Luahan

apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

Nurul Hana seorang gadis yang utuh pendirian. Namun kasih buat anak buahnya, Irfan yang bergelar yatim piatu  membuatkan dia terpaksa melan...

sinopsis 2 Cintaku Satu

By Oktober 09, 2010 ,


Nurul Hana seorang gadis yang utuh pendirian. Namun kasih buat anak buahnya, Irfan yang bergelar yatim piatu  membuatkan dia terpaksa melangkah menemui lelaki yang paling ingin dihindari.

Taufik Azhari dengan senang hati membantu kerana Hanalah gadis yang selama ini mengisi ruang minda sejak pandang pertama lagi.Tambahan pula Irfan juga amanah dari adiknya  yang pelu dijaga rapi.

Tetapi dia sedar bukan mudah untuk menggenggam cinta gadis itu. Lalu Irfan dijadikan taruhan supaya Hana menjadi miliknya yang sah.
Kata orang  tak kenal maka tak cinta.Bila sudah kenal tak sanggup pula berpisah.Itulah yang terjadi di awal perkahwinan mereka.Segala rasa cinta disulam bersama.

Namun demi sebuah dendam,ada orang yang cuba membunuh Taufik. Sekaligus membawa Taufik pergi jauh dari Hana. Kini Hana keseorangan meniti hidupnya yang semakin kelam. Tiada lagi gurauan dan cinta si suami buatnya. Namun dia terus berdiri walau kini tiada yang menemani.

Lantaran rasa ingin tahu dan amarah yang mulai menguasai diri, Hana menjadi berani untuk menyelongkar kejadian di sebalik kematian Taufik. Segala bukti diterjemah sendiri.
Tetapi gerak gerinya yang dihidu musuh membuatkan dirinya terperangkap dalam bahaya.

Adakah orang yang  datang meyelamatkannya?
Atau dia juga akan turut di bunuh seperti Taufik?
Semuanya dalam Cintaku Satu.

p/s:inilah hasil dari saya...ok x k.sofi??..harap k.sofi suka...
.....................................
kawan2 inilah sinopsis ke 2. terharu rasa krn ada yg sudi memberi sokongan. alhamdulillah. kali ini ia dtg dpd seorg yg sofi namakan NAMI. jgn marah bila sofi singkatkan nama anda, ya.

You Might Also Like

3 comments

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.