Langkau ke kandungan utama

Sembuhkan luka ini 8

8

Seperti yang dijangka semua ahli keluarga kedua-dua belah pihak sudah sedia menanti mereka. Zalia dan Amirul Hakim sampai dahulu. Sebaik kereta diparkir, Adam memandu masuk. Zalia menunggu kedua-duanya keluar. Dia tersenyum sinis melihat Marissa yang menunjuk-nunjuk, memeluk Adam seolah-olah memujuk lelaki yang kelihatan amat kecewa itu.

Mata Adam tajam menikam anak mata Zalia. Hatinya terlalu resah saat ini. Memang dia berasa terlalu sedih melihat isteri berkepit dengan lelaki lain namun jauh di sudut hati, dia sedar bahawa kelancangan Zalia bertindak adalah berpunca daripada dirinya yang terlebih dahulu bermain kayu tiga. Arghh, kalaulah masa dapat diputar semula?

“Nisak pun ada?” Zalia mendekati adik iparnya. Mereka berpelukan.

“Nisak nak tengok drama air mata hari ini.” Bisik Nisak nakal di telinga Zalia.

Datin Mazni mendengus kasar. Meluat benar melihat Zalia. Di dalam hati dia mencemuh, dan dia tahu, inilah peluang terakhirnya untuk memisahkan anak lelaki tunggalnya dengan wanita anak banduan itu. Sudah lama dia menanti saat ini. 5 tahun! Kini, hasratnya akan tercapai. Marissa sudahpun menceritakan kesemua perkara kepadanya di dalam telefon tadi.

“Kamu pun ada Hakim?” Zakaria, ayah Zalia bersuara. “Kamu kan sepatutnya dah balik ke sana?”

“Eleh, nak balik apanya, kalau kekasih dia ada di sini?” Marissa menyampuk, sengaja bikin panas.

Zakaria membeliakkan matanya. “Perempuan, kamu cakap apa ni hah? Mulut tu jaga sikit! Amirul Hakim ni anak aku, abang si Lia ni. Anak aku dengan isteri pertama yang aku tinggalkan di Sarawak. Ni abang dia, bukan kekasih, tahu!” jerkahnya.

“Aa...apa, ayah? Dia ni abang Lia? Kuss semangat! Adam dah frust menonggeng tadi! Dah berasap kepala ni tengok diorang berdua, punyalah mesra.” Kini wajah isteri ditatapi. Sedikit geram, dia mengemukakan soalan, “Kenapa tadi tak bagitahu abang? Kenapa biarkan abang bersangka buruk pada abang ni? Kenapa tak bela diri?”

“Saja aje!” balas Zalia selamba.

“Kamu ni, Adam. Cepat benar percaya cakap diorang ni. Cakap bekas banduan ni, dalam 10, 1 aje yang boleh dipakai, Adam!”

Adam yang tidak suka dengan sikap ibunya segera membalas,

“Mak? Kenapa cakap macam tu? Ini Zakaria, bapa mentua saya. Ayah Lia! Ayah Lia, ayah saya jugak, tak gitu, ayah?” Wajah Datuk Mohamad, ayahnya, dipandang.

Datuk Mohamad mengangguk.

Datin Mazni bangun berdiri. “Dah, mak malas nak layan. Adam, jom! Bawak Marissa, isteri kamu ni balik.”

Zalia yang selama ini tidak pernah membalas kata-kata ibu mentuanya merasakan dia perlu bersuara kali ini. Bukan niat untuk menjadi biadap. Hanya berhajat untuk membetulkan keadaan.

“Mak, Marissa dah curi abang 5 bulan dari saya. Semuanya kerana mak. Cuba sekarang mak tanya abang, dia bahagia tak dengan Marissa? Cuba mak tanya dia, siapa yang dia nak pilih, Marissa atau saya? Dan, mak jangan nak guna kuasa veto mak sebagai ibu, sebab kesian abang, mak. Dia dah lama hidup dalam serba salah. Untuk sekali ini saja, saya nak dengar abang pilih siapa, di depan mak. Kalau dia pilih Marissa, saya redha. Mak jangan risau. Saya tak akan ganggu hidup mak dan hidup abang dengan Marissa. Percayalah!”

“Huh, kamu ni memang banyak hal, ya! Kenapa? Kamu ingat Adam sayang sangat pada kamu? Eh, Marissa layan Adam jauh lebih bagus, tahu! Kamu tak setanding dia!” Datin Mazni masih dengan kesombongannya.

Adam ketawa, mula-mula perlahan kemudian semakin kuat dan semakin kuat. Geli sungguh hatinya mendengar kata-kata ibunya tadi. Wajah Marissa ditatap sebelum tumpuan kembali kepada ibunya.
“Marissa cerita apa pada emak ni? Mak, Marissa tak setanding Zalia, mak. Marissa dengan Zalia beza sangat. Dan saya memang tak teragak-agak nak menceraikan Marissa, isteri pilihan mak yang saya tak pernah sentuh ni. Saya bertahan dengan dia sebab saya tak mahu mak kecil hati. Tapi, kalau mak masih terus-terusan nak memusnahkan rumah tangga saya dan Zalia, saya minta ampun, mak. Saya pilih Zalia. Hanya Zalia!”

Datin Mazni terduduk.

Marissa sedih tak terkata. Dia ingin memeluk datin namun ditolak sehingga jatuh. Datuk Mohamad, Zakaria dan Amirul Hakim hanya dapat menggelengkan kepala. Puan Azah, ibu Zalia, berbalas senyum dengan Zalia dan Nisak. Akhirnya, Adam dan Zalia kekal dalam ikatan perkahwinan ini. Syukur, Alhamdulillah!

Ulasan

  1. pdn muka marissa 2...
    saspen tul la...
    ingt adam main kayu 3...
    rupnya hnya slh fhm...
    dah abs ke cikgu??

    BalasPadam
  2. alah kak sofi..cam nak cepat abih jek...kalau ending tue dielaborate lagik mesti okey ehehehe..anyway masih cerita yang baik...

    BalasPadam
  3. erk...dh hbis dh ke???

    BalasPadam
  4. terbaik la....dlm mse sehari je...=)

    BalasPadam
  5. salam...
    hana aniz, lom..tunggu!
    epy, lom lg tunggu ya
    kak mah, ada sambungan dia...hehe
    anonymous, lom...
    cerpen mmg xx pjg
    hehe

    BalasPadam
  6. alhamdunillah terbongkar semua rahsia...

    BalasPadam
  7. salam nza,, ya dah terbongkar

    BalasPadam

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.

Catatan popular daripada blog ini

Cerpen: Dia Idaman Jiwa

1
“Hi, boleh aku duduk kat sini?”

Aliah mendongak. Demi terpandang sahaja wajah itu, air mukanya terus berubah. Riak tidak senang ditunjukkan kepada lelaki itu.

“Cepatlah jawab! Senang aje soalan aku tu. Boleh, jawablah boleh...”

“Kalau saya jawab tak boleh?”

Abid terus menarik kerusi yang bertentangan dengan gadis itu.

“Aku tetap duduk sini jugak.” Balasnya sambil tersengih-sengih.

“Macam tak ada tempat lain!”

“Banyak! Sana kosong. Tu, di belakang kau tu pun kosong. Tapi, aku saja aje nak duduk depan kau. Dah sebulan aku cari kau tapi tak jumpa-jumpa. Alhamdulillah, hari ini dapat juga. Kau apa khabar? Sihat?”

Aliah tidak menyahut. Sebaliknya, dia terus menyuap dan kali ini suapannya sengaja dilajukan, tidak lagi menikmati nasi campur yang dimakan. Ketika itu, dia hanya berkeinginan untuk cepat-cepat menyudahkan makan tengah harinya supaya dia dapat pergi dari situ dengan segera. Dia tidak mahu mengadap muka lelaki yang kini sedang berada di hadapannya walau sehebat, sekacak mana se…

Yang Terakhir: Versi Cerpen

1
“Kau dah habis fikir ke, Khairi? Perempuan macam Najiha tu kau nak bawak ke majlis Annual Dinner kita? Tak malu ke nanti bila orang gelakkan kau?” tanya Hafiz sambil mengerutkan dahi. Dia keliru dengan sikap Khairi Iqbal. Rasanya, selama mereka berkawan, belum pernah walau sekali pun, Khairi memuji gadis yang seorang itu. Gadis yang bernama Izzatul Najiha. Tup tup, hari ini, dia buat keputusan hendak menjadikan Najiha pasangannya semasa majlis kemuncak nanti. Hisy, pelik betul!
“Malu, memanglah aku malu! Tapi aku cuma nak gunakan dia saja. Nak buat Amalina cemburu.” Balas Khairi sambil menyisip air lemon perlahan. Sejuk rasa kerongkongnya bila air itu menerobos masuk ke dalam rongga.
Mata Hafiz buntang. Kepala tergeleng-geleng.
“Kenyataan kau tu lagi buat aku tak faham! Kalau kau nak buat Amalina cemburu, kau patut bawak perempuan lain. Bukan si Najiha yang macam hantu bungkus tu!”
Terlambak tawa Khairi Iqbal mendengar kata-kata sahabat baiknya itu. Hantu bungkus? Si Najiha tu?…

Inikah Cinta? : Versi Cerpen

1

"Ouch!"

Cepat-cepat Janet menghisap jari telunjuk yang terhiris tadi. Setelah kesakitan itu hilang, dia segera membasuh jari itu. Dia kemudian mengelap lalu membalut luka dengan plaster.

"Sakit? Itulah pasal. Mak Nah dah cakap, biar mak Nah aje yang buat tapi Janet degil sangat. Hendak jugak main-main pisau," sindir orang gajinya menyebabkan Janet ketawa besar.

"Inilah yang orang cakap, luka di tangan nampak berdarah. Luka di hati tak siapa tahu. Kan, mak Nah?"

Mak Nah melepaskan keluhan sebelum mencuri pandang ke arah wajah ayu di sisinya yang kini sedang tunduk dan berpaling ke arah lain. Hati mak Nah kini turut melagukan irama sedih yang pasti sedang berdendang dalam hati Janet. Biarpun sudah lama ia berlalu, pasti kenangan itu hadir kembali sebaik rangkap pepatah itu diungkap. Tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula kisah cinta penuh keindahan. Ke mana hendak dicampakkan?

"Dah enam tahun... dia tentu dah lupakan saya. Tentu dah kahwin…