Langkau ke kandungan utama

Sembuhkan luka ini 1

1

“Senyuman manismu menyegarkan pagiku. Bicara lembutmu menghidupkan hariku. Lenggok tubuhmu menggoda naluriku. Aku terpesona....”

Zalia tersenyum membaca coretan suaminya di atas sekeping kertas. Waktu itu, dia sedang mengemas meja kerja Adam di bilik bacaan, dalam rumah teres setingkat itu. Memang sudah menjadi kebiasaan bertahun-tahun, dia akan mengemas meja itu dan memasukkan segala dokumen keperluan suami ke dalam ‘briefcase’ lalu menyerahkannya, untuk dibawa ke pejabat.

Hari masih awal lagi. Suami sedang berada di ruang tamu bersama-sama anak ketiga mereka, Alia, yang baru berusia 8 bulan. Dua yang lain sudah ke rumah nenek mereka semalam.

“Hmm, laki aku ni! Dah dekat 5 tahun kahwin pun masih nak tulis ayat-ayat macam ni. Cakap terus terang pada aku, kan bagus?” omelnya sambil mengutip satu persatu kertas yang bersepahan. Ketika itulah sepasang mata tertancap pada suatu nama yang tertera di atas kertas terakhir, di bawah sekali.

Marissa.

“Marissa? Siapa Marissa?” hati berdetik.

“Sayang? Kemas apa lambat sangat tu? Abang dah lewat ni, yang!” Tegur Adam di muka pintu sambil melihat isteri yang sedang tunduk dan tekun menatap sekeping kertas. Ketika ingin mendekat, Zalia sudah pun berpaling ke arahnya. Seperti biasa, sekuntum senyuman sudah terukir di bibir mungil.

“Jom!” Tangan suami dicapai dan dikucup mesra. Hati dan fikiran dibawa lari daripada memikirkan tentang Marissa.

“Hari ini abang balik lambat sikit. Ada kawan abang sambut hari jadi hari ini, jadi kami ramai-ramai akan ke Kenny Rogers, The Mall, untuk jamu selera. So, sayang nak ayam? Nanti abang bungkus bawak balik untuk sayang.” Kata Adam sebaik dia menurunkan cermin kereta.

“Selalu juga balik lambat sekarang, ya, bang?”

Adam ketawa. Lucu bila Zalia menyebut begitu. Selama ini, Zalia tidak kisah dia balik lambat pun. Rupa-rupanya dia menyedari juga.  

“Abang kerja, sayang. Serius bekerja demi masa depan kita anak beranak. Soalan abang Lia tak jawab lagi. Nak tak ayam kegemaran Lia tu?” Soalnya sambil tersenyum.

Zalia turut tersenyum namun dia tahu senyumnya tidak semanis selalu. Apakah Adam juga menyedarinya?

“Tak naklah! Dah jemu!” balasnya.

Adam menjungkitkan kening, jelas dia tidak mempercayai jawapan itu. Pelik pula dirasakan tingkah Zalia hari ini. Di dalam kepala isterinya bagaikan sedang memikir-mikirkan sesuatu. Apakah agaknya yang sedang difikirkan itu?

Sebaik Adam dan kereta Volkswagen Polonya berlalu, Zalia berlari memasuki rumah. Dia meluru ke arah telefon. Satu nombor didail. Terasa sangat lambat mendengar suara di hujung talian.

“Hello, Syarikat MBM Sdn Bhd. Boleh saya bantu anda?” suara lembut menyambut panggilannya.

“Assalamualaikum. Boleh saya bercakap dengan Cik Marissa? Dia dah sampai?”

Menanti jawapan adalah suatu penyiksaan buat Zalia. Risau bukan kepalang. Bagaimana kalau nama itu benar-benar wujud di pejabat suaminya? Bagaimana sekiranya nama itu milik seorang yang istimewa bagi Adam selain dirinya? Bagaimana kalau itu ialah nama pesaingnya?

“Puan Marissa belum masuk ofis lagi. Ada apa-apa pesanan untuk dia?”  

Ulasan

  1. puan marissa...??
    adam dah kawen ke ngn pmpuan 2....
    wah...
    curious nak thu...

    BalasPadam
  2. salam..
    kak sofi,best nye bile bca n3 ni...
    tp jgn la wat novel yg pnjg...
    novel pendek mgkn okey!!!
    hehe :)

    BalasPadam
  3. sambung cepat2 cikgu! huhuhu

    BalasPadam
  4. salam epy, sila baca sambungannya, hehe
    anonymous, cerpen je dik, pendek!
    hana aniz, dah sambungpun hmm

    BalasPadam
  5. sakit jiwa baca awalnya dah kena madu

    BalasPadam
  6. salam itu aku, okey
    anonymous, jgn sakit hehe

    BalasPadam

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.

Catatan popular daripada blog ini

Cerpen: Dia Idaman Jiwa

1
“Hi, boleh aku duduk kat sini?”

Aliah mendongak. Demi terpandang sahaja wajah itu, air mukanya terus berubah. Riak tidak senang ditunjukkan kepada lelaki itu.

“Cepatlah jawab! Senang aje soalan aku tu. Boleh, jawablah boleh...”

“Kalau saya jawab tak boleh?”

Abid terus menarik kerusi yang bertentangan dengan gadis itu.

“Aku tetap duduk sini jugak.” Balasnya sambil tersengih-sengih.

“Macam tak ada tempat lain!”

“Banyak! Sana kosong. Tu, di belakang kau tu pun kosong. Tapi, aku saja aje nak duduk depan kau. Dah sebulan aku cari kau tapi tak jumpa-jumpa. Alhamdulillah, hari ini dapat juga. Kau apa khabar? Sihat?”

Aliah tidak menyahut. Sebaliknya, dia terus menyuap dan kali ini suapannya sengaja dilajukan, tidak lagi menikmati nasi campur yang dimakan. Ketika itu, dia hanya berkeinginan untuk cepat-cepat menyudahkan makan tengah harinya supaya dia dapat pergi dari situ dengan segera. Dia tidak mahu mengadap muka lelaki yang kini sedang berada di hadapannya walau sehebat, sekacak mana se…

Yang Terakhir: Versi Cerpen

1
“Kau dah habis fikir ke, Khairi? Perempuan macam Najiha tu kau nak bawak ke majlis Annual Dinner kita? Tak malu ke nanti bila orang gelakkan kau?” tanya Hafiz sambil mengerutkan dahi. Dia keliru dengan sikap Khairi Iqbal. Rasanya, selama mereka berkawan, belum pernah walau sekali pun, Khairi memuji gadis yang seorang itu. Gadis yang bernama Izzatul Najiha. Tup tup, hari ini, dia buat keputusan hendak menjadikan Najiha pasangannya semasa majlis kemuncak nanti. Hisy, pelik betul!
“Malu, memanglah aku malu! Tapi aku cuma nak gunakan dia saja. Nak buat Amalina cemburu.” Balas Khairi sambil menyisip air lemon perlahan. Sejuk rasa kerongkongnya bila air itu menerobos masuk ke dalam rongga.
Mata Hafiz buntang. Kepala tergeleng-geleng.
“Kenyataan kau tu lagi buat aku tak faham! Kalau kau nak buat Amalina cemburu, kau patut bawak perempuan lain. Bukan si Najiha yang macam hantu bungkus tu!”
Terlambak tawa Khairi Iqbal mendengar kata-kata sahabat baiknya itu. Hantu bungkus? Si Najiha tu?…

Inikah Cinta? : Versi Cerpen

1

"Ouch!"

Cepat-cepat Janet menghisap jari telunjuk yang terhiris tadi. Setelah kesakitan itu hilang, dia segera membasuh jari itu. Dia kemudian mengelap lalu membalut luka dengan plaster.

"Sakit? Itulah pasal. Mak Nah dah cakap, biar mak Nah aje yang buat tapi Janet degil sangat. Hendak jugak main-main pisau," sindir orang gajinya menyebabkan Janet ketawa besar.

"Inilah yang orang cakap, luka di tangan nampak berdarah. Luka di hati tak siapa tahu. Kan, mak Nah?"

Mak Nah melepaskan keluhan sebelum mencuri pandang ke arah wajah ayu di sisinya yang kini sedang tunduk dan berpaling ke arah lain. Hati mak Nah kini turut melagukan irama sedih yang pasti sedang berdendang dalam hati Janet. Biarpun sudah lama ia berlalu, pasti kenangan itu hadir kembali sebaik rangkap pepatah itu diungkap. Tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula kisah cinta penuh keindahan. Ke mana hendak dicampakkan?

"Dah enam tahun... dia tentu dah lupakan saya. Tentu dah kahwin…