Langkau ke kandungan utama

Sembuhkan luka ini 5

5

Amirul Hakim memerhati wajah mulus di hadapannya dengan gembira. Wajah ini amat dirinduinya. Sudah terlalu lama mereka berpisah namun tidak sekali Zalia luput daripada ingatannya.

“Hmm, seronok tak dapat balik ke sini?”

Amirul menggelengkan kepalanya mendengar soalan Zalia itu namun bibir tetap menguntumkan senyum untuk si dia.

“Tak? Amboi-amboi! Dapat duduk di Sarawak, lupa nak balik ke sebelah sini, ya? Kalau Lia tak mintak abang balik, tentu abang masih di sana, kan?” Marah Zalia.

Lelaki di hadapannya tersengih sebelum tunduk menyisip air barli ais kegemarannya.

“Mak cik apa khabar? Pak cik? Adik-adik? Sihat?” tanya Zalia.

“Alhamdulillah. Hey, berapa kali mau tanya, hah?” Hakim bergurau. Hatinya terhibur melihat Zalia ketawa mengekeh. Sejak kembali ke sini, jarang dapat dia melihat senyuman di bibir wanita itu. “Rasanya, di antara kita, Lia aje yang kurang sihat tau!” Amirul Hakim menyambung kata sebaik tawa itu reda.

Zalia tersentak. Rasa terharu, benar-benar terharu, mendengar betapa prihatinnya lelaki itu kepadanya. Sikap yang masih tidak berubah. Sikap yang masih terbawa-bawa sejak lama dahulu.  

“Terima kasih sebab abang sudi pulang, jumpa emak dengan Lia. Hilang rasa rindu, tau. Tapi, itulah! Baru 2 hari dah nak balik ke Sarawak dah. Macamlah Miri tu nak lari.”

Amirul segera mencapai tangan kanan Zalia, digenggam erat lantas dikucupi penuh kasih sayang.

“Abang rindukan Lia. Rindu sangat! Lia pun tahu, kan, yang kasih sayang abang tertumpah kat sini?”

Zalia mengangguk lemah. Kekecewaan di wajah tampan itu mengguris perasaannya. Lelaki yang masih lagi membalut luka hatinya ini ditatap dalam rasa simpati yang melimpah ruah.

“Abang kena belajar melupakan Lia.”

“Ingat senang nak melupakan cinta pertama, Lia?”

“Lia tahu! Lia pun pernah merasai kesakitannya. Sedang mengalaminya.” Desah Zalia bersama secarik ingatan terhadap Adam. Kelukaannya juga amat dalam. Adam bagaikan sedang menusuk seluruh dirinya dengan pisau. Pedih di merata-rata. Sedih tidak terkata.

“Takdir kadang-kadang tidak berlaku adil pada kita....”

Zalia meletakkan jari telunjuk di bibir Hakim untuk menghentikan segala kata-kata keluhan. Jari yang kemudian digenggam oleh Amirul Hakim. Jari dan tapak tangan yang kemudian dibawa ke bibirnya. Dikucup satu persatu, penuh kasih sayang. Sepasang mata berkaca melihat Zalia, sepasang telinga mendengar rintihan wanita itu.

“Jangan sedih, sayang. Jangan mengeluh. Dah lama semua ini berlalu. Abang sepatutnya dah berjaya melupakan Lia.” Giliran Zalia pula mengucupi jemari kasar lelaki itu. satu persatu, penuh rasa kasih. Penuh rasa sayang. 

“Abang, abang kena belajar menyayangi perempuan lain. Abang perlu berusaha membahagiakan diri abang. Dah ditakdirkan, kita memang tak ada jodoh malah memang sampai kita mati pun, kita tak mung....”

“Zalia!”

Adam sudah tidak dapat bersabar lagi. Matanya sakit melihat aksi romantis pasangan ini. Sebaik mendekat, tubuh Zalia ditarik dengan kuat dan kasar sehingga wanita itu hampir tertungging. Nyaris sahaja tubuh kurus itu tidak jatuh dibuatnya. Waktu itu, niat Adam hanya satu. Dia ingin meleraikan pautan tangan dua insan. Hatinya sakit. Jiwanya parah! Diri amat terluka. Dia benar-benar kecewa. Terlalu!

Ulasan

  1. sape yg curang snanye ni?? huhu

    BalasPadam
  2. adam sudh mrh...hehehe...
    tp lia lg mrh...kan3...
    bl la sumenya nk trbongkar???

    BalasPadam
  3. pdn muka adam....
    thu jg dia jeles 2....

    BalasPadam
  4. dua2 curang sama2 ke???
    huhu..curiousnya~!!

    BalasPadam
  5. hohhoho...
    ad brape episode lg?

    BalasPadam
  6. salam...
    hana aniz, ntah?
    anonymous, sudah terbongkar, kan?
    epy, mmg betul
    anonymous, haha...
    miznza, thanx
    itu aku, 9 kan?

    BalasPadam

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.

Catatan popular daripada blog ini

Cerpen: Dia Idaman Jiwa

1
“Hi, boleh aku duduk kat sini?”

Aliah mendongak. Demi terpandang sahaja wajah itu, air mukanya terus berubah. Riak tidak senang ditunjukkan kepada lelaki itu.

“Cepatlah jawab! Senang aje soalan aku tu. Boleh, jawablah boleh...”

“Kalau saya jawab tak boleh?”

Abid terus menarik kerusi yang bertentangan dengan gadis itu.

“Aku tetap duduk sini jugak.” Balasnya sambil tersengih-sengih.

“Macam tak ada tempat lain!”

“Banyak! Sana kosong. Tu, di belakang kau tu pun kosong. Tapi, aku saja aje nak duduk depan kau. Dah sebulan aku cari kau tapi tak jumpa-jumpa. Alhamdulillah, hari ini dapat juga. Kau apa khabar? Sihat?”

Aliah tidak menyahut. Sebaliknya, dia terus menyuap dan kali ini suapannya sengaja dilajukan, tidak lagi menikmati nasi campur yang dimakan. Ketika itu, dia hanya berkeinginan untuk cepat-cepat menyudahkan makan tengah harinya supaya dia dapat pergi dari situ dengan segera. Dia tidak mahu mengadap muka lelaki yang kini sedang berada di hadapannya walau sehebat, sekacak mana se…

Yang Terakhir: Versi Cerpen

1
“Kau dah habis fikir ke, Khairi? Perempuan macam Najiha tu kau nak bawak ke majlis Annual Dinner kita? Tak malu ke nanti bila orang gelakkan kau?” tanya Hafiz sambil mengerutkan dahi. Dia keliru dengan sikap Khairi Iqbal. Rasanya, selama mereka berkawan, belum pernah walau sekali pun, Khairi memuji gadis yang seorang itu. Gadis yang bernama Izzatul Najiha. Tup tup, hari ini, dia buat keputusan hendak menjadikan Najiha pasangannya semasa majlis kemuncak nanti. Hisy, pelik betul!
“Malu, memanglah aku malu! Tapi aku cuma nak gunakan dia saja. Nak buat Amalina cemburu.” Balas Khairi sambil menyisip air lemon perlahan. Sejuk rasa kerongkongnya bila air itu menerobos masuk ke dalam rongga.
Mata Hafiz buntang. Kepala tergeleng-geleng.
“Kenyataan kau tu lagi buat aku tak faham! Kalau kau nak buat Amalina cemburu, kau patut bawak perempuan lain. Bukan si Najiha yang macam hantu bungkus tu!”
Terlambak tawa Khairi Iqbal mendengar kata-kata sahabat baiknya itu. Hantu bungkus? Si Najiha tu?…

Inikah Cinta? : Versi Cerpen

1

"Ouch!"

Cepat-cepat Janet menghisap jari telunjuk yang terhiris tadi. Setelah kesakitan itu hilang, dia segera membasuh jari itu. Dia kemudian mengelap lalu membalut luka dengan plaster.

"Sakit? Itulah pasal. Mak Nah dah cakap, biar mak Nah aje yang buat tapi Janet degil sangat. Hendak jugak main-main pisau," sindir orang gajinya menyebabkan Janet ketawa besar.

"Inilah yang orang cakap, luka di tangan nampak berdarah. Luka di hati tak siapa tahu. Kan, mak Nah?"

Mak Nah melepaskan keluhan sebelum mencuri pandang ke arah wajah ayu di sisinya yang kini sedang tunduk dan berpaling ke arah lain. Hati mak Nah kini turut melagukan irama sedih yang pasti sedang berdendang dalam hati Janet. Biarpun sudah lama ia berlalu, pasti kenangan itu hadir kembali sebaik rangkap pepatah itu diungkap. Tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula kisah cinta penuh keindahan. Ke mana hendak dicampakkan?

"Dah enam tahun... dia tentu dah lupakan saya. Tentu dah kahwin…