Langkau ke kandungan utama

143. salah siapa?

zaman ini zaman materialistik. semua benda kena pakai duit. semua perlukan duit. semua mesti ada duit. untuk itu, pasangan suami isteri muda, rata2, dua2 bekerja.
yg berpelajaran, tentunya bekerja kolar putih. gaji besar.
yg biasa2, kerja jugak. kerja kilang, buruh asalkan ada duit.
jadi bila bekerja, anak siapa nak jaga, kan? iyalah, kl dah namanya pasangan mestilah beranak. so bila beranak, ada anak, tentulah anak itu perlu dijaga seseorang semasa si ibu dan si ayah bekerja.
maka....yg pasti akan ada dua pilihan.

Pilihan 1 - ambil maid, bayar ribu2, bawak masuk dlm rumah kita, kita tak susah sangat sbb agensi dah ajar dan sediakan dia utk jadi pembantu rumah kita ataupun utk mengasuh anak. beres.
Pilihan 2 - hantar anak kepada pengasuh. ada yg mmg berdaftar..maka bolehlah bela ramai2 kat situ. siapa saja boleh hantar anak mereka, dr umur sehari hinggalah biasanya...5 thn, kan? kat sini, makan disediakan, mak bapak bayar aje, kl x silap aku, lah. maklum lama tak beranak kecil...

ada juga yg hantar pd pengasuh. yg ni x berdaftar. pengasuh sebegini biasanya, seorg yg penyayang, ambil 2,3 org anak kwn....itupun setelah kawan mendesak meminta tolong.

namun kejadian yg berlaku kelmarin, sungguh menyedihkan. bacalah!


“Anak saya membuka mata dan tersenyum apabila saya mengejutkannya dari tidur, malah kelihatan sihat ketika saya menghantarnya ke rumah pengasuh sebelum ke tempat kerja,”  (harap maaf, aku x nak mskkan nama, okey!)


Anak sulung pasangan muda ini yang masing-masing bekerja, dijaga pengasuh sejak lebih tiga bulan lalu. Difahamkan, pengasuh yang menjaga arwah turut menjaga empat kanak-kanak lain termasuk dua kembar selain empat anaknya sendiri.

Kejadian itu yang ketiga membabitkan kematian bayi ketika dijaga pengasuh atau pusat asuhan di sini, dalam tempoh dua bulan selepas dua kes membabitkan kematian bayi masing-masing empat dan sembilan bulan, akibat tersedak susu.

Si ibu berkata, anaknya sihat dan sangat aktif malah sudah pandai meniarap serta tidak nampak sebarang perubahan atau tanda menunjukkan dia sakit.

“Biasanya pengasuh akan memaklumkan kepada saya jika anak meragam, tetapi pada hari itu (kejadian) saya tidak menerima sebarang mesej. 
Bagaimanapun, saya menghubungi pengasuh bagi mengetahui keadaan anak saya dan dia bagitau yang anak saya baik dan aktif serta suka meniarap,” katanya ketika ditemui Harian Metro di bilik mayat Hospital Putrajaya di sini, semalam. 

Sambil menitiskan air mata, ibu muda itu berkata bahawa dia redha dan menerima pemergian anak sulungnya itu. 

Mengimbas kembali insiden itu, dia menerima panggilan pengasuh kira-kira jam 1 tengah hari supaya mengambil anaknya dengan segera kerana dimaklumkan bayinya itu berada dalam keadaan sungguh lemah. Menurutnya, dia meminta suami yang kebetulan berada di rumah kerana bekerja syif malam mengambil anak mereka. Ketika suaminya pergi mengambil, anak mereka sudah lembik dan tidak sedarkan diri, malah badannya biru selain ada kesan darah pada hidungnya. Melihat keadaan anak yang kritikal suami menghantarnya ke hospital. Ketika diberi rawatan kecemasan, denyutan jantung anak berhenti menyebabkan doktor memberikan kejutan elektrik. Selepas itu baru jantungnya kembali berdenyut, tetapi bayi itu masih tidak sedarkan diri. 

Bayi itu kemudian dipindahkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU), namun malang, si comel disahkan meninggal dunia kira-kira jam 9.30 pagi semalam, selepas lebih 24 jam bertarung dengan maut. Hasil pemeriksaan doktor mendapati, ada pendarahan pada otak, tetapi tidak begitu ketara dan ia tidak boleh menjadi punca kematian bayi terbabit. Doktor membuat bedah siasat petang ini (semalam) untuk mengenal pasti punca kematian. Si suami membuat laporan di Balai Polis Daerah (IPD) Putrajaya, petang kelmarin, kerana mengesyaki mangsa didera berikutan terdapat pendarahan dalam kepala, selain hidungnya berdarah. 

“Jika laporan bedah siasat mendapati anak saya didera, saya tidak akan teragak-agak mengambil tindakan undang-undang terhadap pengasuh itu.” kata ibu malang itu.  

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Abdul Razak Abdul Majid ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu. Bagaimanapun, beliau enggan mengesah sama ada bayi terbabit didera atau sebaliknya kerana berdasarkan keterangan pengasuh, bayi terbabit jatuh di rumah menyebabkan hidung dan kepalanya berdarah. 

“Kita tunggu keputusan bedah siasat,” katanya.
................
aku nak cakap sikitlah...

1. kpd pasangan suami isteri yg muda-muda...jika suami mampu menyara hidup sekeluarga, isteri usahlah bekerja. duduklah di rumah, jaga anak. hey...hey... ada yg marah, ek? iyalah, korang kan dah belajar sampai msk U, aku suruh korang duduk diam di rumah aje. mana boleh, kan? tp..lihatlah harga yg anda terpaksa bayar utk bekerja. tak apa, pilihan di tangan anda.

2. kdg2 aku tgk jugak, mak bapak yg bekerja ni, pelik sikit. katalah mak kerja malam, bapak kerja siang. yg korang hantar anak ke pengasuh sampai 24 jam siapa suruh? bila masa korang nak main dan manja2 ngan anak? korang kira senang korang aje... x jaga hati pengasuh langsung. alasannya? nnt korng cakap, kitorang dah bayar pengasuh tu, apa? bajetlah dia kena jaga baby?
hmm...tak boleh ke buat cam ni?. 
ok, bapak kerja sampai pukul 5, isteri masih ada di rumah, kan.. so, sepatutnya anak masih di rumah. nnt mlm isteri pulak kerja, suamilah jaga anak. 
tu dia, x payah hantar, jimat duit, kasih antara anak mak bapak pun bercambah. 
tp, kl korang asyik berkira, korang penatlah, korang nak rehatlah, korang x cukup tidurlah...tanggunglah akibatnya!

3. kpd pengasuh, jika anda bukan seorang yg penyayang terhadap kanak-kanak, hentikanlah! usahlah bercita2 hendak menjadi pengasuh. usahlah hendak membela dan memelihara anak orang. jadi pengasuh mmg byk duit tp tanggungjawabnya sangat berat sebab.... 
andalah pengganti ibu anak2 tersebut. faham tak tu?

cukuplah..
hatiku sedih ni....   

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Cerpen: Dia Idaman Jiwa

1
“Hi, boleh aku duduk kat sini?”

Aliah mendongak. Demi terpandang sahaja wajah itu, air mukanya terus berubah. Riak tidak senang ditunjukkan kepada lelaki itu.

“Cepatlah jawab! Senang aje soalan aku tu. Boleh, jawablah boleh...”

“Kalau saya jawab tak boleh?”

Abid terus menarik kerusi yang bertentangan dengan gadis itu.

“Aku tetap duduk sini jugak.” Balasnya sambil tersengih-sengih.

“Macam tak ada tempat lain!”

“Banyak! Sana kosong. Tu, di belakang kau tu pun kosong. Tapi, aku saja aje nak duduk depan kau. Dah sebulan aku cari kau tapi tak jumpa-jumpa. Alhamdulillah, hari ini dapat juga. Kau apa khabar? Sihat?”

Aliah tidak menyahut. Sebaliknya, dia terus menyuap dan kali ini suapannya sengaja dilajukan, tidak lagi menikmati nasi campur yang dimakan. Ketika itu, dia hanya berkeinginan untuk cepat-cepat menyudahkan makan tengah harinya supaya dia dapat pergi dari situ dengan segera. Dia tidak mahu mengadap muka lelaki yang kini sedang berada di hadapannya walau sehebat, sekacak mana se…

Yang Terakhir: Versi Cerpen

1
“Kau dah habis fikir ke, Khairi? Perempuan macam Najiha tu kau nak bawak ke majlis Annual Dinner kita? Tak malu ke nanti bila orang gelakkan kau?” tanya Hafiz sambil mengerutkan dahi. Dia keliru dengan sikap Khairi Iqbal. Rasanya, selama mereka berkawan, belum pernah walau sekali pun, Khairi memuji gadis yang seorang itu. Gadis yang bernama Izzatul Najiha. Tup tup, hari ini, dia buat keputusan hendak menjadikan Najiha pasangannya semasa majlis kemuncak nanti. Hisy, pelik betul!
“Malu, memanglah aku malu! Tapi aku cuma nak gunakan dia saja. Nak buat Amalina cemburu.” Balas Khairi sambil menyisip air lemon perlahan. Sejuk rasa kerongkongnya bila air itu menerobos masuk ke dalam rongga.
Mata Hafiz buntang. Kepala tergeleng-geleng.
“Kenyataan kau tu lagi buat aku tak faham! Kalau kau nak buat Amalina cemburu, kau patut bawak perempuan lain. Bukan si Najiha yang macam hantu bungkus tu!”
Terlambak tawa Khairi Iqbal mendengar kata-kata sahabat baiknya itu. Hantu bungkus? Si Najiha tu?…

Inikah Cinta? : Versi Cerpen

1

"Ouch!"

Cepat-cepat Janet menghisap jari telunjuk yang terhiris tadi. Setelah kesakitan itu hilang, dia segera membasuh jari itu. Dia kemudian mengelap lalu membalut luka dengan plaster.

"Sakit? Itulah pasal. Mak Nah dah cakap, biar mak Nah aje yang buat tapi Janet degil sangat. Hendak jugak main-main pisau," sindir orang gajinya menyebabkan Janet ketawa besar.

"Inilah yang orang cakap, luka di tangan nampak berdarah. Luka di hati tak siapa tahu. Kan, mak Nah?"

Mak Nah melepaskan keluhan sebelum mencuri pandang ke arah wajah ayu di sisinya yang kini sedang tunduk dan berpaling ke arah lain. Hati mak Nah kini turut melagukan irama sedih yang pasti sedang berdendang dalam hati Janet. Biarpun sudah lama ia berlalu, pasti kenangan itu hadir kembali sebaik rangkap pepatah itu diungkap. Tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula kisah cinta penuh keindahan. Ke mana hendak dicampakkan?

"Dah enam tahun... dia tentu dah lupakan saya. Tentu dah kahwin…