Langkau ke kandungan utama

149. ragam yg muda

dia tahu, dia lebih cantik. dia tahu dia lebih bergaya. dia tahu dia lebih muda. sebab itu lelaki tua kerepot berumur 60 thn tu nak kahwin dgn dia, katanya...
mmg dia lebih cantik berbanding yg sorang lagi. mmg dia lebih bergaya sbb dia ni kerja cikgu, yg sorang lg tu keje DO jek? Dapur Officer? muda? iyalah, dia ni  br 30, anak dara you! owh..dia tu dah 54 dah... 
masa blm kahwin, cikgu ni janji, dia tak kan claim apa2 pd lelaki tu. lelaki tu punyalah seronok. bayangkanlah.. lelaki tu cuci kaki msk rumah si perempuan. cikgu tu semuanya lengkap adanya. dia cuma nak yg tu.... (maaf ya anak dara yg membaca, dah jd xxx18+ pulak, sowi!)
itu janji masa blm kahwin. 
bila dah kahwin?
br seminggu dua dah tunjuk perangai dah.
kl suami x balik umah dia, merajuklah jwbnyer.
suami kata, 
'yang, i mana boleh balik sini mlm2. kan i dah bg tau u dulu?'
dia jwb,
'i tak kira. i isteri u. i ada hak i jugak!'
pening utk kali pertama. haha...



maka, terkial2lah si suami nak bg alasan pd isteri tua.
yalah, nak bg tau kena pergi outstation...x boleh dah!
dia dah pencen. outstation apernyerrr?
jd dia pun cakap pd bini no 1..
"yang, abang nak pergi qiamullail kat masjid.... yalah kan, kubur dah panggil abang ni..."
isteri yg sibuk jaga cucu tu pun jwb,
"pergilah, bang. baguslah kalau abang ingat mati!"


isteri muda gembira bukan main. dah ada power sikit, kan? so, bila suami ni cilok aje..dia pun mulalah sms. x jwb sms, dia telefon. pening..pening kepala suami. geram pun ada. marah pun ada jugak. 
"u ni kan..knp x faham2? i kena lebihkan di sana, tau. dia x tahu i kahwin dgn u."
'kl camtu, biar i bg tau dia. biar i mintak izin dia spy u boleh jadi adil sikit."
"u dah giler?"
merajukkkk....iyalah, kan dia mintak suami berlaku adil. yg suami ckp dia giler.. haha!

isteri tua tgk suami selalu menung pulak dah. isy, selalu sgt pergi qiamullail ni, dah takut sgt ke nak mati? fikirnya. diapun bgtau pd anak2. diorg pun balas; "mak, kan elok tu. mak nii..abah menung pun x boleh. dia ingat mati, mak, bukan dia ingat perempuan lain."
hmm...

nak dijadikan cerita, si suami pun sampai ajalnya. matilah dia. menangislah isteri tua. suami kesayangan yg baik dah tak ada. tiba2 anak perempuan dia panggil.
"mak, ada perempuan nak tengok jenazah ayah." 
"siapa?"
"err..."
"Siapa?"
cikgu muda tu dtg dekat dan cakap, "saya bini muda suami awak. dah setahun kami kahwin. anak kecil ni, benih dialah." 

kalau andalah isteri pertama tu, apakah perasaan anda?

p.s:bukan dongengan, okey. cerita betul tp karektor dan watak ubah sikit spy insan sebenar (kut2 kl terbaca, x kecil hati!)....

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Cerpen: Dia Idaman Jiwa

1
“Hi, boleh aku duduk kat sini?”

Aliah mendongak. Demi terpandang sahaja wajah itu, air mukanya terus berubah. Riak tidak senang ditunjukkan kepada lelaki itu.

“Cepatlah jawab! Senang aje soalan aku tu. Boleh, jawablah boleh...”

“Kalau saya jawab tak boleh?”

Abid terus menarik kerusi yang bertentangan dengan gadis itu.

“Aku tetap duduk sini jugak.” Balasnya sambil tersengih-sengih.

“Macam tak ada tempat lain!”

“Banyak! Sana kosong. Tu, di belakang kau tu pun kosong. Tapi, aku saja aje nak duduk depan kau. Dah sebulan aku cari kau tapi tak jumpa-jumpa. Alhamdulillah, hari ini dapat juga. Kau apa khabar? Sihat?”

Aliah tidak menyahut. Sebaliknya, dia terus menyuap dan kali ini suapannya sengaja dilajukan, tidak lagi menikmati nasi campur yang dimakan. Ketika itu, dia hanya berkeinginan untuk cepat-cepat menyudahkan makan tengah harinya supaya dia dapat pergi dari situ dengan segera. Dia tidak mahu mengadap muka lelaki yang kini sedang berada di hadapannya walau sehebat, sekacak mana se…

Yang Terakhir: Versi Cerpen

1
“Kau dah habis fikir ke, Khairi? Perempuan macam Najiha tu kau nak bawak ke majlis Annual Dinner kita? Tak malu ke nanti bila orang gelakkan kau?” tanya Hafiz sambil mengerutkan dahi. Dia keliru dengan sikap Khairi Iqbal. Rasanya, selama mereka berkawan, belum pernah walau sekali pun, Khairi memuji gadis yang seorang itu. Gadis yang bernama Izzatul Najiha. Tup tup, hari ini, dia buat keputusan hendak menjadikan Najiha pasangannya semasa majlis kemuncak nanti. Hisy, pelik betul!
“Malu, memanglah aku malu! Tapi aku cuma nak gunakan dia saja. Nak buat Amalina cemburu.” Balas Khairi sambil menyisip air lemon perlahan. Sejuk rasa kerongkongnya bila air itu menerobos masuk ke dalam rongga.
Mata Hafiz buntang. Kepala tergeleng-geleng.
“Kenyataan kau tu lagi buat aku tak faham! Kalau kau nak buat Amalina cemburu, kau patut bawak perempuan lain. Bukan si Najiha yang macam hantu bungkus tu!”
Terlambak tawa Khairi Iqbal mendengar kata-kata sahabat baiknya itu. Hantu bungkus? Si Najiha tu?…

Inikah Cinta? : Versi Cerpen

1

"Ouch!"

Cepat-cepat Janet menghisap jari telunjuk yang terhiris tadi. Setelah kesakitan itu hilang, dia segera membasuh jari itu. Dia kemudian mengelap lalu membalut luka dengan plaster.

"Sakit? Itulah pasal. Mak Nah dah cakap, biar mak Nah aje yang buat tapi Janet degil sangat. Hendak jugak main-main pisau," sindir orang gajinya menyebabkan Janet ketawa besar.

"Inilah yang orang cakap, luka di tangan nampak berdarah. Luka di hati tak siapa tahu. Kan, mak Nah?"

Mak Nah melepaskan keluhan sebelum mencuri pandang ke arah wajah ayu di sisinya yang kini sedang tunduk dan berpaling ke arah lain. Hati mak Nah kini turut melagukan irama sedih yang pasti sedang berdendang dalam hati Janet. Biarpun sudah lama ia berlalu, pasti kenangan itu hadir kembali sebaik rangkap pepatah itu diungkap. Tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula kisah cinta penuh keindahan. Ke mana hendak dicampakkan?

"Dah enam tahun... dia tentu dah lupakan saya. Tentu dah kahwin…