apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

24.10.10

Sembuhkan luka ini - akhir

Akhir

Mereka kini tinggal berdua sahaja. Berbulan madu untuk menghuraikan segala-galanya. Anak-anak sudah dibawa pulang oleh datuk dan neneknya. Begitu juga dengan Amirul Hakim. Dia menuruti permintaan Zakaria dan Azah supaya bermalam sehari lagi.

Datuk Mohamad sudah meminta maaf kepada kepada semua bagi pihak isterinya. Dia tahu semua yang berlaku adalah akibat sikap Datin Mazni yang sombong. Nisak sudah menceritakan semuanya.

Adam memeluk tubuh isterinya erat-erat.

“Don’t you dare do this to me again, sayang. Lia tak tahu macam mana hancurnya perasaan abang tengok Lia tadi tahu! Rasa macam semuanya hilang.”

Zalia menghulurkan sekeping kertas untuk tatapan suaminya. “Begitu jugak hati Lia bila baca ayat-ayat yang abang tulis ni. Ingatkan abang tujukan pada Lia, rupa-rupanya buat Marissa. Abang tak tahu macam mana hancurnya perasaan Lia tengok apa yang abang tulis tu, bang! Rasa macam semuanya hilang!”    

“Hey, itu ayat abanglah!”

Zalia ketawa sambil menyuruh Adam membaca dengan segera.

“Senyuman manismu menyegarkan pagiku. Bicara lembutmu menghidupkan hariku. Lenggok tubuhmu menggoda naluriku. Aku terpesona....”

Adam mengerutkan dahi. Dia tidak memahami mengapa Zalia harus sedih membaca tulisan indahnya yang memang ditujukan kepada isterinya itu.

“Abang tulis tu untuk Lia. Kenapa nak sedih-sedih pulak?”

“Amboi? Kalau untuk Lia, kenapa di bawah sekali ada nama Marissa?”

“Mana? Tak ada pun!” Adam membelek-belek kertas itu di hadapan dan di belakang.

“Alah, bukan di situ. Abang tulis atas kertas lain!”

Adam mengeratkan dakapan. Cuba meyakinkan isterinya bahawa dia menulis itu untuk Zalia. Sebagai bukti, dibukanya komputer riba lalu terpampanglah wajah isteri dan anak-anak yang selama ini menjadi pendorong kejayaannya. Dan di situ, apa yang tertulis tadi bergerak perlahan-lahan merentasi skrin. Zalia melepaskan nafas sambil tersenyum.

“Dah percaya?” Zalia mengangguk. “Ni, abang nak tanya sikit, betul ke Hakim tu abang Lia?”

Zalia membulatkan mata lantas mengangguk laju. Di dalam hati, dia tahu dia perlu bercerita tentang lelaki itu.

“Masa Abang Hakim belajar kat UKM, dia selalu bantu mak berjual di gerai makan kami. Dia dah jadi anak angkat mak. Satu hari, dia cakap pada mak yang dia sukakan Lia. Masa tu, Lia kat UiTM, tahun 1. Lia ikut ajelah cakap mak suruh kahwin dengan dia sebab abang Hakim tu bakal doktor, tau..”

“What?”

“Syy, jangan melenting, dengar dulu!”

Adam mengangguk lemah. Cemburu menguasai diri. Namun dia terus memasang telinga.

“Keluarga abang Hakim datang dari Sarawak. Masa tulah rahsia terbongkar bila emak dia nampak ayah and vice versa. Rupa-rupanya, kami berdua adik-beradik sebapak. Nyaris tak kahwin, kan? Kalau tidak, dah sumbang mahram.” Lama Zalia mendiamkan diri sebelum dia menyambung. “Kesian abang Hakim. Dia betul-betul cintakan Lia. Susah sungguh dia hendak menukar rasa cinta tu kepada sayang adik beradik. Dia macam tak berapa nak menerima takdir yang tersurat. Tu sebab dia tak nak balik ke sini langsung. Dia hendak jauhkan diri daripada Lia. Dia balik hari itu pun sebab Lia minta tolong pada dia. Entahlah, bang. Mudah-mudahan dia bertemu cinta baru secepat mungkin.”

Adam amat bersetuju. Dia turut mendoakan agar Hakim dapat melupakan Zalia.

“Dan, Lia?” tanya dia.

“Lia? Lia sayang abang. Sepenuh hati dan tak sanggup berpisah kecuali mati.” Balas Zalia perlahan.

“Maafkan abang buat Lia terseksa selama ni.” Bisik Adam dengan manja.

Zalia tersenyum lagi. Kini, derita hati sudah berlalu. Mujur! Kalau tidak terpaksa berdendang bersama-sama Syahir, menyanyikan lagu Kebahagiaan dalam Perpisahan. Tak nak!

8 ulasan:

  1. bahagia akhirnya..
    thanks kak..

    BalasPadam
  2. memang endingnya begini ke? sebelum ni ada sambunganya lagi tak? rasa macam dh tertinggal je episod sambungannya sebelum yg akhir ni kerana tiba-tiba je dh habis.

    BalasPadam
  3. tp kan,dia bercerai ke dgn Marissa???

    BalasPadam
  4. abis???
    pe cite marissa lak...

    BalasPadam
  5. wah....
    hapy endng lak..
    suka nya....

    BalasPadam
  6. salam...
    nza, mmm bahagia
    anor...cari kat labels
    anonymous, bercerai
    maylin, marissa diceraikanlah
    epy, thanx

    BalasPadam
  7. setuju dgn anor...... mcm terlepas satu episod....

    senang nya lia terima adam semula selepas apa yg adam kata di airport... " perempuan tak guna" n setelah apa yg lia jalani selama 5 bln...

    terlalu simple, walauapa pun akak ucapkan tahniah.{maaf tahniah nya lambat - di akhir ayat :) }

    BalasPadam
  8. salam...
    thanx anonymous
    akan cuba lebih berhati2 next time

    BalasPadam

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.