Follow Us @soratemplates

23.10.10

Sembuhkan luka ini 3

3

Zalia memandang wajah suami yang sedang marah. Dia membiarkan sahaja Adam dengan tingkahnya. Lelaki itu tidak senang duduk. Nampak jelas rasa tidak suka dan tidak berpuas hati sedang menguasai fikiran suaminya itu.

Mereka tinggal berdua sahaja di dalam rumah. Awal-awal pagi lagi, Suraya dan suaminya, Zainal datang dan membawa ketiga-tiga orang anak mereka keluar. Menurut Suraya, dia ingin meminjam anak-anak kecil yang comel itu sepanjang hari ini untuk dibawa berjalan-jalan.

“Hari ini kan hari Sabtu? Lia kan tahu yang pada hari ini  dan Ahad sahajalah abang berpeluang bermain dengan anak-anak? Yang dibiarkan saja si Suraya dengan Zainal datang ambil mereka nak dibawak makan angin tu, kenapa? Kenapa dah pandai buat keputusan sendiri? Sejak bila tak mintak pendapat abang ni?” marah dilampiskan kepada Zalia.

Zalia pekakkan telinga. Sebenarnya, dia ingin sahaja menyebut bahawa dia sudah pandai membuat keputusan sendiri sejak Adam menduakannya, tetapi ditahankan dahulu. Kesabarannya masih di tahap tertinggi. Banyak lagi agenda untuk dilakukan tetapi masih di dalam perancangan. Langkahnya baru bermula.

“Lia? Kenapa diam pulak ni?”

“Janganlah marah, bang! Lia benarkan Su datang ambil anak-anak kita sebab Lia sangkakan abang seronok dapat berdua-duaan dengan Lia aje. Mana nak tahu yang abang akan mengamuk camni. Kenapa, ya? Dah boring nak bersama-sama dengan Lia aje, ya?” dalam sinis, suami disindir.

Adam mengerutkan dahi. Dia tahu dirinya diperli secara halus oleh Zalia. Muka Zalia ditatapi namun senyuman yang menguntum tetap manis bermadu, tidak ada riak-riak marah atau kecewa. Nafas ditarik lega.

“Abang tak suka Lia cakap macam tu. Kita baru 5 tahun kahwin, Lia. I love you. Takkanlah abang dah bosan pulak.” Katanya cuba meraih tubuh isteri namun Zalia cepat mengelak.

“Lia ada beberapa perkara nak Lia beritahu pada abang.”  Katanya sambil duduk di atas sofa.

“Yang duduk jauh di situ, buat apa? Mari sini, duduk sebelah abang ni.”

Adam menepuk tempat duduk di sisinya, di atas sofa berangkai dua. Zalia tidak mengendahkan pelawaan suaminya. Dia sudah tidak sabar-sabar untuk memberitahu hasratnya.

“Abang, Isnin ni, lusa, Lia akan mula bekerja dengan Su di syarikatnya. Su tawarkan Lia jawatan lama Lia dulu. Jadi designer dia. Maaf, sebab tak minta izin abang. Maaf, sebab buat keputusan sendiri dan maaf juga sebab tak berbincang dengan abang. Tapi, Lia rasa, Lia perlukan kerja ni. Manalah tahu, kan, satu hari nanti bila abang tak perlukan Lia, Lia taklah merempat. Taklah Lia turun naik mahkamah, merayu supaya abang berikan nafkah untuk Lia dan anak-anak. Kan?”

Nafas Adam turun naik menahan marah. Dia melihat Zalia dalam keadaan sekejap kecil, sekejap besar. Hatinya sakit sekali, dua kali, tiga kali malah beratus kali. Bukankah dia ketua keluarga ini? Bukankah cakap ketua wajib didengari? Dipatuhi? Kenapa pula arahannya supaya Zalia duduk di rumah menjaga anak-anak, Zalia ingkari? Kenapa? Banyak sangatkah gaji yang Suraya tawarkan?

Kesemua soalan-soalan itu ditanya dengan lantang. Kesemua jawapan diberi dengan lembut oleh isterinya. Membuat kemarahan semakin menjadi-jadi.

“Abang bagi Lia RM3 000 sebulan. Su tawarkan Lia RM2 500. Lia tak pandai mengira, ke? Hah? Kalau tak cukup duit RM3000 tu, abang boleh gandakan! Tak payah susah-susah nak pergi kerja dan nanti menyusahkan anak-anak yang dah selesa. Lagipun tanggungjawab Lia di rumah, tahu!”

Zalia memang sedia tahu semuanya. Faham! Tahu dosa perbuatannya ini. Tapi, dia perlu melakukannya. Perlu! Demi masa depan! Untuk anak-anak!

“Abang, selama ini, Lia tak pernah menyusahkan abang, kan? Jadi, bila Lia nak kerja semula pun, Lia tak bertujuan untuk menyusahkan abang jugak. Abang tak perlu fikir tentang kami. Pandailah Lia mengurus diri dan anak-anak nanti. Yang mungkin bertukar ialah rutin kita berdua. Mungkin Lia tak dapat uruskan makan minum abang macam selalu.”

Adam segera memintas, “Itulah yang abang tak suka tu! Selama ni Lia layan abang baik punya! Nanti, bila dah kerja, entah-entah seluar baju pun abang kena gosok sendiri. Makan malam pun entah-entah maggi aje. Macam mana tu?”

Zalia tersenyum sinis. Hati menggumam melihat lakonan Adam. Ya, baginya kini, Adam seorang pelakon yang jauh lebih baik dan mantap lakonannya berbanding Pelakon Lelaki Terpopular di Malaysia, si Rosyam Nor tu! 

Tak suka, konon? Entah-entah, sudah tidak sabar-sabar menunggu Isnin. Maklumlah, tentu nanti masa bersama si dia akan lebih panjang daripada sekarang, kan? 

Lelaki! Lain di mulut, lain di hati!

6 ulasan:

  1. nak panjang2 n sambung cepat2 ye cikgu sofi?? huhuhu

    BalasPadam
  2. sdihnya...
    apa lak adam 2 blh kawen....
    cnta konon....
    bgus lia....
    knakan lg adam sckupnya....
    br dia thu pmpuan x sng di buli....

    BalasPadam
  3. bila lia nk bgtau adam yg dia dh tau
    x sbr rasanya nk tgk expresssion dr adam

    BalasPadam
  4. @epy elina
    lambatnya aku baru nak balas...huhu

    BalasPadam

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.