apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

24.10.10

Sembuhkan luka ini 6

6

“Hey! Siapa kau ni? Kau buat apa ni? Kenapa berkasar dengan perempuan? Dengan Zalia?”

Amirul Hakim geram melihat sikap lelaki yang tiba-tiba datang mengamuk dan menarik tubuh Zalia menjauhi dirinya dengan kasar sekali. Kini, dia sedang menarik baju Adam. Tubuh itu diseret mendekatinya. Ingin benar dia menumbuk muka Adam di ketika itu.

“Abang!”

Kedua-dua lelaki berpaling ke arah Zalia. Yang seorang redup pandangannya. Lembut sinar matanya namun yang seorang sedang menahan marah. Mata hampir semerah saga. Mencerminkan api yang marak membakar hati.

“Abang Hakim! Jangan, bang! Jangan pukul dia!” Pinta Zalia dalam pekikan. Dia lupa seketika di mana mereka berada kini. Baginya, melihat Hakim mengangkat tangan dan ingin memukul suaminya, bukan perkara yang wajar untuk dilakukan.

Adam mendengus kasar. Rasa sakit itu tidak mahu pergi. Rasa geram ini masih dalam. Masih kuat menguasai diri.

“Kau panggil dia ni abang, Zalia? Sejak bila dia jadi laki kau? Oh, patutlah macam kayu bila dengan aku, rupa-rupanya dah ada orang baru, ya?” amuknya. Kini, segala persoalan yang memenuhi ruang kepala sudah terjawab. Tahulah dia mengapa Zalia berubah sikapnya.

“Lia, ini Adam? Your hubby?” Amirul Hakim bertanya.

“Ya, ini aku, Adam. Laki dia! Perempuan tak guna ni bini aku. Kenapa? Dia tak bagitahu pada kau siapa dia? Dah ada anak 3 tu!” Balas Adam kasar. Wajah tidak beriak Zalia ditatap tajam. Sakit hatinya melihat wajah itu yang tenang. Sakit hatinya melihat Zalia. Isterinya itu seolah-olah tidak merasa bersalah dengan apa yang berlaku.

“Adam, kau dah salah faham ni.” Berpaling ke arah Zalia pula, Hakim berkata, “Lia, kenapa tak cakap apa-apa. Terangkan pada dia tentang...”

Zalia mengelap air mata di pipi. Dia bersuara dengan tegas kini.

“Bila isteri dilihat dengan lelaki lain, tanpa usul periksa terus tuduh isteri curang, kan, bang? Terus beri gelaran perempuan tak guna pada Lia. Tapi, abang? Tu, yang sedang berdiri di situ, siapa?” Ibu jari ditunjukkan ke arah seorang wanita yang berdiri tidak jauh daripada mereka. Wanita yang sangat cantik, bergaya dengan pant-suitnya serta bertudung fesyen terkini. “Dia isteri abang, kan? 5 bulan dah abang kahwin dengan dia... abang ingat Lia tak tahu?”

Adam terkesima. Nafas amarahnya yang keras tadi bertukar rentak. Kini dia pula yang menjadi pesalah. Wajah bertukar pucat.

“A...abang...”

“Untuk pengetahuan abang, Lia sengaja datang ke sini. Lia tahu, hari ini Marissa akan ke Bangkok. Lia tahu abang akan ada di sini bersama-sama dengan dia, menghantarnya. Kebetulan, abang Hakim nak balik ke Sarawak. Jadi, Lia memang rancang supaya kita bertemu. Lia nak tengok apa abang akan buat bila nampak kami berdua.”

Marissa mendekati mereka. Bibir dijuihkan, seolah-olah jijik dengan perlakuan Zalia.

“Awak, apa yang awak buat ni, salah. Awak menduakan Adam, suami awak. Tak boleh! Lainlah Adam. Dia lelaki. Dia boleh kahwin 4. Dan, untuk pengetahuan awak, kami kahwin dulu pun sebab nak mengelak maksiat. Macam awak dengan lelaki ini. Tengoklah! Di tempat awam pun dah bergenggam tangan. Itu belum lagi di tempat tersorok. Jadi, Puan Zalia, awak nampak tak perbezaan di antara awak dengan kami berdua? The two of us are much, much better than you two!” katanya sambil meraup tangan Adam agar memeluk pinggangnya.

Zalia ingin membalas namun ketika itu, kedengaran panggilan masuk untuk penerbangan ke Kuching. Dia berpaling ke arah Amirul Hakim.

“Penerbangan abang tu!” katanya.

“Abang takkan balik. Abang nak selesaikan masalah ini di sini, hari ini juga.”

Zalia menggelengkan kepala. “Ini urusan rumah tangga Lia, bang. Lia boleh selesaikan sendiri.” Balasnya.

“Eh, yang kau dok panggil abang pada dia ni, apasal? Zalia, aku ni suami kau, bukan dia! Aku!” herdik Adam.

“Alah, Adam! You ni, itupun you nak ambil pot? Biarlah dia panggil jantan tu apa-apa aje. Dia cintakan jantan tu, bukan you! Dia dah buang you daripada hati dia. You tu tak penting pada dia. Dia tak anggap you suami dia. Dia ni perempuan.....Aduh! Hey?”

6 ulasan:

  1. eeeee...............
    gramnya ngn pmpuan 2...
    nak jer sepak trjang pmpuan 2....
    dah la rmps suami org...
    x thu malu...

    BalasPadam
  2. huu... cikgu.. buat la panjang2 sket. x puas nk baca. ngee~

    BalasPadam
  3. tau marah.. adam perempuan mcm marissa tu yg dijadikan bini.. ingatkan jenis yg baik2 rupanya.....tak tau la.. kak sofi adam ni harus diberi pengajaran.. lagi kak... jgn berenti.. sambung.. tgh berdebar ni...

    BalasPadam
  4. dh la amik laki org...
    mulut plk jahat...hisy!!!
    smpi ht adam ckp isteri dia xguna.. :(

    BalasPadam
  5. adam tu dayus ke?
    huhu..kejam je laki ckp mcm uh kat isteri yg dah lama dia kahwini..
    sambg lagi ye~
    sapa hakim tu sbnrnya?

    BalasPadam
  6. salam,
    epy, hehe..sabo
    hana aniz, akan cuba
    miznza, hehe...geram ya?
    itulah kn, anonymous,
    anonymous, tunggu ya!

    BalasPadam

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.