Langkau ke kandungan utama

sinopsis 1 Cintaku Satu

salam semua. selamat malam. baru berpeluang membuka emel. dan sudah ditemui emel pertama yg mengandungi sinopsis Cintaku Satu. emel ini datangnya dpd K.... Y...... Bacalah! dan buat K...., jangan terkejut, ya! pos ini sebagai tanda sofi menghargai anda. sememangnya, akan sofi buat begini kepada sinopsis2 lain, yang bakal sofi terima. hanya nama samaran itu sofi rahsiakan dahulu, okey. sj je nak wat gempaq, hehe..
semuanya kerana anda sahabat setia diri ini...

salam kak sofi...
ini percubaan saya untuk sinopsis 'Cintaku Satu'

          Benarkah cinta itu buta?
          Benarkah wujudnya cinta pandang pertama?
          Benarkah cinta itu bermula dari mata turun ke hati?
Inilah yang dialami oleh Taufik Azahari pertama kali bertemu dengan Nurul Hana ketika berada di feri walaupun ketika itu tiada salam perkenalan dihulurkan hanya pandangan mata yang memerhatikan gerak-geri tanpa diketahui oleh Hana….
Tanpa diduga takdir Allah menemukan Taufik dan Hana selepas 3 tahun peristiwa itu, dan kini Irfan berada di antara mereka…Bagi Hana wasiat kakaknya perlu dipenuhi dan sesekali tidak akan melepaskan Irfan kepada keluarga mentuanya…Memerlukan bantuan Taufik untuk rawatan Irfan yang mengalami masalah jantung dan memerlukan pembedahan segera…Taufik pula mengambil peluang ini untuk mendapatkan Hana dan juga Irfan walaupun sebelum ini dia tidak mengetahui bahawa dia mempunyai seorang anak saudara…Kerana ingin menyelamatkan Irfan, Hana menerima tawaran daripada Taufik untuk mengahwini Taufik walaupun dia tidak menyintai Taufik….
Perkahwinan yang dimulai dengan paksaan akhirnya melahirkan rasa cinta dalam diri Hana buat Taufik Azahari…Ini melahirkan rasa bahagia buat Taufik Azahari yang selama ini menyintai Hana secara diam dan dari kejauhan. Kebahagian yang terjalin dicemari dengan masalah.  Ibu mertua yang selama ni menerima kehadirannya mula mencurigai kejujurannya mengahwini Taufik.  Kemunculan Azim menambahkan lagi kekusutan Nurul Hana dengan menyebarkan fitnah mengenai suami dan juga kakaknya….  Benarkah  Taufik mempunyai hubungan cinta dengan kakaknya Nurul Liyana sebelum mengahwininya……Dalam menyelesaikan masalah yang timbul Hana diduga dengan pemergiaan Taufik Azahari…
Walau apa pun masalah yang datang, Nurul Hana menghadapinya dengan tenang...mendapatkan kepercayaan ibu mertua dan mempertahankan rasa cintanya buat suami…Apakah motif Azim menunjukkan bukti perhubungan antara Taufik dan Nurul Liyana…Berjayakah Akmal Basha membalas dendam terhadap Taufik Azahari…
ok tak kak...boleh pakai tak...hehehe...dari pada peminat setia
..........................
salam k...., sofi suka. tapi..kita bagi seminggu kepada kawan2 lain jugak, k! kpd anda yg membaca, berilah komen yg membina. agar kita sama2 bahagia. hehe....

Ulasan

  1. salam kak..

    pada sy sinopsis ni bagus tp tak perlu terlalu detail sbb dari sinopsis ni hampir separuh jln cerita dah diberitahu.. nanti kurang suspen..
    pembaca pula akan cepat buat rumusan yg mengatakan jalan cerita serupa dengan novel yg pernah ada dipasaran..walaupun hakikat sbliknya.. patut hide skit.. dan timbulkan tanda tanya yg membuatkan pembaca teruja utk mengetahui dptkah taufiq melayari impian bersama hana dan dugaan apakah yg menanti mereka didlm perjalanan utk menempuhi bahagia. dendam apakah yg cuba dileraikan oleh keluarga taufiq..
    tu la pendapat sy ... ape pun tahniah pada penulis sinopsis ni atas idea yg disumbangkan...

    BalasPadam
  2. salam.....
    itu aku, thanx
    miznza, thnx ya, nza. nnt kita buat poll, okey!

    BalasPadam

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.

Catatan popular daripada blog ini

Cerpen: Dia Idaman Jiwa

1
“Hi, boleh aku duduk kat sini?”

Aliah mendongak. Demi terpandang sahaja wajah itu, air mukanya terus berubah. Riak tidak senang ditunjukkan kepada lelaki itu.

“Cepatlah jawab! Senang aje soalan aku tu. Boleh, jawablah boleh...”

“Kalau saya jawab tak boleh?”

Abid terus menarik kerusi yang bertentangan dengan gadis itu.

“Aku tetap duduk sini jugak.” Balasnya sambil tersengih-sengih.

“Macam tak ada tempat lain!”

“Banyak! Sana kosong. Tu, di belakang kau tu pun kosong. Tapi, aku saja aje nak duduk depan kau. Dah sebulan aku cari kau tapi tak jumpa-jumpa. Alhamdulillah, hari ini dapat juga. Kau apa khabar? Sihat?”

Aliah tidak menyahut. Sebaliknya, dia terus menyuap dan kali ini suapannya sengaja dilajukan, tidak lagi menikmati nasi campur yang dimakan. Ketika itu, dia hanya berkeinginan untuk cepat-cepat menyudahkan makan tengah harinya supaya dia dapat pergi dari situ dengan segera. Dia tidak mahu mengadap muka lelaki yang kini sedang berada di hadapannya walau sehebat, sekacak mana se…

Yang Terakhir: Versi Cerpen

1
“Kau dah habis fikir ke, Khairi? Perempuan macam Najiha tu kau nak bawak ke majlis Annual Dinner kita? Tak malu ke nanti bila orang gelakkan kau?” tanya Hafiz sambil mengerutkan dahi. Dia keliru dengan sikap Khairi Iqbal. Rasanya, selama mereka berkawan, belum pernah walau sekali pun, Khairi memuji gadis yang seorang itu. Gadis yang bernama Izzatul Najiha. Tup tup, hari ini, dia buat keputusan hendak menjadikan Najiha pasangannya semasa majlis kemuncak nanti. Hisy, pelik betul!
“Malu, memanglah aku malu! Tapi aku cuma nak gunakan dia saja. Nak buat Amalina cemburu.” Balas Khairi sambil menyisip air lemon perlahan. Sejuk rasa kerongkongnya bila air itu menerobos masuk ke dalam rongga.
Mata Hafiz buntang. Kepala tergeleng-geleng.
“Kenyataan kau tu lagi buat aku tak faham! Kalau kau nak buat Amalina cemburu, kau patut bawak perempuan lain. Bukan si Najiha yang macam hantu bungkus tu!”
Terlambak tawa Khairi Iqbal mendengar kata-kata sahabat baiknya itu. Hantu bungkus? Si Najiha tu?…

Inikah Cinta? : Versi Cerpen

1

"Ouch!"

Cepat-cepat Janet menghisap jari telunjuk yang terhiris tadi. Setelah kesakitan itu hilang, dia segera membasuh jari itu. Dia kemudian mengelap lalu membalut luka dengan plaster.

"Sakit? Itulah pasal. Mak Nah dah cakap, biar mak Nah aje yang buat tapi Janet degil sangat. Hendak jugak main-main pisau," sindir orang gajinya menyebabkan Janet ketawa besar.

"Inilah yang orang cakap, luka di tangan nampak berdarah. Luka di hati tak siapa tahu. Kan, mak Nah?"

Mak Nah melepaskan keluhan sebelum mencuri pandang ke arah wajah ayu di sisinya yang kini sedang tunduk dan berpaling ke arah lain. Hati mak Nah kini turut melagukan irama sedih yang pasti sedang berdendang dalam hati Janet. Biarpun sudah lama ia berlalu, pasti kenangan itu hadir kembali sebaik rangkap pepatah itu diungkap. Tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula kisah cinta penuh keindahan. Ke mana hendak dicampakkan?

"Dah enam tahun... dia tentu dah lupakan saya. Tentu dah kahwin…