun kosong. Tapi, aku saja aje nak duduk depan kau. Dah sebulan aku cari kau tapi tak jumpa-jumpa. Alhamdulillah, hari ini dapat juga. Kau apa khabar? Sihat?”

Aliah tidak menyahut. Sebaliknya, dia terus menyuap dan kali ini suapannya sengaja dilajukan, tidak lagi menikmati nasi campur yang dimakan. Ketika itu, dia hanya berkeinginan untuk cepat-cepat menyudahkan makan tengah harinya supaya dia dapat pergi dari situ dengan segera. Dia tidak mahu mengadap muka lelaki yang kini sedang berada di hadapannya walau sehebat, sekacak mana se…

Yang Terakhir: Versi Cerpen

1
“Kau dah habis fikir ke, Khairi? Perempuan macam Najiha tu kau nak bawak ke majlis Annual Dinner kita? Tak malu ke nanti bila orang gelakkan kau?” tanya Hafiz sambil mengerutkan dahi. Dia keliru dengan sikap Khairi Iqbal. Rasanya, selama mereka berkawan, belum pernah walau sekali pun, Khairi memuji gadis yang seorang itu. Gadis yang bernama Izzatul Najiha. Tup tup, hari ini, dia buat keputusan hendak menjadikan Najiha pasangannya semasa majlis kemuncak nanti. Hisy, pelik betul!
“Malu, memanglah aku malu! Tapi aku cuma nak gunakan dia saja. Nak buat Amalina cemburu.” Balas Khairi sambil menyisip air lemon perlahan. Sejuk rasa kerongkongnya bila air itu menerobos masuk ke dalam rongga.
Mata Hafiz buntang. Kepala tergeleng-geleng.
“Kenyataan kau tu lagi buat aku tak faham! Kalau kau nak buat Amalina cemburu, kau patut bawak perempuan lain. Bukan si Najiha yang macam hantu bungkus tu!”
Terlambak tawa Khairi Iqbal mendengar kata-kata sahabat baiknya itu. Hantu bungkus? Si Najiha tu?…

Inikah Cinta? : Versi Cerpen

1

"Ouch!"

Cepat-cepat Janet menghisap jari telunjuk yang terhiris tadi. Setelah kesakitan itu hilang, dia segera membasuh jari itu. Dia kemudian mengelap lalu membalut luka dengan plaster.

"Sakit? Itulah pasal. Mak Nah dah cakap, biar mak Nah aje yang buat tapi Janet degil sangat. Hendak jugak main-main pisau," sindir orang gajinya menyebabkan Janet ketawa besar.

"Inilah yang orang cakap, luka di tangan nampak berdarah. Luka di hati tak siapa tahu. Kan, mak Nah?"

Mak Nah melepaskan keluhan sebelum mencuri pandang ke arah wajah ayu di sisinya yang kini sedang tunduk dan berpaling ke arah lain. Hati mak Nah kini turut melagukan irama sedih yang pasti sedang berdendang dalam hati Janet. Biarpun sudah lama ia berlalu, pasti kenangan itu hadir kembali sebaik rangkap pepatah itu diungkap. Tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula kisah cinta penuh keindahan. Ke mana hendak dicampakkan?

"Dah enam tahun... dia tentu dah lupakan saya. Tentu dah kahwin…