apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

24.10.10

Sembuhkan luka ini 7

7

“Padan muka awak, Marissa. Lain kali, jaga mulut tu! Dahlah awak rampas suami saya, sekarang ni awak nak meracuni fikiran dia pulak, ya?” Ujar Zalia yang puas hati melihat wajah kesakitan Marissa yang baru lepas ditampar oleh Hakim.

Dia kemudian merenung wajah Adam. “Abang, Lia nak abang balik ke rumah kita sekarang, bawak sekali bini abang tu. Lia tunggu abang. Dan, tolong pandu dengan berhati-hati. Lia tak nak abang mati sebelum mendengar penjelasan Lia dan sebelum Lia tahu apa yang ada dalam hati abang tu!” katanya lalu menarik tangan Amirul Hakim untuk mengekorinya bagai lembu dicucuk hidung.

Di dalam kereta, Zalia menghubungi Suraya. Tadi, dia sudah meminta kawan baiknya itu menelefon ibu bapa dan ibu bapa mentuanya supaya datang ke rumah. Hari ini ialah hari perhitungan. Hari di mana segala-galanya akan terungkap.

“Lia, boleh abang beri nasihat pada Lia?” pinta Amirul Hakim.

Zalia tersenyum, lalu mengangguk.

“Jangan buat apa-apa keputusan tanpa berfikir. Jangan gopoh dan ikutkan kata hati dan nafsu. Apa yang bakal berlaku, melibatkan anak-anak. Kasihan mereka kalau emak dan ayahnya ambil jalan mudah, Lia.” Ujar Hakim.

“Insya-Allah, bang. Bukan sehari dua Lia fikirkan tentang hubungan kami. Sejak Lia tahu dia kahwin lagi, Lia dah pandang jauh ke depan....”

“Kesian adik abang ni. Muda-muda lagi dah terpaksa menerima dugaan sehebat ini.”

Zalia tersenyum hambar.

“Perkahwinan kami ditentang hebat oleh emak Adam. Dia tidak merestui kami. Mak pernah melarang Lia daripada meneruskan niat Lia dengan abang Adam. Kata emak, tanpa restu ibunya, kami tak akan bahagia. Tapi, abang Adam cakap, cinta dia pada Lia cinta lelaki dan perempuan. Kasih dia pada emak sentiasa ada sebab itu emak dia. Kami kahwin bukan bermakna dia menderhaka, katanya.”

Amirul Hakim mengangguk tanda dia faham.

“Kami bahagia, bang. Tapi emaknya makin sakit hati tengok kami. Dia benci tengok Lia senyum, ketawa dengan anak dia. Tu yang dia rancang dengan Marissa memerangkap Abang Adam. Abang tahu apa dia buat?”

Amirul Hakim menggelengkan kepala.

“Dia suruh Marissa pergi ke rumah dia. Sebelum tu, dia dah suruh Abang Adam balik sorang-sorang. Maknanya, masa tu, cuma ada abang dengan Marissa sahaja dalam rumah. Lepas tu, dia upah orang pergi cekup, alah, macam dalam drama TV tu...."

Mulut Amirul Hakim ternganga. Jelas dia tidak dapat mempercayai.

"Mak pulak konon-konon tertinggal barang, lalu ajak ayah balik. Nampak ramai orang luar di rumah, Datuk Mohamad pun apa lagi, melentinglah. Tambah pulak kes macam ni menjatuhkan maruahnya. Teruslah dipaksanya Abang Adam kahwin dengan perempuan tu. Nak kahwin di Malaysia, tak boleh, sebab tak ada surat kebenaran daripada Lia. Tu yang diorang kahwin di Selatan Siam tu."

"Adam tak tahu plot mak dia tu?” tanya Hakim. 

Zalia menggeleng. 

“Habis, Lia tahu dari mana pula? Siapa yang membongkarkan rahsia ni pada Lia?”

Mujurlah, di dalam ahli keluarga Adam ada Nisak, adiknya, seorang ustazah. Nisak telah mengatur pertemuan dengan Zalia lalu menceritakan semuanya. Betapa, kalau boleh, emak tetap mahukan Adam menceraikan Zalia. Apa cara sekalipun!

“Masya-Allah!” Amirul Hakim meraup muka. “Kalau Marissa menelefon emak mentua korang macam mana, Lia? Inilah peluang terbaiknya memisahkan korang berdua. Bukti Lia curang dah ada di depan mata. Dan, Adam nampaknya akan akur. Dia marah sangat pada abang tadi!” ucapnya resah.

Sekilas, Zalia mengerling ke arah lelaki di sebelahnya. Tangan lelaki itu dicapai dan digenggam erat. Senyuman menyungging perlahan-lahan. Dia kemudian bertanya,

“Abang, Lia ni curang ke?”

6 ulasan:

  1. erk, hakim tu abang lia ke??

    BalasPadam
  2. tb2 rs cam lia n hakim ni adk bradik plk..
    huhuhuhu...

    BalasPadam
  3. x sngka ada jg mak yg x nak ank dia bhgia...
    apa yg akan trjdi pas ni....
    x sbr nak thu...

    BalasPadam
  4. salam...
    anonymous, tunggu
    anonymous, baca smbunganya
    epy, sila baca seterusnya

    BalasPadam
  5. sian lia..
    kak bg pengajaran skit kat keluarga adam...

    BalasPadam

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.