Langkau ke kandungan utama

satu antara lima ...hmm

sahabat, rakan, taulan, kengkawan....


di bawah ini rangkuman sinopsis cintaku satu....yg dihantar oleh kawan2. 
apa yg perlu anda lakukan?
mudah sahaja:- 
1. anda baca
2. anda nilai dan pilih di poll yg akan sofi bubuh nanti
3 anda hantarkan komen tidak lebih dpd 20 patah perkataan ttg mengapa anda suka sinopsis itu. 


apa ganjarannya?
komen yg paling sofi suka, akan mendapat hadiah novel cintaku satu yg sofi tanda tangan sekiranya novel itu diterbitkan nnt. 
kl x terbit? hehe....ntah? malulah sofi..... tp kita sama2lah doakan, betul tak?
........................................................................


sinopsis 1 ini dpd kira yamato namanya. terima kasih, kira! dan tahniah!

          Benarkah cinta itu buta?
          Benarkah wujudnya cinta pandang pertama?
          Benarkah cinta itu bermula dari mata turun ke hati?
Inilah yang dialami oleh Taufik Azhari pertama kali bertemu dengan Nurul Hana ketika berada di feri walaupun ketika itu tiada salam perkenalan dihulurkan hanya pandangan mata yang memerhatikan gerak-geri tanpa diketahui oleh Ana….

Tanpa diduga takdir Allah menemukan Taufik dan Ana selepas 3 tahun peristiwa itu, dan kini Irfan berada di antara mereka…Bagi Ana, wasiat kakaknya perlu dipenuhi dan sesekali tidak akan melepaskan Irfan kepada keluarga mentuanya…Memerlukan bantuan Taufik untuk rawatan Irfan yang mengalami masalah jantung dan memerlukan pembedahan segera…Taufik pula mengambil peluang ini untuk mendapatkan Ana dan juga Irfan walaupun sebelum ini dia tidak mengetahui bahawa dia mempunyai seorang anak saudara…Kerana ingin menyelamatkan Irfan, Ana menerima tawaran daripada Taufik untuk mengahwini Taufik walaupun dia tidak menyintai Taufik….
Perkahwinan yang dimulai dengan paksaan akhirnya melahirkan rasa cinta dalam diri Ana buat Taufik Azahari…Ini melahirkan rasa bahagia buat Taufik Azahari yang selama ini menyintai Ana secara diam dan dari kejauhan. Kebahagian yang terjalin dicemari dengan masalah.  Ibu mertua yang selama ni menerima kehadirannya mula mencurigai kejujurannya mengahwini Taufik.  Kemunculan Azim menambahkan lagi kekusutan Nurul Hana dengan menyebarkan fitnah mengenai suami dan juga kakaknya….  Benarkah  Taufik mempunyai hubungan cinta dengan kakaknya Nurul Liyana sebelum mengahwininya……Dalam menyelesaikan masalah yang timbul Ana diduga dengan pemergiaan Taufik Azhari…
Walau apa pun masalah yang datang, Nurul Hana menghadapinya dengan tenang...mendapatkan kepercayaan ibu mertua dan mempertahankan rasa cintanya buat suami…Apakah motif Azim menunjukkan bukti perhubungan antara Taufik dan Nurul Liyana…Berjayakah Akmal Basha membalas dendam terhadap Taufik Azahari…
.......................................................................
sinopsis 2 ini dpd nurul amira mohd isa namanya. terima kasih, nurul amira! dan tahniah!
Nurul Hana seorang gadis yang utuh pendirian. Namun kasih buat anak buahnya, Irfan yang bergelar yatim piatu  membuatkan dia terpaksa melangkah menemui lelaki yang paling ingin dihindari.
Taufik Azhari dengan senang hati membantu kerana Analah gadis yang selama ini mengisi ruang minda sejak pandang pertama lagi.Tambahan pula Irfan juga amanah dari adiknya  yang pelu dijaga rapi.
Tetapi dia sedar bukan mudah untuk menggenggam cinta gadis itu. Lalu Irfan dijadikan taruhan supaya Ana menjadi miliknya yang sah.
Kata orang  tak kenal maka tak cinta. Bila sudah kenal tak sanggup pula berpisah. Itulah yang terjadi di awal perkahwinan mereka. Segala rasa cinta disulam bersama.
Namun demi sebuah dendam, ada orang yang cuba membunuh Taufik. Sekaligus membawa Taufik pergi jauh dari Ana. Kini Ana keseorangan meniti hidupnya yang semakin kelam. Tiada lagi gurauan dan cinta si suami buatnya. Namun dia terus berdiri walau kini tiada yang menemani. 
Lantaran rasa ingin tahu dan amarah yang mulai menguasai diri, Ana menjadi berani untuk menyelongkar kejadian di sebalik kematian Taufik. Segala bukti diterjemah sendiri.
Tetapi gerak gerinya yang dihidu musuh membuatkan dirinya terperangkap dalam bahaya.
Adakah orang yang  datang meyelamatkannya?
Atau dia juga akan turut dibunuh seperti Taufik?
Semuanya dalam Cintaku Satu.
....................................................................................
sinopsis 3 ini dpd zue epy namanya. terima kasih, zue epy! dan tahniah! 
Taufik Azhari
Nurul Hana..lelah  aku mengejar  bayangmu..pandang pertama membuat aku nanar mencari si bidadari. Pesonamu memukau pandangan, pilu airmukamu sentiasa segar di ingatan sehingga memadamkan sinisnya pertuturanmu. Bagaikan satu sumpahan  aku terus mancari siapakah dirimu...Lalu kusematkan tekad di hati engkau akan kumiliki dan hanya aku yang berhak menjadi pemilik sekeping hati milikmu. Takdir tuhan menemukan engkau kembali kepadaku. Engkau hadir mengharapkan sebuah pertolongan dan aku pasti tidak keberatan namun ada balasannya. Mungkin ini satu paksaan, sungguh bukan niatku untuk mengambil kesempatan tapi hanya itu cara yang ku punya agar engkau kumiliki. Akan aku bahagiakanmu suri hatiku.
Nurul Hana
Kerana kasihku terhadap Irfan, apakah aku  wajar dijadikan cagaran. Perlukah aku membuat perngorbanan sebesar ini. Sudah berulang kali ku katakan tiada cinta di hati untuk mu, lalu bahasa apa lagi harusku lafazkan agar kau bisa mengerti. Taufik Azhari, engkau terlalu bijak mengambil kesempatan  dalam kesempitan sehingga aku tidak punya pilihan  Menolak bererti aku kehilangan Irfan, namun menerima bererti perasaan ku harus ku korbankan. Aku  keliru di persimpangan  antara wasiat seorang kakak dan sekeping hati ini yang  mana harus aku utamakan?
Azim
Biar apa pun statusmu Ana, akan aku pastikan engkau menjadi milikku. Biar abangku sendiri  meragui tindak tandukmu namun aku lebih tahu siapa diri mu. Engkau  gadisku, akan aku rebut walau siapa pemilik asalmu kerana  engkau untukku. Aku punya seribu satu cara untuk menakluki hatimu. Jika dia yang menjadi penghalang aku memilikimu, aku ku  hapuskan halangan itu.
Kerana Irfan, Ana redha menerima Taufik Azhari sebagai suami. Romantisnya layanan Taufik memadamkan segala keraguan di  hati Ana sehingga dia lupa perkahwinan mereka atas dasar apa. Namun manisnya bulan madu bertukar gerhana apabila bukti kecurangan Taufik terbentang di hadapan mata. Ditambah pula dengan kerenah ibu mertua yang menuduh Ana menikahi anaknya  kerana harta.
Kerana cinta, Ana tekad  mencari bukti kecurangan Taufik. Dia mampu menarik nafas lega kerana itu semua hanya dusta. Di saat dia kembali  menikmati bahagia, Taufik Azhari diragut pergi meninggalkan satu amanah yang sukar untuk dilaksana. Ana menggagahkan diri meniti hari-hari mencabar dalam hidupnya.
Apakah bahagia masih ada untuknya?
....................................................................
sinopsis 4 ini dpd ana joe namanya. terima kasih, ana joe! dan tahniah! 
Percaya atau tidak pertemuan kali pertama di jeti telah bisa membuatkan lelaki kacak seperti Taufik Azhari jatuh cinta. Apa kata orang, cinta pandang pertama! Malah kepada gadis kampung yang bernama Nurul Hana. Wajahnya ayu serta genit tubuhnya telah bisa mencairkan hati lelaki itu. Tidak disangka pertemuan tidak sengaja itu membibitkan cinta dalam jiwa lelaki itu. Namun, pertemuan kali kedua setelah tidak tahun lamanya telah menentukan segalanya. Pertemuan yang telah membawa wanita ini dalam dilema dalam pertaruhan seorang kanak-kanak lelaki yang sudah menjadi darah dagingnya sendiri iaitu Irfan. Antara rela dan dalam paksa Hana telah memilih untuk mendirikan mahligai bersama Taufik.
Perasaannya yang telah ditolak ke tepi hanya untuk menyelamatkan nyawa kana-kanak yang bermakna dalam hidupnya. Benci bertukar menjadi sayang, marah berganti dengan rindu apabila kehadiran lelaki itu telah mengubah perasaannya, telah menggugatnya jiwa perempuannya lalu melahirkan nilai kasih dan cinta. Dalam tanpa sedar kebahagiaan Taufik dan Ana merupakan musuh kepada Akmal Basha. Sangkanya panas sampai ke petang, rupanya hujan di tengahari. Kematian Taufik telah menghempap perasaan Ana. Membuat jiwanya nanar, dunianya gelap seketika dan masih teraba-raba dalam kecerahan dunia.
Namun pada itu, Ana membulat satu tekad yang disemat dalam hati untuk mencari pembunuh suaminya! Dalam leka pencariannya Ana hampir menamatkan riwayatnya di tangan Akmal. Tetapi, dengan kuasa Allah swt dia diselamatkan daripada menjadi mangsa lelaki durjana itu. Siapakah yang suci hatinya menyelamatkan Ana? Dan apakah pula hubungan Liyana dan Taufik? Pelbagai misteri cinta yang telah berjaya diungkap dalam tinta Cintaku Satu.
..........................................................
sinopsis 5 ini dpd fred dianza namanya. terima kasih, fred dianza! dan tahniah! 
Nurul hana
Si gadis manis lembut tapi tegas. Demi Irfan dia rela menjadi galang gantinya. Namun untuk itu bererti dia menyerah diri kepada Taufik si degil kepala batu sungguh tidak makan saman. Apakah ujian ini mampu aku pikul Ya Allah. Akhirnya si manis Nurul Hana redha dengan ketentuanNYA.
Taufiq
Jejaka kelas pertama punya segalanya tapi hatinya kosong tak berpenghuni. Namun terus berbunga saat melihat wajah si manis Nurul Hana. Siang malam Taufiq termimpi-mimpi wajah manis itu.Tapi sayang bila mereka bertemu si manis Nurul Hana tak pandang wajahnya walau seinci.Tekadnya akan aku tawan hatimu Ana sayang walau seribu kali kau tanam benci.
Dalam mereka menanam sayang bersama  ada cemburu yang mengintai. Goyahkah kasih sayang Ana dengan fitnah itu. Bagaimanakah Taufik menyingkirkan musuh dalam selimut mereka?
“Walau seribu datang menagih  sekeping hati kecilku, namun kaulah pemilik cintaku yang satu.”
...............................................................................
sofi serahkan kepada anda peminat cintaku satu untuk memilih antara 5 sinopsis ini, yg manakah yg terbaik utk kita muatkan di belakang novel cintaku satu nanti. 

Ulasan

  1. silent reader here.

    well i choose the 3rd one.ana joe(if im not mistaken).
    simple,tapi padat.good for summary.ada penegasan(seru)dan tanda tanya(?)dalam summary dia.its good though.and last but not least,her name also ana!hehe.my opinion:)

    BalasPadam
  2. sama-sama kasih, ana joe hehe

    BalasPadam

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.

Catatan popular daripada blog ini

Cerpen: Dia Idaman Jiwa

1
“Hi, boleh aku duduk kat sini?”

Aliah mendongak. Demi terpandang sahaja wajah itu, air mukanya terus berubah. Riak tidak senang ditunjukkan kepada lelaki itu.

“Cepatlah jawab! Senang aje soalan aku tu. Boleh, jawablah boleh...”

“Kalau saya jawab tak boleh?”

Abid terus menarik kerusi yang bertentangan dengan gadis itu.

“Aku tetap duduk sini jugak.” Balasnya sambil tersengih-sengih.

“Macam tak ada tempat lain!”

“Banyak! Sana kosong. Tu, di belakang kau tu pun kosong. Tapi, aku saja aje nak duduk depan kau. Dah sebulan aku cari kau tapi tak jumpa-jumpa. Alhamdulillah, hari ini dapat juga. Kau apa khabar? Sihat?”

Aliah tidak menyahut. Sebaliknya, dia terus menyuap dan kali ini suapannya sengaja dilajukan, tidak lagi menikmati nasi campur yang dimakan. Ketika itu, dia hanya berkeinginan untuk cepat-cepat menyudahkan makan tengah harinya supaya dia dapat pergi dari situ dengan segera. Dia tidak mahu mengadap muka lelaki yang kini sedang berada di hadapannya walau sehebat, sekacak mana se…

Yang Terakhir: Versi Cerpen

1
“Kau dah habis fikir ke, Khairi? Perempuan macam Najiha tu kau nak bawak ke majlis Annual Dinner kita? Tak malu ke nanti bila orang gelakkan kau?” tanya Hafiz sambil mengerutkan dahi. Dia keliru dengan sikap Khairi Iqbal. Rasanya, selama mereka berkawan, belum pernah walau sekali pun, Khairi memuji gadis yang seorang itu. Gadis yang bernama Izzatul Najiha. Tup tup, hari ini, dia buat keputusan hendak menjadikan Najiha pasangannya semasa majlis kemuncak nanti. Hisy, pelik betul!
“Malu, memanglah aku malu! Tapi aku cuma nak gunakan dia saja. Nak buat Amalina cemburu.” Balas Khairi sambil menyisip air lemon perlahan. Sejuk rasa kerongkongnya bila air itu menerobos masuk ke dalam rongga.
Mata Hafiz buntang. Kepala tergeleng-geleng.
“Kenyataan kau tu lagi buat aku tak faham! Kalau kau nak buat Amalina cemburu, kau patut bawak perempuan lain. Bukan si Najiha yang macam hantu bungkus tu!”
Terlambak tawa Khairi Iqbal mendengar kata-kata sahabat baiknya itu. Hantu bungkus? Si Najiha tu?…

Inikah Cinta? : Versi Cerpen

1

"Ouch!"

Cepat-cepat Janet menghisap jari telunjuk yang terhiris tadi. Setelah kesakitan itu hilang, dia segera membasuh jari itu. Dia kemudian mengelap lalu membalut luka dengan plaster.

"Sakit? Itulah pasal. Mak Nah dah cakap, biar mak Nah aje yang buat tapi Janet degil sangat. Hendak jugak main-main pisau," sindir orang gajinya menyebabkan Janet ketawa besar.

"Inilah yang orang cakap, luka di tangan nampak berdarah. Luka di hati tak siapa tahu. Kan, mak Nah?"

Mak Nah melepaskan keluhan sebelum mencuri pandang ke arah wajah ayu di sisinya yang kini sedang tunduk dan berpaling ke arah lain. Hati mak Nah kini turut melagukan irama sedih yang pasti sedang berdendang dalam hati Janet. Biarpun sudah lama ia berlalu, pasti kenangan itu hadir kembali sebaik rangkap pepatah itu diungkap. Tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula kisah cinta penuh keindahan. Ke mana hendak dicampakkan?

"Dah enam tahun... dia tentu dah lupakan saya. Tentu dah kahwin…