Langkau ke kandungan utama

141. org korea di malaysia

anda suka hero korea tak? eeii, x ngaku pulak ya? aku? sukaaa sangat. yg paling aku minat? jang dong gun tentunya. 


tak kenal? owh..namanya xlah meletup spt bae yong jun hero winter sonata tu tp bila dia berlakon..mmg romantis giler..


tp kisah di bwh ni bukan ttg citer korea, ok. 


aku nak sentuh ttg org korea. mereka yg sudah jatuh cinta dgn malaysia. mereka yg menyayangi malaysia dan kini menetap di malaysia. 
mengapa mereka dtg ke sini? utk apa? 

"Tiga tahun selepas memeluk Islam iaitu pada tahun 1984, saya ditawarkan menyambung pengajian di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dalam bidang Pentadbiran Perniagaan," Abd. Hafiz (Lee Kwang Sun, 53) mengimbas detik awal penghijrahannya ke Malaysia.
Takdir yang tertulis memungkinkan Abd. Hafiz bakal menghabiskan sisa-sisa hidupnya di Malaysia apabila bertemu jodoh dengan seorang wanita mualaf Korea yang juga penuntut UIAM. Wanita tersebut, Lee Hyea Sun, atau nama Islamnya Sophia Abdullah, 49, menjadi suri hatinya selepas Abd. Hafiz menamatkan pengajian.
"Malaysia menjadi tanah terbaik untuk kami membina kehidupan dan keluarga kerana di samping penerimaan masyarakat, agama Islam mudah dipraktikkan di sini. Lagi pun di sini ada pusat Islam, masjid dan surau pun boleh ditemui di merata-rata tempat," katanya.
Kini, hampir tiga dekad Abd. Hafiz dan isterinya menetap di One Ampang Avenue yang terletak bertentangan pusat beli-belah Ampang Point. Dia dikurniakan dua cahaya mata, Muhamad Lee Seung Jae, 20, dan Sharif Lee Seung Ho, 18.
Kebanyakan bangsa Korea di Malaysia adalah ekspatriat yang bekerja di syarikat-syarikat Korea Selatan seperti syarikat permotoran Hyundai, bisnes restoran atau menjalankan perniagaan perdagangan.
"Di Malaysia, terdapat kira-kira 20,000 orang Korea termasuk 5,000 pelajar. Orang Korea mudah menerima cara hidup di sini kerana Korea dan Malaysia adalah negara Asia, justeru perbezaannya tidak begitu ketara.
Bukan sesuatu yang mengejutkan jika ada orang Korea yang tidak betah tinggal di negara sendiri kerana faktor cuaca. Begitulah yang dialami oleh Oh Jun.
Jun, 42, yang tinggal di Malaysia sejak enam tahun lalu telah membuat keputusan untuk terus menetap di sini sehingga ke akhir hayatnya.
"Cuaca adalah perkara yang paling saya suka di Malaysia. Ia tidak terlalu panas atau terlalu sejuk seperti di Korea. Saya memang tidak tahan dengan cuaca sejuk lebih-lebih lagi pada musim salji kerana kulit saya akan tetapi saya sangat selesa dengan cuaca di Malaysia," kata lelaki bujang itu.
Oh Jun menggunakan kepakarannya dalam bidang dandanan rambut dengan membuka sebuah salon yang dinamakan Oh Jun Hair Salon di Ampang.
"Saya mahu tinggal di negara ini selama-lamanya. Tambahan pula, saya mempunyai ramai kawan daripada pelbagai kaum dan mereka dapat menerima bangsa asing," katanya yang berasa aman selama tinggal di Malaysia.
Sementara itu, Choi Soung Mi, 40-an menikmati kehidupannya selama sedekad di Malaysia walaupun tidak mempunyai pekerjaan yang hebat.
"Saya datang ke Malaysia kerana mendengar cerita-cerita menarik melalui teman-teman mengenai orang Korea yang bekerja di Malaysia. Selepas menetap di sini, saya juga berasa selesa dengan kehidupan di Malaysia dan tidak sunyi kerana ramai orang Korea menjadi jiran saya," katanya yang bekerja di sebuah pusat hiburan karaoke.
Dia yang mahu dipanggil sebagai Siti Sabariah tidak menafikan merasa kesepian kerana masih bujang dan tidak menolak jika bertemu jodoh dengan warga tempatan.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Cerpen: Dia Idaman Jiwa

1
“Hi, boleh aku duduk kat sini?”

Aliah mendongak. Demi terpandang sahaja wajah itu, air mukanya terus berubah. Riak tidak senang ditunjukkan kepada lelaki itu.

“Cepatlah jawab! Senang aje soalan aku tu. Boleh, jawablah boleh...”

“Kalau saya jawab tak boleh?”

Abid terus menarik kerusi yang bertentangan dengan gadis itu.

“Aku tetap duduk sini jugak.” Balasnya sambil tersengih-sengih.

“Macam tak ada tempat lain!”

“Banyak! Sana kosong. Tu, di belakang kau tu pun kosong. Tapi, aku saja aje nak duduk depan kau. Dah sebulan aku cari kau tapi tak jumpa-jumpa. Alhamdulillah, hari ini dapat juga. Kau apa khabar? Sihat?”

Aliah tidak menyahut. Sebaliknya, dia terus menyuap dan kali ini suapannya sengaja dilajukan, tidak lagi menikmati nasi campur yang dimakan. Ketika itu, dia hanya berkeinginan untuk cepat-cepat menyudahkan makan tengah harinya supaya dia dapat pergi dari situ dengan segera. Dia tidak mahu mengadap muka lelaki yang kini sedang berada di hadapannya walau sehebat, sekacak mana se…

Yang Terakhir: Versi Cerpen

1
“Kau dah habis fikir ke, Khairi? Perempuan macam Najiha tu kau nak bawak ke majlis Annual Dinner kita? Tak malu ke nanti bila orang gelakkan kau?” tanya Hafiz sambil mengerutkan dahi. Dia keliru dengan sikap Khairi Iqbal. Rasanya, selama mereka berkawan, belum pernah walau sekali pun, Khairi memuji gadis yang seorang itu. Gadis yang bernama Izzatul Najiha. Tup tup, hari ini, dia buat keputusan hendak menjadikan Najiha pasangannya semasa majlis kemuncak nanti. Hisy, pelik betul!
“Malu, memanglah aku malu! Tapi aku cuma nak gunakan dia saja. Nak buat Amalina cemburu.” Balas Khairi sambil menyisip air lemon perlahan. Sejuk rasa kerongkongnya bila air itu menerobos masuk ke dalam rongga.
Mata Hafiz buntang. Kepala tergeleng-geleng.
“Kenyataan kau tu lagi buat aku tak faham! Kalau kau nak buat Amalina cemburu, kau patut bawak perempuan lain. Bukan si Najiha yang macam hantu bungkus tu!”
Terlambak tawa Khairi Iqbal mendengar kata-kata sahabat baiknya itu. Hantu bungkus? Si Najiha tu?…

Inikah Cinta? : Versi Cerpen

1

"Ouch!"

Cepat-cepat Janet menghisap jari telunjuk yang terhiris tadi. Setelah kesakitan itu hilang, dia segera membasuh jari itu. Dia kemudian mengelap lalu membalut luka dengan plaster.

"Sakit? Itulah pasal. Mak Nah dah cakap, biar mak Nah aje yang buat tapi Janet degil sangat. Hendak jugak main-main pisau," sindir orang gajinya menyebabkan Janet ketawa besar.

"Inilah yang orang cakap, luka di tangan nampak berdarah. Luka di hati tak siapa tahu. Kan, mak Nah?"

Mak Nah melepaskan keluhan sebelum mencuri pandang ke arah wajah ayu di sisinya yang kini sedang tunduk dan berpaling ke arah lain. Hati mak Nah kini turut melagukan irama sedih yang pasti sedang berdendang dalam hati Janet. Biarpun sudah lama ia berlalu, pasti kenangan itu hadir kembali sebaik rangkap pepatah itu diungkap. Tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula kisah cinta penuh keindahan. Ke mana hendak dicampakkan?

"Dah enam tahun... dia tentu dah lupakan saya. Tentu dah kahwin…