Langkau ke kandungan utama

Sembuhkan luka ini 4

4

Hidup menjadi sangat meletihkan bagi Zalia yang terpaksa mengagihkan masa untuk anak dan kerjaya. Tanggungjawab sebagai seorang isteri sudah jatuh di tempat ke 3. Bukan bermakna pula bahawa dia sudah mengabaikan Adam. Suaminya tetap mendapat keistimewaan seorang suami namun dia lebih mengutamakan anak-anak dan kerjaya di dalam kebanyakan urusan.

Selepas sebulan Zalia bekerja, Adam mengajaknya balik ke rumah banglo milik keluarganya di Country Heights, Kajang. Kata Adam, dia ingin menjenguk ibu dan ayah. Sudah lama mereka tidak balik ke sana walau jarak tidaklah sejauh mana.

“Dah lama kita tak balik, Lia. Jom! Mak dah rindukan budak-budak.” Ajak Adam.

Zalia menatap wajah suaminya. Ada kesungguhan di situ. Dia kehairanan juga, maklumlah, dirinya bukan menantu kesayangan mentua. Kehadirannya selama ini tidak pernah disenangi malah seringkali Adam disuruh balik sendirian ke mahligai milik mereka.

Ganjil pula sekali ini? Apakah perkahwinan Adam dengan Marissa di dalam pengetahuan semua orang di sana dan kedatangannya nanti adalah untuk dicerca kerana tidak pandai menjaga suami? Ataukah akan disindir-sindir seperti selalu, mengutuk dan memaki hamun kerana dia anak bekas banduan?

Ya, ayahnya Zakaria pernah dimasukkan ke dalam penjara kerana dituduh bersubahat melakukan rompakan di bank tempat ayahnya bekerja 10 tahun dahulu. Walau ternyata kemudian ayahnya tidak bersalah namun banduan tetaplah banduan, hidup penuh dengan caci-maki masyarakat, termasuk keluarga Datuk Mohamad dan Datin Mazni. Seluruh keluarga itu tidak menyukainya jadi apakah pula muslihat mereka kali ini mahukan dirinya mengikut Adam balik?

“Tu, fikir apa pulak? Tiap kali nak balik ke rumah mak, Lia mesti termenung panjang. Muka tu mesti tak ceria. Sebab tu emak pun tak tahu macam mana nak berdepan dengan Lia. Lia tak pandai mengambil hati dia.” Sela Adam.

“Hai, mencemuh aje bunyinya? Dulu, kata sokongan padu hanya untuk Lia sebab ternyata Lia tak salah dalam kemelut hubungan Lia dengan emak. Sekarang ni, diri Lia pulak yang dituduh tak pandai mengambil hati, ya? Yalah, orang dah dapat gading...”

Zalia menghentikan ayatnya. Nyaris tidak terbocor rahsia. Adam tidak tahu dia tahu dan buat sementara itulah yang dia mahu. Kedamaian! Kerana Zalia amat yakin, sekali dia membuka mulut, rumah tangga ini tidak akan pernah tenteram lagi. Dia akan selalu mengungkit dan Adam akan selalu ingin mencari kesalahan. Biarlah dahulu! Hanya satu pintanya kepada Allah. Agar kesabarannya tidak dilunturkan.

Si kecil yang sudah terlena di atas riba selepas selesai menyusu, diangkat sendiri dan diletakkan ke dalam ‘crib’. Dia sedar, Adam asyik memerhati dirinya. Begitu asyik dengan pandangan tajamnya itu!

“Lia tak nak pergi, bang. Lia penat dan banyak kerja. Esok hari Sabtu. Banyak kerja rumah yang Lia kena buat. Nak basuh kain, lipat kain, mop rumah, buang sawang dan macam-macam lagi. Lusa, hari Ahad pulak, Lia dengan Su nak keluar. Kitorang nak jumpa klien. Jadi, kalau abang nak pergi, abang pergi sorang, okey. Anak-anak tak apa. Lia bawak. Masa kitorang meeting, Zainal boleh jaga diorang.” Dahi yang berkerut-kerut itu dipandang. “Kenapa macam tak puas hati pulak tu? Lia salah cakap ke? Rasanya, tidak, kan? Abang, selama inipun,  abang kan boleh pergi sendiri? Ke, ada orang lain meneman, menggantikan Lia!”

‘Hisy, terkeluar juga! Ikut sangat rasa cemburu tu! Aduh, rasa hendak kucubit-cubit mulut ni. Eeii..geram!!!’ jerit di hati Zalia.

Adam menegakkan tubuh Zalia dan kini mereka terlalu dekat. Hembusan nafas terasa panas. Sepasang mata bulat memandang. Sepasang lagi cuba mengelak.

“Ada yang tak kena sekarang ni, kan? Lia buat macam-macam perangai yang di luar jangkaan abang. Dulu, semua yang Lia nak buat, abang orang pertama yang tahu. Sekarang ni abang dah jadi orang yang terakhir. Abang perasan yang Lia sentiasa mengelakkan diri dari abang. Untuk bersama abang waktu malam pun asyik mengelat. Auni tak sihatlah. Amir demamlah. Alia menyusulah. Apa yang dah terjadi antara kita ni?”

Wajah Adam ditatapi. Kalau ikutkan rasa geram, mahu sahaja Zalia mengambil cili dan tonyoh cili itu ke bibir suaminya yang pandai benar berkata-kata. Oh, yalah, mana tidaknya? Bukankah Adam Mohamad merupakan pembahas terbaik dalam Pertandingan Bahas Piala Dato’ Abdul Rahman Yaakub? Lupa pula!

“Lia banyak berubah sekarang! Banyak sangat!” Adam mengendurkan suara.

Zalia menjauhkan diri daripada suaminya. Dikemaskannya cadar katil dan kemudian dia melangkah keluar. Tetapi, dia sempat berkata,

“Abang, setiap perubahan dipacukan oleh satu-satu keadaan. Lia tak akan berubah tanpa sebarang sebab.”

Adam semakin tidak mengerti, “Maksud Lia?”

Zalia menghembuskan nafas. Geram dan sakit hati bertindih mendengar soalan itu. Begitu tegar Adam menyimpan rahsia sehingga tidak menyangka bahawa rahsia itu sudah bocor? Atau, selama ini dia menganggap isterinya seorang perempuan bodoh yang tidak mungkin tahu apa-apa?

Sampai bila? Sampai bila Adam akan bertahan menghadapi kerenahnya ini? Zalia akan menunggu saat itu, saat bila Adam tidak lagi mampu bersabar.

‘Ya, bang. Lia akan tunggu. Lia nak tengok sangat muka abang bila Lia cakap Lia dah tahu siapa Marissa!’

Ulasan

  1. ala...knp xtrus terg j yg dia dh tahu....
    huhuhuhu

    BalasPadam
  2. huhu.. adam berpura2!! sambung lg cikgu.

    BalasPadam
  3. aik.....
    ada sbb ke adam kawen ngn marisa....
    btul2x...
    x sbr bila rhsia 2 bcor....

    BalasPadam
  4. bencinya dgn adam.....x sabar nak tunggu rahsia terbongkar....

    BalasPadam
  5. mungkin adam berkahwin dgn marissa bersebab......bukan kerana cinta...namun...apapun......bukan mudah untuk menghadapi..............

    BalasPadam
  6. salam,
    anonymous, sabor..nnt dia bg tau
    hana aniz, okey, sbg
    itu aku, sooner...
    epy, ada tunggu..
    cik applemints, jgn benci
    mmg bersebab hehe

    BalasPadam

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.

Catatan popular daripada blog ini

Cerpen: Dia Idaman Jiwa

1
“Hi, boleh aku duduk kat sini?”

Aliah mendongak. Demi terpandang sahaja wajah itu, air mukanya terus berubah. Riak tidak senang ditunjukkan kepada lelaki itu.

“Cepatlah jawab! Senang aje soalan aku tu. Boleh, jawablah boleh...”

“Kalau saya jawab tak boleh?”

Abid terus menarik kerusi yang bertentangan dengan gadis itu.

“Aku tetap duduk sini jugak.” Balasnya sambil tersengih-sengih.

“Macam tak ada tempat lain!”

“Banyak! Sana kosong. Tu, di belakang kau tu pun kosong. Tapi, aku saja aje nak duduk depan kau. Dah sebulan aku cari kau tapi tak jumpa-jumpa. Alhamdulillah, hari ini dapat juga. Kau apa khabar? Sihat?”

Aliah tidak menyahut. Sebaliknya, dia terus menyuap dan kali ini suapannya sengaja dilajukan, tidak lagi menikmati nasi campur yang dimakan. Ketika itu, dia hanya berkeinginan untuk cepat-cepat menyudahkan makan tengah harinya supaya dia dapat pergi dari situ dengan segera. Dia tidak mahu mengadap muka lelaki yang kini sedang berada di hadapannya walau sehebat, sekacak mana se…

Yang Terakhir: Versi Cerpen

1
“Kau dah habis fikir ke, Khairi? Perempuan macam Najiha tu kau nak bawak ke majlis Annual Dinner kita? Tak malu ke nanti bila orang gelakkan kau?” tanya Hafiz sambil mengerutkan dahi. Dia keliru dengan sikap Khairi Iqbal. Rasanya, selama mereka berkawan, belum pernah walau sekali pun, Khairi memuji gadis yang seorang itu. Gadis yang bernama Izzatul Najiha. Tup tup, hari ini, dia buat keputusan hendak menjadikan Najiha pasangannya semasa majlis kemuncak nanti. Hisy, pelik betul!
“Malu, memanglah aku malu! Tapi aku cuma nak gunakan dia saja. Nak buat Amalina cemburu.” Balas Khairi sambil menyisip air lemon perlahan. Sejuk rasa kerongkongnya bila air itu menerobos masuk ke dalam rongga.
Mata Hafiz buntang. Kepala tergeleng-geleng.
“Kenyataan kau tu lagi buat aku tak faham! Kalau kau nak buat Amalina cemburu, kau patut bawak perempuan lain. Bukan si Najiha yang macam hantu bungkus tu!”
Terlambak tawa Khairi Iqbal mendengar kata-kata sahabat baiknya itu. Hantu bungkus? Si Najiha tu?…

Inikah Cinta? : Versi Cerpen

1

"Ouch!"

Cepat-cepat Janet menghisap jari telunjuk yang terhiris tadi. Setelah kesakitan itu hilang, dia segera membasuh jari itu. Dia kemudian mengelap lalu membalut luka dengan plaster.

"Sakit? Itulah pasal. Mak Nah dah cakap, biar mak Nah aje yang buat tapi Janet degil sangat. Hendak jugak main-main pisau," sindir orang gajinya menyebabkan Janet ketawa besar.

"Inilah yang orang cakap, luka di tangan nampak berdarah. Luka di hati tak siapa tahu. Kan, mak Nah?"

Mak Nah melepaskan keluhan sebelum mencuri pandang ke arah wajah ayu di sisinya yang kini sedang tunduk dan berpaling ke arah lain. Hati mak Nah kini turut melagukan irama sedih yang pasti sedang berdendang dalam hati Janet. Biarpun sudah lama ia berlalu, pasti kenangan itu hadir kembali sebaik rangkap pepatah itu diungkap. Tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula kisah cinta penuh keindahan. Ke mana hendak dicampakkan?

"Dah enam tahun... dia tentu dah lupakan saya. Tentu dah kahwin…