Luahan

apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

masih ingat pd kemalangan minggu lps yg ragut 12 nyawa di tpt kejadian n smlm satu lg meninggal? baca rayuan balu si pemandu bas.... Balu ...

146. rayuan balu

By Oktober 16, 2010

masih ingat pd kemalangan minggu lps yg ragut 12 nyawa di tpt kejadian n smlm satu lg meninggal? baca rayuan balu si pemandu bas....

Balu pemandu bas Ekspres Delima yang terbabit dalam kemalangan ngeri mengorbankan 12 nyawa di Kilometer 223 Lebuh Raya Utara-Selatan baru-baru ini merayu simpati masyarakat agar suaminya tidak dipersalahkan sepenuhnya. M. Jayarani, 47, berkata, dia sekeluarga sedih apabila masyarakat menuduh mendiang suaminya, R. Ramachandra, 52, dipengaruhi dadah dan alkohol ketika tragedi tersebut berlaku Ahad lalu. Paling mengecewakan beliau ialah apabila sesetengah pihak mendakwa kemalangan tersebut berpunca daripada masalah suaminya yang banyak berhutang dengan ah long.



"Ada yang dakwa suami saya bunuh diri kerana banyak hutang dengan ah long sedangkan dakwaan itu tidak benar sama sekali. Saya anggap kemalangan ini sebagai takdir yang boleh berlaku kepada sesiapa sahaja malah seingat saya, sepanjang 23 tahun dia menjadi pemandu bas, inilah kali pertama dia terbabit kemalangan," katanya.
bukan aku tak kesian pd si balu ni... tentulah kesian, kan. tp yalah, mudah je nak cakap anggaplah ini takdir. tp itulah...berhati2lah di jlnraya, ya!

You Might Also Like

0 comments

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.