Langkau ke kandungan utama

Sembuhkan luka ini 2

2

Memang menjadi tabiat seorang perempuan, dia suka memendam perasaan. Seorang perempuan tidak tahu untuk meluahkan apa yang dia rasa. Seorang perempuan tidak tahu memberitahu siapa tentang keresahannya. Dia sembunyikan gusar di sebalik tawa. Dia lontarkan risau di bayangan senyum. Tidak siapa dapat menebak hati dan perasaan yang sedang bergelora.

Makanan dihidang sepeti biasa untuk makan malam bersama-sama suami. Baju suami digosok setiap hari agar sentiasa kelihatan kemas, segak dan bergaya bila ke pejabat. Walau penat melayan kerenah anak-anak berusia 3 tahun, 2 tahun dan menyusui si comel berusia 8 bulan, kepentingan suami sentiasa dijaga, kemahuan sentiasa diikuti, kehendak diturutkan. Tidak ada rungutan. Tidak ada bantahan. Rela semuanya.

Tapi, kenapa ada Marissa di antara mereka? Kenapa Adam sanggup berkahwin senyap-senyap dengan Marissa? Kenapa sanggup menjadikan dirinya isteri tua pada usianya yang baru menjangkau 30 tahun, 3 bulan lepas? Bila masanya mereka bersama sedangkan setiap malam Adam tidur di sisinya? Bilakah cinta Adam berputik untuk Marissa?

“Kau asyik mengeluh saja sejak aku sampai, Lia. Kenapa? Tu, mata kau, kenapa lebam kat bawah tu? Tak cukup tidur?” Suraya bertanya begitu banyak soalan kepada sahabat baiknya. Hari ini, Zalia tidak seceria selalu. Wajah itu diselimuti mendung. Dia risau melihat kesedihan yang muncul entah daripada mana. Dia tahu, Zalia sedang berduka. Mereka berkawan sudah terlalu lama untuk Zalia menyembunyikan rasa.

“Aku okey, Su. Cuma, aku nak mintak tolong sikitlah.”

Suraya tidak mempercayai kata-kata yang kurang meyakinkan itu namun dibiarkan dahulu. Dia bertanya, “Tolong? Tolong apa?”

“Tolong ambik aku kerja dengan kau balik? Jadi kerani pun tak apa asalkan aku ada duit aku sendiri.”

Semakin Suraya tidak memahami. Pelik permintaan Zalia sekali ini. Hendak bekerja semula? Untuk punya duit poket sendiri? Habis tu, selama ini, Adam tidak beri duit belanjakah? Soalan itu diajukannya kepada Zalia.

“Isy, kau ni! Tentulah dia bagi tapi itu duit dia. Aku teringin nak rasa pegang duit aku sendiri. Macam dulu-dulu!” balas Zalia, sengaja melebarkan senyumannya.

Suraya segera memegang dan menggenggam tapak tangan sahabat baiknya itu. Dia tahu, ada sesuatu yang Zalia sembunyikan. Kata-kata merajuk yang terlahir begitu dalam maknanya. Tersirat seribu rasa. Dan, dia perlu tahu! Perlu!

“Kau dengan Adam kelahi? Dia ungkit tentang diri kau yang dah tak bekerja. Dia...”

“Kau ni...Pandai-pandai aje! Su, tak ada apa-apa sebab lain! Aku cuma ingin bekerja semula. Duduk di rumah sepanjang hari, boring, kawan. Bosan sangat!”

“Kau tak pandai menipu, Lia!”

Zalia tersentak. Wajah serius Suraya dipandang. Suraya, teman baik sejak dari kecil lagi tidak mungkin dapat ditipu, dia tahu itu. Mukanya yang sudah tidak pandai dicalitkan walau sedikit bedak, bibirnya yang tidak dilarikkan gincu serta hanya berbaju blaus dengan seluar biasa tidak langsung mencerminkan seorang Zalia yang selama ini begitu menjaga penampilan diri. Perubahan-perubahan itu mungkin kecil, namun dia tahu Suraya menyedarinya.

“Kau kelahi dengan Adam?”

Zalia menggeleng.

“Dia marah kau? Herdik kau?”

Geleng lagi!

“Zalia! Baik kau cakap dengan aku, apa yang dah berlaku. Kau jangan nak sorok! Kalau kau terus berperangai macam ni, nanti aku pergi ke MBM, dan cari Adam. Biar aku mintak penjelasan dia pulak!” Ugut Suraya. Hanya itu saja cara untuk dia mengetahui sebab kepada pertemuan mereka berdua ini.

Lama.... terlalu lama masa dibiarkan berlalu sebelum Zalia mendongak dengan sepasang mata yang berkaca untuk memberitahu kepada Suraya tentang....

“Adam dah kahwin lagi satu, Su. Nama perempuan tu, Marissa Haiza binti Datuk Sulaiman. Mereka kahwin 3 bulan dulu, di Narathiwat, Selatan Thailand. Aku jumpa surat nikah mereka tersorok dalam beg kerja Adam yang dah lama tidak digunakannya.”

Mata bundar Suraya membuntang memandang wajah Zalia. Menghantar soalan penuh tanda tanya, “Betulkah?” 

Ulasan

  1. nak lagi~! ;)

    BalasPadam
  2. salam...
    cik applemints, lama x nampak. welcome back dan sengaja sofi nak bagi u all geram hehe
    anonymous, dah bersambung
    anonymous, nak lg sedih, tak?

    BalasPadam
  3. kak sofi..jgn lah gantung lama sangat cite ni.
    kalau boleh nak habiskan dlm blog ni.
    geram sangat dengan adam tu

    BalasPadam
  4. ~sdey..
    sy paling x suka..
    sakitnya hati..
    nauzubillah..~`

    BalasPadam

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.

Catatan popular daripada blog ini

Cerpen: Dia Idaman Jiwa

1
“Hi, boleh aku duduk kat sini?”

Aliah mendongak. Demi terpandang sahaja wajah itu, air mukanya terus berubah. Riak tidak senang ditunjukkan kepada lelaki itu.

“Cepatlah jawab! Senang aje soalan aku tu. Boleh, jawablah boleh...”

“Kalau saya jawab tak boleh?”

Abid terus menarik kerusi yang bertentangan dengan gadis itu.

“Aku tetap duduk sini jugak.” Balasnya sambil tersengih-sengih.

“Macam tak ada tempat lain!”

“Banyak! Sana kosong. Tu, di belakang kau tu pun kosong. Tapi, aku saja aje nak duduk depan kau. Dah sebulan aku cari kau tapi tak jumpa-jumpa. Alhamdulillah, hari ini dapat juga. Kau apa khabar? Sihat?”

Aliah tidak menyahut. Sebaliknya, dia terus menyuap dan kali ini suapannya sengaja dilajukan, tidak lagi menikmati nasi campur yang dimakan. Ketika itu, dia hanya berkeinginan untuk cepat-cepat menyudahkan makan tengah harinya supaya dia dapat pergi dari situ dengan segera. Dia tidak mahu mengadap muka lelaki yang kini sedang berada di hadapannya walau sehebat, sekacak mana se…

Yang Terakhir: Versi Cerpen

1
“Kau dah habis fikir ke, Khairi? Perempuan macam Najiha tu kau nak bawak ke majlis Annual Dinner kita? Tak malu ke nanti bila orang gelakkan kau?” tanya Hafiz sambil mengerutkan dahi. Dia keliru dengan sikap Khairi Iqbal. Rasanya, selama mereka berkawan, belum pernah walau sekali pun, Khairi memuji gadis yang seorang itu. Gadis yang bernama Izzatul Najiha. Tup tup, hari ini, dia buat keputusan hendak menjadikan Najiha pasangannya semasa majlis kemuncak nanti. Hisy, pelik betul!
“Malu, memanglah aku malu! Tapi aku cuma nak gunakan dia saja. Nak buat Amalina cemburu.” Balas Khairi sambil menyisip air lemon perlahan. Sejuk rasa kerongkongnya bila air itu menerobos masuk ke dalam rongga.
Mata Hafiz buntang. Kepala tergeleng-geleng.
“Kenyataan kau tu lagi buat aku tak faham! Kalau kau nak buat Amalina cemburu, kau patut bawak perempuan lain. Bukan si Najiha yang macam hantu bungkus tu!”
Terlambak tawa Khairi Iqbal mendengar kata-kata sahabat baiknya itu. Hantu bungkus? Si Najiha tu?…

Inikah Cinta? : Versi Cerpen

1

"Ouch!"

Cepat-cepat Janet menghisap jari telunjuk yang terhiris tadi. Setelah kesakitan itu hilang, dia segera membasuh jari itu. Dia kemudian mengelap lalu membalut luka dengan plaster.

"Sakit? Itulah pasal. Mak Nah dah cakap, biar mak Nah aje yang buat tapi Janet degil sangat. Hendak jugak main-main pisau," sindir orang gajinya menyebabkan Janet ketawa besar.

"Inilah yang orang cakap, luka di tangan nampak berdarah. Luka di hati tak siapa tahu. Kan, mak Nah?"

Mak Nah melepaskan keluhan sebelum mencuri pandang ke arah wajah ayu di sisinya yang kini sedang tunduk dan berpaling ke arah lain. Hati mak Nah kini turut melagukan irama sedih yang pasti sedang berdendang dalam hati Janet. Biarpun sudah lama ia berlalu, pasti kenangan itu hadir kembali sebaik rangkap pepatah itu diungkap. Tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula kisah cinta penuh keindahan. Ke mana hendak dicampakkan?

"Dah enam tahun... dia tentu dah lupakan saya. Tentu dah kahwin…