Follow Us @soratemplates

26.10.10

sengaja mengusik...

penggunaan bahasa yang cukup gah . memartabatkan bahasa melayu dan memperkukuhkan bahasa inggeris. utk itu guru-guru bi di sk akan dipantau. siapa pemantaunya? eleh, takkan nak ambil guru pakar / cemerlang malaysia yg ada ni.... mana standard? you all perlu dipantau oleh orang yang mahir berbahasa inggeris. siapa lagi kalau bukan si mata biru.......hehe! 
jgn gelak! 370 orang akan datang dan tengok anda mengajar! 
tak percaya, lihat di bawah! 
thanx to kosmo online.

Seramai 370 pakar bahasa Inggeris dari luar negara akan diambil bekerja untuk memantau pengajaran bahasa itu di sekolah-sekolah bagi merealisasikan pelaksanaan dasar memartabatkan Bahasa Melayu dan memperkukuhkan Bahasa Inggeris (MBMMBI) mulai tahun depan.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, semua pakar tersebut akan memantau pengajaran bahasa Inggeris khususnya untuk pelajar tahun satu sekolah rendah di seluruh negara.
“Pengambilan pakar itu amat penting memandangkan usaha untuk memperkukuhkan bahasa Inggeris agak mencabar dan mereka akan melihat bagaimana guru-guru mendidik anak-anak kita dalam bahasa Inggeris,” katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.